Semakan Keputusan ILJTM ILP ADTEC JMTI 2024. Cara check tawaran kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia setiap sesi.

Semakan Keputusan ILJTM ILP ADTEC JMTI 2024

Panduan buat pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST yang ada membuat application ke ILJTM (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia) sesi 1/2024. Semakan Keputusan ILJTM yang meliputi tawaran ke ILP, ADTEC dan JMTI boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Untuk makluman pemohon, kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah seliaan JTM iaitu 23 buah ILP, 8 ADTEC dan 1 JMTI. ILJTM menawarkan kursus yang berteraskan kemahiran dan ditawarkan secara sepenuh masa atau jangka pendek.

Semakan Keputusan ILJTM ILP ADTEC JMTI

Semakan Keputusan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan ILJTM iaitu ILP ADTEC JMTI Sesi 1/2024 secara online. Maklumat memaparkan tarikh penting intake dan semakan ILJTM dan applikasi semakan.

Tarikh Penting Permohonan/ Semakan

i) Sesi 1/2024

Berikut adalah tarikh penting ILJTM Sesi 1/2024 :-

  1. 25 Oktober 2023 : Sistem application Online dibuka
  2. 24 November 2023 : Sistem ditutup
  3. 30 November – 4 Disember 2023 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
  4. 5 – 6 Disember 2023 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
  5. 20 Disember 2023 : Hebahan Keputusan Tawaran
  6. 3 Januari 2024 : Tarikh Akhir Cetakan Surat Tawaran
  7. 3 Januari 2024 : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
  8. ? : Tempoh rayuan melalui sistem ILJTM dan tertakluk kepada kekosongan tempat
  9. ? : Surat tawaran boleh disemak di application semakan
  10. 29 Januari 2024 : Pendaftaran Pelajar Baharu

*Peringatan: Segala makluman berkaitan temuduga dan keputusan tawaran perlu disemak di laman web jtm sahaja (www.jtm.gov.my/online). Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

ii) Sesi 2/2023

Berikut adalah tarikh penting ILJTM Sesi 2/2023 :-

  1. 14 Februari 2023 : Sistem application Online dibuka
  2. 1 Jun 2023 : Sistem ditutup
  3. 6 Jun 2023 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
  4. 13 – 14 Jun 2023: Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
  5. 23 Jun 2023 : Hebahan Keputusan Tawaran & Surat tawaran boleh disemak di application semakan
  6. 6 Julai 2023 : Tarikh Akhir Cetakan Surat Tawaran
  7. 6 Julai 2023 : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
  8. ? : Tempoh rayuan melalui sistem ILJTM dan tertakluk kepada kekosongan tempat
  9. 31 Julai 2023 : Pendaftaran Pelajar Baharu

*Peringatan: Segala makluman berkaitan temuduga dan keputusan tawaran perlu disemak di laman web jtm sahaja (www.jtm.gov.my/online). Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

Applikasi Semakan ILJTM Online

Sila Klik Link dibawah untuk membuat semakan ILP, ADTEC & JMTI Online

  1. Semakan JTM
  2. Sila Masukkan No. Kad Pengenalan/ My Kad dan Klik Butang Semakan
  3. Pastikan anda memasukan no maklumat No. Kad Pengenalan yang betul

Cara Membuat Application Ke ILP, ADTEC Dan JMTI

Kepada pelajar yang berminat memasuki Institusi di bawah ILJTM, berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan:-

  • Application secara online akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai
  • Aplikasi atas talian klik Mohon JTM

Apa Itu ILJTM?

Berikut dikongsikan maklumat am yang dikongsikan dari Portal Rasmi JTM, apa itu ILJTM, senarai lokasi dan kemudahan/ kursus yang disediakan.

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

ILJTM terdiri daripada:

(a) 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP);

(b) 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); dan

(c) Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

Senarai ILJTM Mengikut Negeri

1. Wilayah Persekutuan:ILP Kuala Lumpur, ILP Labuan

2. Selangor: ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam

3. Negeri Sembilan: ILP Pedas

4. Pulau Pinang: ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai, JMTI

5. Kedah: ILP Jitra, ADTEC Kulim

6. Perak: ILP Ipoh, ADTEC Taiping

7. Perlis: ILP Kangar

8. Kelantan: ILP Kota Bharu

9. Terengganu: ILP Kuala Terengganu, ILP Marang & ADTEC Kemaman

10. Pahang: ILP Kuantan,ILP Anjung Muadzam Shah & ADTEC Jerantut

11. Johor: ILP Mersing, ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat

12. Melaka: ILP Bukit Katil, ILP Selandar, ADTEC Melaka

13. Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan

14. Sarawak: ILP Kota Samarahan, ILP Miri & ADTEC Bintulu

Selamat membuat Semakan Keputusan tawaran. Tahniah kepada mereka yang berjaya menerima tawaran ke ILP, JMTI dan ADTEC untuk menyambung pengajian kemahiran anda.

Rel : 3 januari 2024 pendaftaran pelajar baharu, berikut dikongsikan dari portal rasmi jtm apa itu iljtm senarai lokasi dan kemudahan kursus yang disediakan, terdapat 32 buah institusi latihan jabatan tenaga manusia iljtm ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara, sesi 1, temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak di laman web jtm sahaja www.jtm.gov.my online, objektif utama iljtm institut teknikal jepun malaysia jmti,