Tarikh Akhir Hantar borang cukai eFilling LHDN 2023 & Cara Login ezHasil. Maklumat terkini penghantaran borang income tax dan permohonan no pin.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling LHDN & Cara Login ezHasil

LHDN eFilling : Cara Login ezHasil Dan Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai. Makluman kepada pembayar cukai dan mereka yang bakal membayar cukai buat pertama kali. Adakah anda tahu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menyediakan aplikasi ezHasil sebagai pemudah cara untuk membuat urusan pembayaran cukai? Sekiranya tidak, di bawah dikongsikan maklumat berkaitan cara login laman ezHasil dan tarikh akhir hantar borang cukai pendaftaran (income tax) melalui eFilling ataupun Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Untuk makluman semua, setiap individu atau syarikat dan yang berkaitan dengannya perlu membayar cukai ke atas pendapatan/ penggajian masing-masing pada setiap tahun. Di Malaysia, individu yang berpendapatan tahunan melebihi RM34,000 setahun selepas potongan KWSP perlu membuat pendaftaran fail income tax e-Filing untuk membayar cukai.

Dengan adanya ezHasil, pembayaran cukai adalah lebih mudah kerana pengisian dan penghantaran borang-borang yang diperlukan boleh dilakukan secara online/ atas talian.

login ezhasil tarikh hantar borang efiling

LHDN eFilling : Tarikh Akhir Penghantaran Borang Cukai 2023 Dan Cara Login ezHasil

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh akhir penghantaran borang cukai pendapatan untuk taksiran tahun 2023 beserta cara untuk login masuk atau login kali pertama ke ezHasil.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai 2023

Berikut adalah jadual tarikh penghantaran borang-borang mengikut kategori pembayaran cukai bagi Tahun Taksiran 2023:-

  • Pembayar cukai dan majikan adalah digalakkan mengguna e-Filing untuk mengemukakan Borang Nyata yang mempunyai kemudahan e-Filing.
  • Pembayar cukai dan majikan bukan syarikat / syarikat Labuan yang hendak mengemukakan Borang Nyata kertas perlu mencetak sendiri borang tersebut dalam format PDF dari Portal Rasmi LHDNM.
  • Ejen cukai yang mengemukakan Borang Nyata kertas bagi pihak pelanggan hendaklah mencetak sendiri borang tersebut dalam format PDF dari Portal Rasmi LHDNM.

Kenyataan Media LHDNM

Tarikh akhir pengemukaan borang nyata cukai Pendapatan (BNCP) bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan bagi tahun taksiran 2023. Rujuk Kenyataan Media

Sebelum ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa tambahan masa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi kategori pembayar cukai yang menjalankan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2023 diberikan sehingga 31 Julai 2024

Pengemukaan BNCP boleh dibuat menerusi aplikasi ezHASiL melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/CI/ atau secara manual dengan memuat turun borang di portal rasmi LHDNM.

Ringkasan tarikh akhir hantar borang cukai mengikut jenis borang adalah seperti berikut :-

JENIS BORANGKATEGORITARIKH AKHIR
E 2023Majikan31 Mac 2024 (Tambahan masa 1 bulan untuk efilling)
BE 2023Individu Pemastautin Yang Tidak Menjalankan Perniagaan 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
B 2023Individu Pemastautin Yang Menjalankan Perniagaan30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
P 2023Perkongsian30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
BT 2023Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan/ Berkepakaran)Tidak menjalankan perniagaan :
30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Menjalankan perniagaan :
30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Keluarga Sekutu Hindu *Tiada eFilling
M 2023Individu Bukan Pemastautin Tidak menjalankan perniagaan :
30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Menjalankan perniagaan :
30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Keluarga Sekutu Hindu *Tiada eFilling
MT 2023Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)Tidak menjalankan perniagaan :
30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Menjalankan perniagaan :
30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Keluarga Sekutu Hindu *Tiada eFilling
TP 2023Harta PusakaTidak menjalankan perniagaan :
30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Menjalankan perniagaan :
30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Keluarga Sekutu Hindu *Tiada eFilling
TF 2023PertubuhanTidak menjalankan perniagaan :
30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Menjalankan perniagaan :
30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk efilling)
Keluarga Sekutu Hindu *Tiada eFilling
TJ 2023Keluarga Sekutu HinduTidak menjalankan perniagaan :
30 April 2024
Menjalankan perniagaan :
30 Jun 2024
Keluarga Sekutu Hindu *Tiada eFilling
C 2024Syarikat*7 bulan daripada
tarikh penutupan akaun
(Tambahan Masa: 1 bulan untuk efilling)
Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan *Tiada eFilling
C1 2024Koperasi7 bulan daripada
tarikh penutupan akaun
(Tambahan Masa: 1 bulan untuk efilling)
Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan *Tiada eFilling
PT 2024Perkongsian Liabiliti Terhad7 bulan daripada
tarikh penutupan akaun
(Tambahan Masa: 1 bulan untuk efilling)
Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan *Tiada eFilling
TC 2024Unit Amanah/ Amanah Harta Tanah7 bulan daripada
tarikh penutupan akaun
(Tambahan Masa: 1 bulan untuk efilling)
Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan *Tiada eFilling
TA 2024Badan Amanah 7 bulan daripada
tarikh penutupan akaun
(Tambahan Masa: 1 bulan untuk efilling)
Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan *Tiada eFilling
TR 2024Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah harta 7 bulan daripada
tarikh penutupan akaun
Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan *Tiada eFilling
TN 2024Amanah Perniagaan7 bulan daripada
tarikh penutupan akaun
Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta dan Amanah Perniagaan *Tiada eFilling

