Kesalahan Ejaan, Imbuhan, Istilah Dan Tatabahasa. Pembetulan atas salahnya penggunaan umum bahasa yang tidak sepatutnya berlaku.

Kesalahan Ejaan, Imbuhan, Istilah Dan Tatabahasa

Kesalahan Ejaan Imbuhan Istilah Dan Tatabahasa

Salah satu teknik menjawab soalan penulisan karangan Bahasa Melayu adalah dengan memberikan masa untuk menjawab bahagian-bahagian yang ditetapkan. Para pelajar juga dinasihatkan untuk memperuntukkan masa menyemak semula semua penulisan yang dibuat agar tiada kesalahan yang dilakukan. Jika terdapat kesilapan yang kecil, ia pasti memberikan kesan kepada pemarkahan pelajar. Oleh itu, di bawah dikongsikan nota berkenaan kesalahan ejaan, imbuhan, istilah dan tatabahasa untuk panduan semua.

Sebagai seorang pelajar, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Namun, kita boleh berusaha untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dan mengesan kesalahan sekiranya ada seterusnya memperbetulkan masalah tersebut. Dalam konteks penulisan Bahasa Melayu, kesalahan seperti tatabahasa penting untuk dielakkan kerana jika berlaku di dalam penulisan pelajar, ia mampu mengubah struktur atau pemahaman terhadap ayat yang cuba disampaikan.

Senarai Kesalahan Ejaan, Imbuhan, Istilah Dan Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu

Rujuk perkongsian berkaitan di bawah beserta senarai pembetulan untuk panduan semua.

Kaedah Mengesan Kesalahan

Antara cara untuk mengesan dan membetulkan penulisan bahasa adalah dengan:

  1. Kenal pasti jenisnya sama ada ianya melibatkan ejaan, imbuhan, istilah atau tatabahasa
  2. Baca semula ayat anda berulang kali supaya dapat mengenal pasti apa salahnya
  3. Cuba kaitkan dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari
  4. Garis perkataan atau frasa yang telah dibaiki

Kesalahan Ejaan

Berikut adalah contoh-contoh kesalahan yang disertakan dengan ejaan yang betul (ejaan salah : ejaan betul):

  • atlit : atlet
  • agen : ejen
  • ambulan : ambulans
  • resepi : resipi
  • rambut kerinting : rambut keriting
  • efisyen : efisien
  • baucer : baucar
  • bumiputra : bumiputera
  • emel : e-mel
  • cop : cap
  • anti-dadah : antidadah
  • pasaraya : pasar raya
  • pilihanraya : pilihan raya
  • bandaraya : bandar raya
  • kekanda : kakanda
  • pengkalan : pangkalan
  • mengalakkan : menggalakkan
  • kebaikkan : kebaikan
  • zohor : zuhur
  • taksub : taasub
  • lagenda : legenda
  • catit : catat
  • analisa : analisis
  • bowling : boling
  • ehsan : ihsan
  • ekspress : ekspres
  • kampong : kampung
  • komisyen : komisen
  • kobis : kubis
  • karenah : kerenah
  • keredhaan : keredaan
  • komersil : komersial
  • maksima : maksimum
  • mee : mi
  • mekanisma : mekanisme
  • merbahaya : berbahaya
  • pensil : pensel
  • pesaraan : persaraan
  • pesiaran : persiaran
  • plan : pelan
  • setor : stor
  • snooker : snuker
  • stesyen : stesen
  • stem : setem
  • taugeh : tauge
  • tulin : tulen
  • warong : warung
  • dairi : diari
  • dailek : dialek
  • silaturrahim : silaturahim

Kata Majmuk

Di bawah pula contoh kesalahan dan ejaan yang betul bagi kata majmuk:

  • di tubuhkan : ditubuhkan
  • disana : di sana
  • beristirehat : beristirahat
  • rumah tangga : rumahtangga
  • was-was : waswas
  • seringkali : sering kali
  • ulangkaji : ulang kaji
  • barang kali : barangkali
  • penguatkuasa : penguat kuasa
  • sekaligus : sekali gus
  • kadang kala : kadangkala
  • motorsikal : motosikal
  • tengahari : tengah hari
  • aturcara : atur cara
  • dikenalpasti : dikenal pasti
  • bandaraya : bandar raya
  • gantirugi : ganti rugi
  • isipadu : isi padu
  • kemaskini : kemas kini
  • keretapi : kereta api
  • lalulintas : lalu lintas
  • lebuhraya : lebuh raya
  • pilihanraya : pilihan raya
  • samada : sama ada
  • temubual : temu bual
  • temuduga : temu duga
  • urusetia : urus setia
  • acapkali : acap kali
  • ada pun : adapun
  • atau pun : ataupun
  • aturcara : atur cara
  • biar pun : biarpun
  • janakuasa : jana kuasa
  • samada : sama ada
  • ruangniaga : ruang niaga
  • sediada : sedia ada
  • walau pun : walaupun
  • walaubagaimanapun : walau bagaimanapun

Kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’

  • ditepi : di tepi
  • disekolah : di sekolah
  • keatas : ke atas
  • kepasar : ke pasar

Kata ganti nama

  • Perdana Menteri tiba pada jam 9 malam. Dia terus merasmikan bangunan itu. : Perdana Menteri tiba jam 9 malam. Beliau terus merasmikan bangunan itu
  • Beg itu mahala kerana ia dibeli dari England. : Beg ini mahal kerana beg ini dibeli dari England.
  • Jika tidak rawat dengan segera, ianya akan lumpuh. : Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan lumpuh.

Kata pemeri

  • Makanan itu ialah untuk ayah. : Makanan itu adalah untuk ayah.
  • Pelajar adalah digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum. : Pelajar digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
  • Ibunya adalah guru. : Ibunya ialah guru.

Kata nafi

  • Minuman itu tidak untuk dia. : Minuman itu bukan untuk dia.
  • Kenyataan beliau bukan benar. : Kenyataan beliau tidak benar.

Kata penguat

  • Salim amat menentang pendapat tersebut. : Salim amat kuat menentang pendapat tersebut.
  • Baktinya kepada masyarakat di sini sangat besar amat : Bangunan yang teramat besar itu bangunan kerajaan

Kata hubung

  • Ali berperangai baik malahan adiknya berperangai buruk. : Ali berperangai baik tetapi adiknya berperangai buruk.
  • Harga saham di BSKL merosot akibat aktiviti jualan. : Harga saham di BSKL merosot sebagai akibat aktiviti jualan.
  • Fatimah menyatakan yang dia lapar. : Fatimah mengatakan bahawa dia lapar.

Penggunaan penjodoh bilangan

  • Perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah masyarakat. : Perpaduan perlu dipupuk dalam masyarakat.
  • Sebahagian orang penduduk : Sebahagian penduduk
  • sebuah keluarga : satu keluarga
  • sebuah mimpi : suatu mimpi

Kesalahan Tanda Baca

Tanda titik

  • Hj : Hj.
  • Dr : Dr.
  • dsb : dsb.

Tanda sempang

  • gunung ganang : gunung-ganang
  • saudara mara : saudara-mara
  • ke 21 : ke-21
  • tahun 70 an/ 70an : tahun 70-an

Kesalahan Kosa Kata

  • Ini buku cerita sejarah. Ia mengandungi kisah-kisah yang menarik. : Ini buku cerita sejarah. Buku ini mengandungi kisah-kisah yang menarik
  • Saya ada sebatang pen. Ia bewarna biru : Saya ada sebatang pen. Warnanya biru.
  • Saintis masih tidak tahu kenapa minat murid perempuan terhadap subjek sains dan matematik semakin berkurangan : Saintis masih belum mengetahui mengapa minat murid perempuan terhadap subjek sains dan matematik berkurangan

Kesalahan Makna Perkataan

Sebagai contoh, penggunaan “banyak” dan “ramai”:

  • Banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda
  • Contohnya, Pasar itu riuh-rendah kerana banyak orang membeli-belah pada hujung minggu.
  • Ramai pula boleh digunakan untuk menunjukkan suasana tempat tersebut
  • Contohnya, Ramai yang hadir ke majlis pecah tanah projek perumahan semalam.

