Cara Mengambil Lesen GDL (Goods Driver License). Panduan borang dan syarat Permohonan Lesen Vokasional (GDL, PSV & Konduktor)

Cara Mengambil Lesen GDL (Syarat & Borang)

cara mengambil lesen gdl lesen vokasional

Tahukah anda untuk membawa kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam seperti lori dan bas memerlukan lesen memandu vokasional? Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab meregulasikan pelesenan pemandu di seluruh Malaysia telah menetapkan lesen vokasional adalah wajib untuk mereka yang memandu kenderaan syarikat. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara mengambil lesen GDL (Goods Driver License) untuk rujukan semua.

Sebagai makluman, Lesen Memandu (D) tidak memberi kebenaran kepada anda untuk membawa setiap jenis kenderaan. Tetapi ia adalah syarat utama untuk mendapatkan Lesen Vokasional atau GDL dan hanya layak bagi pemegang lesen memandu manual.  Lesen ini adalah lesen kenderaan barangan yang melibatkan pengangkutan yang membawa barang-barang. Ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu motokar ringan, motokar berat kejur, dan motokar bersendi. Antara lesen Kelas D ialah Motokar Ringan BTM (Lori kecil, van berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg).

Cara Ambil Lesen GDL (Goods Driver License)

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara memohon lesen GDL (Goods Driver License), syarat-syarat serta senarai dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan lesen vokasional.

Syarat-Syarat Mendapatkan Lesen

Sebelum membuat permohonan, anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh JPJ seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu kelas D
  3. Berumur 21 tahun dan ke atas bagi lesen vokasional
  4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan memuaskan
  5. lulus Pemeriksaan Perubatan Borang JPJL8A
  6. Menghadiri Kursus Kurikulum Perlesenan Pemandu Vokasional
  7. Lulus dalam ujian teori
  8. Pemohon waganegara Singapura hanya layak memohon di JPJ Johor Bahru sahaja

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Di bawah adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan serta lengkapkan untuk mendapatkan lesen vokasional:

  1. MyKad/pasport asal atau salinan MyKad/Paasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri (MyKad) asal wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah berkuatkuasa melebihi satu tahun
  4. Borang JPJL8A (hendak di isi oleh doktor)
  5. Borang JPJL12
  6. Sijil JPJL2C
  7. 1 Gambar Pasport (berlatar belakang putih)\
  8. Bayaran RM20.00

Langkah Permohonan

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mendapatkan lesen vokasional (GDL) di mana-mana institut memandu yang diiktiraf oleh JPJ:

  1. Muat turun Borang Permohonan Lesen Vokasional (JPJ L8A), Borang Pemeriksaan Kesihatan atau dapatkan di institut memandu
  2. Anda perlu membuat saringan kesihatan (medical check up) di hospital atau klinik yang diiktiraf
  3. Pastikan borang yang dimuat turun dilengkapkan oleh doktor atau pegawai perubatan yang bertugas dan simpan resit pembayaran sebagai bukti pendaftaran
  4. Hubungi atau hadirkan diri ke institut memandu yang terdekat untuk mendaftar dan membuat pembayaran
  5. Seterusnya anda perlu menghadiri ceramah teori selama 7 jam. 5 jam adalah kursus daripada pihak institut memandu dan 2 jam untuk kursus teori JPJ
  6. Anda akan menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus dan markah lulus adalah 42 daripada 50 soalan
  7. Bawa dokumen lulus ujian untuk proses membuat lesen GDL (goods driving license) di institut memandu yang anda pilih

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan, sila rujuk:

Related : renewkan lesen, untuk memohon, gdl e, pekerja syarikat, tamatnya tempoh