Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan & Imsak 2024. Imsakiah ramadan 1445H kl putrajaya labuan jadual buka puasa dan sahur dari JAKIM.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan Dan Waktu Imsak KL

Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2024 beserta kawasan Putrajaya dan Labuan untuk panduan umat Islam semasa menjalankan ibadah puasa bermula 12 Mac 2024. Syukur ke atas nikmat Illahi kerana umat islam di seluruh negeri di Malaysia telah diberikan peluang untuk menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 2024 masihi bersamaan 1445 Hijrah.

Ramadhan merupakan bulan rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka..Bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kini tiba dan peluang yang terhidang perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbaiki ibadat dan memperbanyakkan sedekah kepada golongan-golongan yang memerlukannya. Antara amalan yang boleh dibuat adalah solat sunat tarawih, membaca Al-Quran, bersedekah dan banyak lagi.

waktu-berbuka-puasa-kl-putrajaya-labuan-dan-imsak

Info Ringkas Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan

WP Kuala Lumpur merupakan pusat ekonomi negara Malaysia merangkumi keluasan 243 km persegi dan diletakkan di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Persekitaran bandaraya Kuala Lumpur kini dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Dunia terus mengenali Kuala Lumpur melalui mercu tanda-mercu tanda hebat seperti Menara berkembar Petronas yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia dan Menara Kuala Lumpur.

Diantara kawasan yang terdapat di KL mengikut kawasan parlimen adalah Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras Dan Bandar Tun Razak.

Wilayah Persekutuan Labuan pula merupakan Wilayah Persekutuan kedua di Malaysia dengan keluasan 91.64 km persegi. Pulau Labuan terletak lebih kurang 10 km dari pantai Sabah iaitu lebih kurang 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada tahun 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956.

Putrajaya diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekitar tahun 80-an, kerana mahu mewujudkan sebuah pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan yang lebih sistematik berikutan keadaan Kuala Lumpur yang semakin sesak dengan pembangunan dan pertambahan penduduk.

Wilayah Persekutuan Putrajaya terletak lebih kurang 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur adalah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia menggantikan Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya telah diisytiharkan dengan rasmi sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga.

Ketiga-tiga wilayah persekutuan ini dikawal selia oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.  Kementerian ini turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya.

KL Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan 2024 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak

Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

Di bawah adalah Jadual Waktu Berbuka KL, Putrajaya dan Labuan 2024 termasuk waktu Imsak bermula 1 Ramadhan 1445H (Imsakiah Ramadan KL) yang merangkumi setiap Wilayah Persekutuan yang dinyatakan.

Waktu berbuka Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah dikeluarkan secara rasmi oleh JAKIM.

Waktu imsak ditentukan 10 minit lebih awal berbanding waktu Subuh.

Baca Juga : Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

i) Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur & Putrajaya Dan Imsak

Berikut adalah maklumat tarikh hijriah dan miladiah, hari, waktu imsak dan waktu buka puasa KL iaitu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tahun 1445H/ 2024M.

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa KL Putrajaya Tahun H

*Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

**Tarikh melihat anak bulan Syawal. Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

ii) Waktu Berbuka Puasa Labuan Dan Imsak

Berikut adalah maklumat tarikh hijriah dan miladiah, hari, waktu imsak dan waktu berbuka bagi Wilayah Persekutuan Labuan 2024/ 1445H.

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Labuan Tahun H

Maklumat lengkap Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan 2024 bulan Ramadan 1445H boleh dirujuk di

SUMBER RUJUKAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM : Kuala Lumpur & Putrajaya, Labuan