SUMBER : https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf

Nota Panduan Penghantaran Borang Cukai

  1. Sebarang pindaan tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDNM
  2. Borang Nyata yang dikemukakan melalui e-filing atau pos selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika ia diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika ia diterima dlaam tempoh tambahan masa selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata tersebut.
  3. Tambahan masa ini terpakai juga untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) / subseksyen 48(1) Akta Petroleum (Cukai pendapatan) 1967 [APCP 1967] bagi Borang Nyata (kecuali Borang E, Borang P, Boorang CPE0 yang dikemukakan melalui e-Filing atau pos
  4. Jika gagal untuk mengemukakan Borang Nyata (filing your tax) dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata berkenaan:-
    •  Borang Nyata selain Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51 (1) APCP 1967 atau
    • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112 (3) ACP 1967 / subseksyen 51 (3) APCP 1967
    • Borang E dan Borang P
    • Tindakan di bawah subseksyen 120 (1) ACP 1967
  5. Contoh 1:
    • Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2023 adalah 30 April 2024. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2024 bagi e-Filing Borang BE (Borang e-BE) Tahun Taksiran 2023.
    • Jika pembayar cukai mengemukakan Borang e-BE Tahun Taksiran 2023 pada 16 Mei 2024, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2024 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  6. Contoh 2:
    • Tempoh perakaunan amanah pelaburan harta tanah (REIT) berakhir pada 31 Mei 2024. Tarikh akhir pengemukaan BN bagi REIT (Borang TR) Tahun Taksiran 2024 adalah 31 Disember 2024. Tambahan masa diberikan sehingga 5 Januari 2025.
    • Sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerima BN tersebut melalui pos pada 6 Januari 2025, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Januari 2025 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967.

Alamat Penghantaran Borang Nyata Cukai

Di bawah adalah alamat rasmi penghantaran borang nyata untuk rujukan:-

alamat borang nyata

Cara Login ez Hasil

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDNM dalam memudahkan pembayar cukai untuk melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

1) Sila Layari ez.hasil.gov.my

Kepada pengguna kali pertama, anda hendaklah :-

  1. Merupakan pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan atau menyemak No. Pin
  2. Jika anda tidak pernah mendaftar, anda perlu ke cawangan LHDNM yang berdekatan dengan membawa salinan kad pengenalan, penyata pendapatan/ slip gaji terkini atau mendaftar secara atas talian melalui eDaftar

Permohonan No. Pin

  1. Bagi individu: Permohonan No. pin boleh didapatkan melalui cawangan LHDNM yang berdekatan/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Pusat Khidmat Hasil dengan membawa dokumen seperti berikut:
    • Borang CP55B yang telah lengkap diisikan
    • Borang 49, Sekiranya borang CP55B telah ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
    • Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat, sekiranya CP55B ditandatangani oleh individu lain selain Pengarah Syarikat.
    • Salinan kad pengenalan atau passport Pengarah Syarikat ataupun Wakil Syarikat.
    • Pihak ketiga dibenarkan membuat permohonan dengan syarat terdapat kebenaran bertulis dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat besama-sama pengenalan diri Wakil Syarikat dan dokumen berikut:
      • 1 salinan borang 49 (Iaitu sekiranya borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat)
      • Surat Lantikan sebagai wakil pihak syarikat (Sekiranya borang iaitu CP55B ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat)
  2. Permohonan No. Pin dalam tempoh PKPB
    • Layari portal rasmi LHDNM
    • Klik permohonan, seterusnya permohonan No. Pin
    • Lengkapkan permohonan
    • Anda akan menerima 16 Digit No. Pin

SUMBER : Soalan Lazim Urusan Percukaian

Login Kali Pertama

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah sebagai panduan untuk log masuk kali pertama:

1. Klik Login kali pertama
ezhasil 1
2. Kemudian masukkan No. Pin serta No. Rujukan (No. Kad Pengenalan) dan klik butang hantar
ezhasil 2
3. Paparan berikut akan ditunjukkan. Isikan maklumat yang dikehendaki kemudian klik setuju
ezhasil 3
4. Seterusnya, paparan di bawah akan ditunjukkan. Pastikan maklumat adalah betuk dan klik hantar.
ezhasil 4
5. Paparan di bawah akan keluar sekiranya pendaftaran anda berjaya,
ezhasil 5

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda menghadapi masalah berkenaan masalah percukaian termasuklah e-kemaskini bank account, tax reliefs dan sebagainya, sila rujuk maklumat di bawah:-

LHDN : Talian 03-8911 1000 (jam 9 pagi – 4.30 petang Isnin hingga Jumaat )

Soalan lazim berkaitan urusan cukai boleh dirujuk di Portal rasmi LHDNM