Semakan Keputusan UPKK 2023 Online & SMS Dan Analisis Keputusan. Cara semak result Ujian Penilaian Kelas KAFA JAKIM melalui SIMPENI.

Semakan Keputusan UPKK 2023 Online & SMS Dan Analisis Keputusan

Panduan buat pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPKK yang lalu. Tarikh rasmi keputusan peperiksaan UPKK 2023 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) akan diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semakan keputusan UPKK boleh dibuat secara atas talian/ online melelui Simpeni dan melalui Sistem pesanan SMS. Juga dikongsikan maklumat berkaitan jadual peperiksaan UPKK dan analisis keputusan.

JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru di atas bagi memudahkan ibu bapa atau pelajar untuk mengetahui result mereka dengan lebih cepat dan pantas. Laman sesawang rasmi Sistem Maklumat Pendidikan Islam (Simpeni) adalah melalui capaian pautan simpeni.islam.gov.my.

Semakan Keputusan UPKK Online SMS Dan Analisis Keputusan

Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK Tahun 2022

Maklumat result UPKK 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, exam UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid tahun lima (5). Iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

Keputusan UPKK diterima bagi kemasukan tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan.

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan cara check result UPKK 2022 secara online dan SMS untuk panduan pelajar dan ibu bapa. Maklumat memaparkan tarikh rasmi keputusan diumumkan, kaedah dan applikasi semakan.

A. Tarikh Penting

Berikut adalah tarikh untuk menyemak keputusan pelajar yang mengambil peperiksaan UPKK:

– 9 Mac 2023 (Khamis)

*Nota : Tarikh adalah RASMI seperti diumumkan oleh JAKIM.

Tarikh Semakan Keputusan UPKK Tahun Sebelumnya

-2021 : 28 Disember 2021

-2019 : 18 Disember 2019

-2018 : Hari Selasa, 18 Disember 2018 jam 1100 pagi sehingga 25 Disember 2018 jam 1100 pagi

-2017 : Hari Isnin, 29 Januari 2018 jam 1100 pagi sehingga 5 Februari 2018 jam 500 petang

-2016 : 15 Februari (1100 pagi ) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi)

-2015 : 15 Januari 2016

B. Cara Buat Semakan UPKK 2022

Kaedah semakan yang disediakan adalah :-

i) Semakan Keputusan Secara Online

Laman web sistem maklumat pendidikan islam simpeni :-

Klik : PORTAL SIMPENI

Keputusan yang dipaparkan hanyalah keputusan secara umum sahaja, manakala slip keputusan penuh boleh diperoleh daripada sekolah masing-masing pada, 10 Mac 2023 bermula jam 9.30 pagi.

ii) Semakan Secara SMS

Keputusan peperiksaan UPKK 2022 secara SMS boleh dibuat pada tarikh keputusan diumumkan

Contoh Semakan

UPKK NoMYKID dan SMS ke 15888

Contoh mesej penghantaran : UPKK 060515036884

ATAU

UPKK NoPengenalanKhas dan SMS ke 15888

Contoh mesej penghantaran UPKK BS76517

upkk sms

Nota Penting Semakan

1.Pastikan No MyKid/ No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan

2. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi

3. Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST).

4. Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, Unifi dan XOX

C. Apa Itu Peperiksaan UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.

Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Al-Quran, Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.

Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran serta amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat enilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain, menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.

Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri dan turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.

Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)

mpkafa

D. Jadual Peperiksaan UPKK 2023

Tarikh dan masa ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan:

Ujian Amali Solat

  • 3 April hingga 27 Oktober 2023 (3 hingga 4.30 petang)

Penghayatan Cara Hidup Islam

  • 3 April hingga 27 Oktober 2023 (3 – 4.30 petang)

Ujian Lisan Tadarus & Tilawah Al-Quran

  • 1 hingga 30 November 2023 (3 – 4.30 petang)

Ujian Lisan Hafazan & Tafsir Al-Quran

  • 1 hingga 30 November 2023 (3 hingga 4.30 petang)

Ujian Bertulis

Untuk tahun 2023 akan berlangsung pada 16 hingga 23 Januari 2024.

  • 16 Januari 2024 (SELASA) Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah) : 2.30 hingga 4.00 petang
  • 17 Januari 2024 (RABU) Sirah: 2.30 hingga 4.00 petang
  • 18 Januari 2024 (KHAMIS) Pelajaran Jawi dan Khat: 2.30 hingga 4.00 petang
  • 22 Januari 2024 (ISNIN) Adab (Akhlak Islamiyah) I: 2.15 hingga 3.45 petang Adab (Akhlak Islamiyah) II: 4.00 hingga 5.00 petang
  • 23 Januari 2024 (SELASA) Lughah Al-Quran: 2.30 hingga 4.30 petang

E. Analisis Pencapaian Result Peperiksaan UPKK

Tahun 2022

Seramai 19,266 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Air (UPKK) 2022 di seluruh negara berjaya memperoleh gred A bagi kesemua lapan mata pelajaran.

