Semakan Keputusan egTukar 2024 Online (Pertukaran Guru). Cara semak status permohonan cikgu antara negeri, bahagian daerah.

Semakan Keputusan egTukar 2024 Online (Pertukaran Guru)

Panduan buat guru yang telah membuat permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi sepanjang tahun 2024. Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan egTukar sesi sesi Jun 2024 Dan Januari 2024 secara atas talian/ online.

Untuk makluman, proses pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2024 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Jun 2024 serta Januari 2024 dengan sekali permohonan sahaja.

semakan keputusan egtukar online

Cara Semak Keputusan egTukar 2023 Melalui Modul e-GTukar

Berikut dikongsikan maklumat semakan melibatkan sesi Jun 2024 dan Januari 2024.

Keputusan aplication untuk pertukaran guru adalah melibatkan pertukaran Antara Negeri / Bahagian, Antara Daerah Dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred seperti berikut :-

-GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED). DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED)

Proses kelulusan pertukaran seseorang guru pula adalah berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu :-

1.Kepentingan perkhidmatan

2. Kekosongan penjawatan

3. Keperluan opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon

Keputusan kelulusan pertukaran akan dimuktamadkan oleh satu Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Syarat Permohonan Pertukaran Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan

Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan

KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

Guru Yang Tidak Layak Memohon Pertukaran

Berikut adalah kategori guru yang tidak layak memohon pertukaran:

Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Tarikh Semakan

Di bawah adalah tarikh-tarikh berkaitan semakan keputusan pertukaran guru mengikut kategori:

A. KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI/ BAHAGIAN

-Sesi Januari 2024 : akan dikemaskini

-Sesi Januari 2023 : 9 Disember 2022

-Sesi Jun 2023 : 26 Mei 2023

B. KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH

-Sesi Januari 2024 : akan dikemaskini

-Sesi Januari 2023 : 9 Disember 2022

-Sesi Jun 2023 : 26 Mei 2023

C. KEPUTUSAN PENEMPATAN GURU

-Sesi Januari 2024 : akan dikemaskini

-Sesi Januari 2023 : 9 Disember 2022

-Sesi Jun 2023 : 26 Mei 2023

Aplikasi Semakan Pertukaran Guru

Berikut adalah aplikasi semakan keputusan egTukar untuk guru menyemak application masing-masing:

https://epgo.moe.gov.my/

NOTA

Untuk menyemak. Guru perlu Log Masuk ke sistem Modul Pengurusan Guru (EGtukar) dengan menggunakan ID Pengguna, kata laluan dan kad pengenalan masing-masing untuk mengetahui keputusan kelulusan dan penempatan guru

Pertukaran yang telah diluluskan adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Tiada Rayuan dan pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.

Terdapat Dua (2) Tarikh Bagi Kuat Kuasa Pertukaran Guru:

1. Tarikh Kuat Kuasa Dan Lapor Diri Pada 3 Januari 2022 Bagi Guru Bukan Kelas Peperiksaan; dan

2. Tarikh Kuat Kuasa Dan Lapor Diri Pada 21 Mac 2022 Selepas Tamat Peperiksaan Awam Bagi Guru Kelas Peperiksaan SPM & STPM

Selamat membuat semakan pertukaran guru sesi Januari 2024 serta sesi Jun 2024. Moga hasrat anda untuk bertukar berjaya.

Rel : secara online, keperluan opsyen di negeri yang dimohon, permohonan egtukar, sesi januari jun,