Kesan Penjajahan British Di Tanah Melayu Dari Segi Sosial. Penentangan masyarakat peribumi menentang penindasan imperialisme Barat.

Kesan Penjajahan British Di Tanah Melayu Dari Segi Sosial

Kesan Penjajahan British Di Tanah Melayu Dari Segi Sosial

Negara Malaysia yang sejahtera pada hari ini pernah dijajah suatu ketika dahulu selama 446 tahun. Kerajaan Melayu Melaka yang dikenali seantero dunia sebagai salah sebuah kawasan utama perdagangan dunia pada masa tersebut telah jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas itu, Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing yang lain seperti Belanda British dan juga Jepun. Di bawah dikongsikan rujukan untuk Kesan Penjajahan British Di Tanah Melayu Dari Segi Sosial.

Penjajahan oleh kuasa-kuasa asing pada masa dahulu adalah satu usaha mereka untuk menguasai perdagangan dan sumber yang dimiliki oleh tanah jajahan tersebut demi kepentingan mereka. Akhirnya, pelbagai kesan yang ditinggalkan dari aspek pentadbiran, ekonomi dan juga sosial oleh penjajah yang merubah keseluruhan identiti negara yang dijajah.

Kesan Penjajahan British Terhadap Tanah Melayu Dari Segi Sosial

British atau penjajah Inggeris merupakan kuasa ketiga yang datang menjajah Tanah Melayu. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah menduduki Pulau Pinang dan Stamford Raffles pula menduduki Singapura pada 6 Februari 1819. Perkara ini menjadi faktor British untuk menguasai Tanah Melayu dari semasa ke semasa.

Di bawah dikongsikan Kesan negatif serta positif akibat penjajahan British sebagai nota rujukan untuk semua. Penjajahan mereka telah meninggalkan kesan sosial seperti berikut:

1) Kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu

  • British membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lombong bijih timah manakala orang India dibawa untuk bekerja di estet getah. Perkara ini telah menimbukan pelbagai masalah seperti jenayah yang berleluasa sehingga melahirkan kongsi gelap yang mengancam ekonomi dan keamanan masyarakat
  • Aktiviti pelacuran dalam kalangan masyarakat juga meningkat dalam kalangan masyarakat Cina khususnya.

2) Dasar pecah perintah diperkenalkan oleh British.

  • Setiap kaum diasingkan seperti kaum Melayu bekerja sebagai petani, kaum Cina pelombong dan berdagang manakala kaum India menjadi bruuh di ladang getah. Orang Melayu ketinggalan kerana tidak terlibat dengan ekonomi komersial kerana tekanan daripada British.

3) Pengenalan sekolah vernakular Melayu dan Inggeris

  • Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil turut diperkenalkan.
  • Penduduk Tanah Melayu yang mempelajari Bahasa Inggeris di Sekolah Inggeris berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

4) Pengenalan tulisan rumi

  • Tulisan rumi menggantikan tulisan jawi yang telah digunapakai sehingga hari ini.

5) Pembentukan bandar-bandar baru

  • Orang Cina dan Orang India telah membuat penmpatan berkelompok di kawasan lombong dan ladang getah seperti di Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru.
  • British telah membina jaringan pengangkutan sepanjang bandar-bandar tersebut dengan mewujudkan jalan raya dan juga rel kereta api.

6) Cara pemikiran orang Melayu menjadi lebih terbuka

  • Masyarakat melayu yang berpendidikan tidak lagi mempercayai perkara-perkata tahyul dan pantang larang yang diamalkan atau dinasihatkan oleh masyarakat sebelum ini.

7) Pengaruh kesenian dan budaya

  • Seni bina bangunan mendapat unsur-unsur barat yang mempunyai ciri-ciri moden dan hasil tangan tradisional berkurangan.

Diharapkan nota berkaitan di atas dapat membantu semua untuk membuat ulangkaji dna persediaan sebelum peperiksaan.

Related : luar bandar, membataskan kuasa mahkamah, kerajaan british, mempunyai kuasa, tertumpu di kawasan bandar, membawa kesan, malaysia iaitu sivil, sistem pentadbiran, perundangan di malaysia iaitu, secara besar besaran,