Perhatian kepada semua penjawat awam yang bekerja di bawah jabatan atau agensi kerajaan. Tahukah anda berkenaan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang dikenali sebagai aplikasi Human Resource Management Information System. Sekiranya tidak, berikut dikongsikan panduan dan cara Login HRMIS 2.0 secara Online sebagai rujukan semua. Versi 2.0 merupakan edisi terkini yang telah dinaik taraf daripada versi 1.0 atau versi klasik.
Menerusi sistem ini, penjawat awam dapat membuat urusan seperti pengurusan cuti, gaji, persaraan dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan hal ehwal sumber manusia. Ia dapat dilakukan menggunakan komputer atau telefon bimbit secara atas talian bagi memudahkan urusan serta menjimatkan masa pegawai kerajaan. Objektif sistem ini diperkenalkan adalah untuk menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka, mudah dan memenuhi keperluan pengurusan di setiap peringkat agensi dan jabatan kerajaan.
Isi Kandungan
Aplikasi HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia
Di bawah adalah perkongsian maklumat berkaitan cara Login ke sistem secara online. Sebagai makluman, pegawai dan staf yang bukan dari Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menghubungi pihak Kementerian, Jabatan atau Agensi yang berkenaan sekiranya terdapat soalan mengenai sistem ini khususnya berkaitan ID pengguna.
Cara Login HRMIS 2.0
Ianya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer 10+, Chrome 39+, Firefox 30-39, Safari 5+ dan Chrome for Android manakala versi Klasik hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer versi 11.1884.14393.0 dan ke bawah sahaja.
Anda boleh log masuk ke sistem dengan membuka pautan berikut:
- 1. Klik Portal Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia
- 2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda
Menurut laman web rasmi, berikut adalah pautan kepada panduan pengguna sistem untuk rujukan semua:
Ianya memaparkan maklumat berikut :-
- Tanggung Kerja
- Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
- Sekuriti
- Rekod Peribadi
- Profil Perkhidmatan
- Pingat Perkhidmatan Cemerlang
- Pertukaran
- Perisytiharan Harta
- Peperiksaan Perkhidmatan
- Penilaian Landasan Kerjaya Laluan Kerjaya
- Pengurusan Tuntutan Dan Pendahuluan Diri
- Pengurusan Tatatertib
- Pengurusan Pinjaman
- Pengurusan Perubatan
- Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja
- Pengurusan Kaunseling
- Pengurusan Cuti
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Penamatan Perkhidmatan
- Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
- Kenaikan Pangkat
- Kajian Data Saraan
- JUSA Profiling
- Direktori Kerajaan
- Data Perjawatan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
- Aliran Kerja
- Pembangunan
- Pengurusan Kerjaya
- Pengurusan Saraan, Faedah Dan Ganjaran
Cara Mohon Cuti
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan cuti melalui sistem:
- 1. Layari portal rasmi dan login
- 2. Klik Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
- 3. Kemudian klik Pengurusan Cuti
- 4. Pergi ke bahagian Fungsi> Permohonan Cuti > Pemohon Cuti
- 5. Pilih kategori cuti anda sama ada:
- Cuti Sakit
- Cuti Tanpa Gaji
- Cuti Kuarantin
- Cuti Rehat Khas (CRK)
- Cuti kerana perkhidmatan
- 6. Sila isi maklumat yang dikehendaki berkenaan cuti anda seperti tarikh, alamat dan alasan
Cara Jana eGL
Selain membuat permohonan cuti, anda juga boleh membuat penjanaan surat eGL (Guarantee Letter) melalui aplikasi seperti di bawah:
- 1. Buka aplikasi eGL
- 2. Login
- 3. Di bahagian kiri menu aplikasi terdapat pilihan seperti:
- MyHRMIS eGL
- Jana eGL
- Kelayakan Wad
- Ahli keluarga
- Direktori hospital/ klinik
- 4. Pilih Jana eGL
- 5. Cari dan pilih hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang dikehendaki kemudian klik teruskan
- 6. Muat turun fail atau surat eGL (Guarantee Letter) yang dijana
Muat Turun Aplikasi Telefon Bimbit
Bagi memudahkan urusan penjawat awam, aplikasi atas talian telah dilancarkan bagi pengguna telefon. Anda boleh memuat turun setiap produk pada pautan di bawah:
Senarai Aplikasi (Produk & Pautan Muat Turun)
1. Profil
2. Cuti
3. Self Check
4. Care
5. eGL
6. Keluar Pejabat
- Google Playstore
- Apple Appstore
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaa lanjut, sila rujuk atau hubungi pautan di bawah:
- Laman Rasmi
- Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya Malaysia - No. Telefon + (603) 8321 1400
Diharapkan perkongsian info diatas dapat membantu semua penjawat awam. Semoga urusan anda dipermudahkan dan dapat menjimatkan masa.
Related : inovasi baharu, masuk ke dalam aplikasi, myhrmis profil pengurusan sumber manusia, pengguna hrmis myhrmis egl memaparkan, jabatan perkhidmatan awam