Karangan Rencana : Format Menulis & Contoh. Contoh buat cerita atau esei tentang sesuatu perkara yang dapat berdiri sendiri.

Karangan Rencana : Format Menulis & Contoh

Antara jenis karangan yang popular untuk menjadi soalan kepada pelajar adalah karangan jenis rencana. Pelajar akan diuji tentang pengetahuan am serta penggunaan bahasa dalam mengulas sesuatu isu atau perkara. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Karangan Rencana : Format Menulis & Contoh untuk rujukan semua.

Karangan berbentuk ini lazimnya mengandungi maklumat, informasi, huraian atau penceritaan tentang sesuatu perkara. Ia perlu berbentuk fact yang dikemukakan berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan pengetahuan penulis atau pelajar. Oleh itu, penting untuk pelajar banyak membaca dan menambah pengetahuan am untuk menjawab soalan yang berkaitan. Sekaligus meluaskan horizon pemikiran pelajar serta menambah prosa kata dalam Bahasa Melayu untuk digunakan.

karangan rencana format penulisan

Karangan Rencana : Format Menulis & Contoh

Berikut dikongsikan Contoh Karangan Jenis Rencana meliputi Format Menulis sebagai panduan untuk pelajar. Turut dikongsikan adalah contoh karangan jenis rencana yang berbeza.

Format Karangan

Sebelum menulis karangan, pelajar perlu tahu bahawa karangan jenis rencana terdiri daripada tajuk dan struktur binaan karangan yang sama dengan perbincangan, opinion, ulasan dan komen. Ia terdiri seperti berikut:

  1. Tajuk
  2. Pendahuluan
  3. Perenggan 2 (Isi penting 1)
  4. Perenggan 3 (Isi penting 2)
  5. Perenggan 4 (Isi penting 3)
  6. Perenggan 5 (Isi penting 4)
  7. Penutup

Ciri-ciri Penulisan Karangan

  • Rencana dikategorikan dalam karangan bentul formal
  • Penulisan bahasa yang konvensional dan isi tepat digunakan
  • Tidak bersifat cereka kerana isi yang ditulis hendaklah berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan yang sebenar
  • Nada penulisan yang serius dan mampu memberikan ulasan mudah kepada pembaca untuk memahami isi yang ditulis
  • Mempunyai ketepatan maklumat serta hujahan yang disokong oleh sumber yang benar

Bentuk-Bentuk Rencana

Karangan jenis rencana boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

  1. Rencana bentuk ilmiah
    • Ditulis oleh seorang yang pakar dalam sesuatu bidang
    • Penulisan berdasarkan penyelidikan sendiri atau aorang lain
    • Setiap isi, huraian, ulasan serta opinion mestilah ada dasarnya
  2. Rencana bentuk separa ilmiah
    • Penulisan yang mengandungi maklumat, jadual, rajah, peta dan sebagainya bagi tujuan pemahaman pembaca
    • Ditulis oleh wartawan dan tidak memerlukan kajian atau rujukan terperinci
  3. Rencanan bentuk popular
    • Berkaitan isu-isu semasa dan isi pentingnya tidak berat dari segi maklumat
    • Penulisan menjelaskan dalam gaya bahasa yang mudah difahami serta ringkas

Contoh Karangan 1

Gejala vandalisme yang merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Bincangkan saranan anda untuk membanteras masalah vandalisme dalam bentuk rencana

Cadangan untuk membanteras vandalisme yang merosakkan kemudahan awam di negara ini

Dalam mendepani era globalisasi pasca kemerdekaan, masyarakat di negara kita menghadapi pelbagai cabaran dari segi sosio ekonomi dan budaya. Namun begitu, sektor pendidikan di Malaysia berkembang dengan baik dan meningkatkan pengetahuan, keupayaan dan keboleh pasaran rakyat tempatan. Tetapi masih terdapat segelintir yang berfikiran cetek dan gemar untuk merosakkan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Cadangan yang boleh diusulkan untuk menghalang aktiviti vandalisme daripada berlaku adalah dengan memperkasa pendidikan sivik dan etika dalam kalangan pelajar. Sistem pendidikan yang kita warisi ketika ini masih berorientasikan peperiksaan dan kegiatan kokurikulum sehingga mengabaikan pendidikan akhlak kemanusiaan pelajar. Tidak dinafikan, penyertaan dalam aktiviti kokurikulum dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri pelajar namun aplikasinya tidak berjaya dilaksanakan. Satu pendekatan yang efektif dan kreatif perlu dibentuk agar pelajar dapat menghayati nilai murni yang dipelajari dan membasmi gejala vandalisme