Bagi penggunaan perkataan “pedalaman” dan “pendalaman”:

  • Pedalaman bererti kawasan atau daerah yang jauh terpencil
  • Sazali telah ditugaskan untuk menjadi guru di kawasan pedalaman negeri Sarawak.
  • Pendalaman pula bererti usaha mendalami sesuatu
  • Kerja pendalaman sungai telah dilakukan bagi mengelakkan kejadian banjir berulang

Kesalahan Imbuhan

  • perlaksanaan : pelaksanaan
  • perlantikan : pelantikan
  • perletakan : peletakan
  • mekanisma : mekanisme
  • perlesenan : pelesenan
  • pengembala : penggembala
  • organisme : organisma
  • persisiran : pesisiran
  • pengkebumian : pengebumian
  • mengsabotaj : mensabotaj
  • menyintai : mencintai
  • Menghadiahkan Ali : Menghadiahi Ali
  • Memperindahkan : Memperindah
  • Mereka sedang kerja : mereka sedang bekerja
  • Dia hendak ambil barang itu : Dia hendak mengambil barang itu
  • diperolehi : diperoleh
  • diperbaiki : dibaiki
  • diperakui : diakui atau diperakukan
  • dipersetujui : disetujui
  • diperhalusi : dihalusi
  • memperolehi : memperoleh
  • memperbaiki : membaiki
  • memperkuasai : menguasai
  • mempersetujui : menyetujui
  • memperhalusi : menghalusi
  • Ibu bapa lebih pentingkan kerjaya : ibu bapa lebih mementingkan kerjaya
  • Pelajar yang kerap timbulkan masalah di sekolah : pelajar yang kerap menimbulkan masalah di sekolah

Kesalahan Istilah

  • penghawa dingin : pendingin hawa
  • cili sos : sos cili
  • Kawasan legar : ruang legar
  • Mini bas : bas mini
  • Goreng pisang : pisang goreng
  • Tempat meletak kereta : tempat letak kereta
  • Seni mempertahankan diri : seni pertahanan diri
  • Pusat membeli-belah : pusat beli-belah
  • Tapak membuang sampah : tapak pembuangan sampah
  • Kakak bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia : Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia
  • Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi : Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi

Kesalahan Tatabahasa

  • Daripada Ipoh : Dari Ipoh
  • Berbagai : Berbagai-bagai
  • dua setengah kilogram : dua kilogram setengah
  • Jangan membuat bising : Jangan berbuat bising
  • Antara hobi saya ialah membaca buku. : Di antara hobi saya ialah membaca buku
  • di dalam ingatannya : dalam ingatannya
  • Cili sos : Sos cili
  • Ahmad diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu : Ahmad diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
  • Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia : Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
  • dua setengah kilogram : dua kilogram setengah
  • Roti itu dimakan oleh saya : Roti itu saya makan
  • Jangan membuat bising : Jangan berbuat bising
  • di dalam ingatannya : dalam ingatannya
  • berpuluh tahun : berpuluh-puluh tahun
  • semua murid-murid : semua murid
  • Wau itu saya akan buat : Wau itu akan saya buat
  • Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam : Jalil tidak datang ke sekolah kerana demam
  • lain-lain masalah : masalah-masalah lain
  • lain-lain perkara : perkara-perkara lain
  • Malik dan Samad saling kejar-mengejar : Malik dan Samad saling mengejar
  • Aina boleh menjawab soalan itu dengan tepat : Aina dapat menjawab soalan itu dengan tepat

Kesalahan Lain 

  • Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi : Hal ini dikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi
  • Rencana-rencana itu saya akan bukukan : Rencana-rencana itu akan saya bukukan
  • Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama : Rumah itu sedang didirikan oleh mereka bersama-sama
  • Saya telah membaca berita di anda kejayaan anda disiarkan : Saya telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda
  • Ibu sudah pergi pejabat : Ibu sudah pergi ke pejabat
  • Meja itu beralaskan dengan sehelai kain : meja itu beralaskan sehelai kain
  • Dia belum mengetahui tentang hal itu : Dia belum mengetahui hal itu
  • Tindak-tanduknya memang licin sehingga semua orang tidak menyangka yang dia penipu : Tindak-tanduknya memang licik sehingga semua orang tidak menyangka bahawa dia penipu
  • Pihak berkuasa tempatan telah memperlebarkan jalan itu untuk kemudahan dan keenakan orang ramai : Pihak berkuasa tempatan telah memperlebar jalan itu untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai.

Semoga perkongsian berkaitan Kesalahan Ejaan, Imbuhan, Istilah Dan Tatabahasa ini dapat membantu para pelajar.

Related : kesalahan umum, kata nama khas, kesalahan bahasa, ejaan kata pinjaman, ejaan bahasa, kesilapan ejaan, contoh kesalahan, bahasa melayu baku, penggunaan kata, dua perkataan,