Perkara tersebut diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dengan pencapaian keseluruhan, 88 peratus daripada seramai 243,852 calon yang hadir peperiksaan KAFA tahun lalu lulus, namun kadar ini turun daripada 93 peratus pada 2019.

Perbandingan UPKK 2022 ujar beliau, dilihat dengan UPKK 2019 kerana UPKK 2020 dan 2021 lalu terpaksa dilaksanakan menerusi sistem berbeza dikenali Modul Penilaian KAFA berikutan pandemik Covid-19.

Malah UPKK 2021 menyaksikan penggabungan dua tahun susulan penangguhan UPKK 2020 dengan calon tahun enam menduduki peperiksaan bersama-sama calon tahun lima.

Situasi itu jelas Mohd. Na’im menyebabkan kadar kelulusan keseluruhan UPKK 2020 dan 2021 yang digabungkan ialah 95 peratus manakala UPKK 2019 pula hanya 93 peratus.

Walau bagaimanapun, sejumlah 44,066 calon meraih gred A untuk kesemua lapan subjek pada UPKK 2019 daripada keseluruhan 228,905 calon yang mendaftar peperiksaan itu.

Berdasarkan analisis jelasnya, seramai 8,921 calon didapati tidak hadir di 5,328 pusat peperiksaan ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di seluruh negara.

Dari segi pecahan mata pelajaran pula, Amali Solat mencatatkan kelulusan 100 peratus, diikuti 99 peratus masing-masing untuk Bidang Al-Quran dan Penghayatan Hidup Islam.

Ini katanya, disusuli subjek Jawi dan Khat dengan kelulusan 88 peratus, Adab (82 peratus), Ulum Syariah (79 peratus) serta Sirah dan Lughatul Quran masing-masing 78 peratus.

Tahun 2021

Terdapat 464,605 orang calon telah menduduki MPKAFA yang melibatkan 222,528 murid Tahun Enam 2020 dan 242,077 murid Tahun Lima 2021. Sebanyak 6,163 pusat penilaian disediakan membabitkan 35,000 oran guru KAFA telah bertugas sepanjang pelaksanaan MPKAFA.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM,  Hakimah Mohd Yusoff, keputusan bagi tahun 2021 diterjenahkan dengan peratusan kelulusan sebanyak 95.17 peratus secara keseluruhan. Ibubapa disaran untuk membuat semakan dan memuat turun keputusan dalam tempoh semakan yang ditetapkan.

Berikut adalah pencapaian calon mengikut mata pelajaran:

-Amali solat (97.4 peratus)

-Penghayatan cara hidup Islam (PCHI) ( 96.06 peratus)

-Al-Quran (96.89 peratus)

-Ulum syariah (Akidah & Ibadah) (96.74 peratus)

-Jawi dan khat (94.77 peratus)

-Sirah (93.21 peratus)

-Adab (Akhlak Islamiah) (96 peratus)

-Lughatul Quran (91.91 peratus).

Kenyataan penuh boleh dirujuk pada, Analisa Keputusan UPKK 2021

Tahun 2019

Sebagai rujukan dan dipetik dari MyMetro, berikut adalah pencapaian pelajar secara ringkas keputusan peperiksaan UPKK tahun 2018 :-

Seramai 99.9 % daripada 220,011 calon di seluruh negara lulus mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)

Bagi mata pelajaran Al-Quran sebanyak 99.8 peratus kelulusan dicatatkan sekali gus menunjukkan kejayaan murid dalam menguasai ibadat solat, Tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian

Peratusan kelulusan mata pelajaran lain adalah seperti berikut :-

-Jawi dan khat (94.4 peratus)

-Adab (akhlak islamiah) 90.9 peratus

-Ulum Syariah (akidah dan ibadah) 87.3 peratus

-Lughatul quran (85.6 peratus)

-Sirah 83.1 peratus

Analisa Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019

Berikut dikongsikan analisis keputusan peperiksaan UPKK tahun 2019 yang memaparkan maklumat seperti jumlah calon yang menduduki UPKK, calon mendapat 8A dan kadar lulus mata pelajaran. Untuk makluman, UPKK melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Pelajaran Jawi, Sirah, Adab (Akhlak Islamiah) dan Lughatul Quran (Bahasa Arab).