Pada masa yang sama, ibu dan bapa juga berperanan untuk mendidik anak-anak supaya menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Teladan yang baik perlu ditunjukkan dan perilaku ibu dan bapa menjadi ikutan anak-anak kerana ahli keluarga merupakan insan dan pengaruh kuat seseorang. Persis peribahasa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa yang membimbing anak dengan baik pasti dapat mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti yang sia-sia seperti gejala vandalisme

Masalah merosakkan kemudahan awam juga boleh diselesaikan dengan bantuan media massa. Kuasa pengaruh yang dimiliki media massa mampu menyumbang kepada usaha untuk mengatasi masalah vandalisme. Pesanan khidmat masyarakat dalam bentuk video dan audio dapat menarik perhatian anggota masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja dan menasihati agar menggunakan kemudahan awam dengan berhemah demi kemaslahatan bersama. Selain itu, paparan cara aduan dan hukuman yang bakal dikenakan kepada pelaku vandalisme merupakan informasi penting untuk pengetahuan orang awam. Jelas bahawa media massa mempunyai peranan yang penting bagi membanteras masalah merosakkan kemudahana awam.

Akhir sekali, cadangan untuk membanteras aktiviti vandalisme adalah dengan penguatkuasaan undang-undang. Kemudahan awam yang dibina daripada wang masyarakat untuk kegunaan masyarakat sendiri wajar dijaga dengan penguatkuasaan undang-undang. Sebagai contoh, kemudahan kesihatan seperti alat senaman yang diletakkan di padang awam boleh dikunci atau dihalang penggunaanya di luar waktu kebiasaan seperti waktu malam. Pihak berkuasa tempatan boleh melantik masyarakat sekeliling atau mereka yang menggunakan alat tersebut untuk memegang kunci atau mangga. Tindakan ini secara langsung dapat menghalang aktiviti vandalisme yang merugikan masyarakat kita.

Kesimpulannya, pelbagai cadangan boleh dilaksanakan oleh banyak pihak untuk mengatasi masalah merosakkan kemudahan awam. Setiap pihak perlu menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara menjadi lebih baik di persada dunia. Ibarat peribahasa akibat nila setitik, rosak susu sebelanga kita perlu memastikan tiada seorang anggota masyarakat yang terlepas daripada hukuman jika mereka terlibat dengan aktiviti merosakkan kemudahan awam atau vandalisme. Semoga masyarakat yang bertanggungjawab dan hidup dalam keadaan harmoni akan terus dilahirkan di negara yang kita cintai ini.

Contoh Karangan Rencana 2

Masalah Banjir Yang Melanda Negara

Kebelakangan ini, bencana banjir sering berlaku sama ada di kawasan bandar atau pun luar bandar. Hal ini kerana berlaku hujan yang lebat pada tempoh masa yang lama dan menyebabkan banjir terjadi di kawasan yang berisiko.

Kebiasaannya, banjir akan berlaku di kawasan berhampiran sungai atau parit dan rendah. Kawasan ini merupakan kawasan kegiatan pertanian kerana kemudahan untuk mendapatkan sumber air. Apabila berlaku banjir, hasil pertanian akan musnah dan merugikan petani seterusnya mengancam bekalan makanan di nagara kita

Selain itu, banjir juga kerap berlaku di kawasan penempatan manusia. Kenaikan paras air sungai yang melimpah akan membanjiri rumah berdekatan dan parit serta longkang yang tidak dipelihara akan menjadikan saliran air tidak lancar. Kesannya harta benda akan musnah dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada mangsa banjir.

Justeru, adalah baik untuk kita melakukan tindakan seperti menyelenggara parit dan longkang serta mendalamkan sungai untuk mengelakkan kejadian banjir berulang. Ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa juga akan menyelamatkan alam sekitar yang kita nikmati daripada hasil ciptaan Tuhan.

Related : salah satu,