Analisis Tahun 2019

Tahun kedua, JAKIM menjadikan kemenjadian murid sebagai fokus utama pelaporan peperiksaan UPKK

Lapan (8) mata pelajaran  telah diajar kepada murid tahun Lima Kelas KAFA :-

-Tulisan Jawi & Seni Khat

-Adab (akhlak islamiah)

-Ulum Syariah (akidah dan ibadah)

-Lughatul quran

-Sirah

-Al-Quran

-Amali Solat (Amali 100%)

-Penghayatan Cara Hidup Islam (Amali 100%)

Seramai 229, 031 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPKK pada bulan Oktober 2019 di 4,658 pusat peperiksaan melibatkan seramai 13,302 petugas/ pegawai peperiksaan

Keputusan UPKK dilaporkan berdasarkan kepada pencapaian calon itu sendiri dan prestasi mata pelajaran

Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai kelas Al-quran dan Fardhu Ain pada kesemua mata pelajaran yang diuji

Prestasi mata pelajaran merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran amalan seharian dan nilai yang diukur pada setiap mata pelajaran yang diuji

Kemenjadian murid dilihat dalam 3 aspek iaitu boleh menyebut, murid boleh cerita balik dan murid boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan apa yang diajar

Kemenjadian murid dilihat dari hasil keberkesanan proses persekolahan secara keseluruhan yang selaras dengan falsafah pengajian KAFA yang bertujuan melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan Sunnah

Kemenjadian murid bukan diukur melalui bilangan A atau banyaknya A yang diperolehi oleh mana-mana negeri atau sekolah atau pelajar sebaliknya diterjemahkan melalui amalan cara hidup serta pembudayaan nilai-nilai yang dipelajari di Kelas KAFA dalam kehidupan seharian yang dipantau dan diukur pada setiap waktu pembelajaran melalui sistem pentaksiran berdasarkan sekolah sepanjang masa pengajian.

Kadar lulus tertinggi

-Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) 99.99 peratus

-Al-Quran 99.86 peratus

Peratusan kelulusan mata pelajaran adalah seperti berikut :-

-Jawi & Seni Khat 93.26 peratus

-Adab (Akhlak Islamiah) 89.51 peratus

-Ulum Syariah (akidah dan ibadah) 87.04 peratus

-Lughatul quran (88.74 peratus)

-Sirah 86.02 peratus

Analisis Keputusan UPKK 2018

Bermula tahun 2018, JAKIM telah membuat penambahbaikan pada sistem penilaian UPKK yang dijalankan kepada murid Tahun Lima kelas KAFA di mana kemenjadian murid bukan diukur melalui bilangan A. Tetapi ianya diterjemahkan melalui amalan dan cara hidup serta pembudayaan nilai yang dipelajari di kelas KAFA dalam kehidupan seharian.

Seramai 220, 011 calon telah menduduki peperiksaan UPKK pada bulan Oktober 2018 di 5,903 pusat peperiksaan melibatkan seramai 12,730 petugas/ pegawai peperiksaan

Aspek kemenjadian murid yang menjadi fokus pelaporan telah diterjemahkan dengan kejayaan murid dalam mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dengan kadar lulus yang tertinggi dengan 99.9% diikuti oleh mata pelajaran Al-Quran sebanyak 99.8 peratus kelulusan dicatatkan sekaligus menunjukkan kejayaan murid dalam menguasai ibadat solat, Tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian

Peratusan kelulusan mata pelajaran lain adalah seperti berikut :-

-Jawi dan khat (94.4 peratus)

-Adab (akhlak islamiah) 90.9 peratus

-Ulum Syariah (akidah dan ibadah) 87.3 peratus

-Lughatul quran (85.6 peratus)

-Sirah 83.1 peratus

Maklumat Lanjut

Bermula tahun 2018, keputusan UPKK akan diumumkan dalam tahun semasa iaitu tahun di mana peperiksaan diadakan. Semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga secara dalam talian/ online. Pendaftaran calon kepada bukan warganegara juga akan dibuka mulai tahun ini mengikut syarat di tetapkan.

Selamat membuat Semakan Keputusan UPKK secara online Dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA.

Rel : semakan keputusan ujian penilaian kelas kafa upkk 2022, angka giliran dan hantar ke 15888, diumumkan pada 9 mac, keputusan upkk 2022 2023, upkk jarak no, tahap kemahiran kebolehan dan penghayatan, angka giliran dan hantar ke nombor 15888, menggunakan modul penilaian kelas kafa mpkafa, semakan keputusan upkk 2022,