Lokasi AES/ AwAS Terkini Di Lebuhraya Malaysia & Jalan Biasa. Senarai tempat kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik di highway traffic light.

Lokasi AES/ AwAS Terkini Di Lebuhraya Malaysia & Jalan Biasa

Pasti ramai pengguna jalanraya yang ingin mengetahui senarai lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) terkini di Malaysia? Pemasangan kamera AES (AES Camera) adalah di kawasan/ lokasi yang kerap berlaku kemalangan dan ianya bertujuan untuk mengurangkan kes kemalangan. Buat semua, berikut dikongsikan Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia untuk panduan pengguna semasa memandu terutama perjalanan jauh di Lebuhraya.

Sistem Awas telah diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang hanya melibatkan kesalahan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia Lebuhraya Dan Lampu Isyarat

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia (Lebuhraya Dan Lampu Isyarat)

Berikut adalah senarai 45 lokasi AES di Lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat meliputi 29 lokasi hadlaju dan 16 lokasi lampu isyarat.

Apa itu AES – Automated Enforcement System?

AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.

Bagaimana AES beroperasi?

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

Lokasi Kamera AES/ AWAS (Hadlaju)

Berikut dikongsikan senarai lokasi camera awas di seluruh malaysia meliputi lokasi penguatkuasaan bagi hadlaju 110 KM/J:

  1. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Aarah Kuala Terengganu)
  2. KM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  3. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara)
  4. KM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara)
  5. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  6. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara)
  7. KM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  8. KM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  9. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan)
  10. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  11. KM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan)
  12. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan)
  13. KM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  14. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur)
  15. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  16. KM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  17. KM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  18. KM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  19. KM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  20. KM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  21. KM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  22. KM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  23. KM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  24. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)

Di bawah pula adalah lokasi penguatkuasaan bagi hadlaju 90 KM/J dan ke bawah

  1. KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
  2. 301.6 KM Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  3. KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai)
  4. KM 6.6 Lebuhraya SKVE : 80 KM/J
  5. KM 1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya : 70 KM/J

Lokasi Kamera AES/ AWAS (Lampu Isyarat)

Berikut adalah 16 lokasi kamera iaitu jenis penguatkuasaan lampu isyarat (Traffic lights).

  1. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
  2. KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput)
  3. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
  4. KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth
  5. KM 4 Jalan Sitiawan-Lumut (Arah Lumut)
  6. KM 11 Jalan Sitiawan-Ipoh
  7. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Ipoh)
  8. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Kuala Lumpur)
  9. KM 4 Jalan Setiawan-Lumut (Arah Setiawan)
  10. KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth
  11. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
  12. Jalan Pasir Putih, Ipoh
  13. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  14. KM 14 Jalan Ipoh-Pusing (Arah Sitiawan)
  15. KM 8 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang
  16. KM 38 Jalan Ipoh-Kampar (Arah Ipoh)

Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)

Bermula dari 20 Julai 2018, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan sepenuhnya Sistem Mata Demerit bagi 23 kesalahan terjadual yang terdapat di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017. Untuk kesalahan AWAS, penguatkuasaan sistem mata demerit walaubagaimanapun akan hanya bermula pada 1 September 2018.

Di bawah undang-undang sistem demerit, mana-mana pemandu yang telah disabitkan ke atas mana-mana kesalahan terjadual di mahkamah atau telah dikompaun bagi mana-mana kesalahan terjadual dan telah membayar kompaun itu, akan diberikan mata demerit seperti yang dinyatakan dalam grafik di bawah ini.

sistem mata demerit

Dengan pelaksanaan undang-undang lalulintas secara automatik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan merakam gambar kenderaan yang melanggar peraturan dan menghantarnya ke Pusat Kawalan AES. Sistem AES berfungsi dengan memasang peralatan pengesan yang memantau had laju, dan secara automatik merekod kesalahan lalu lintas. Sistem ini melibatkan pemasangan peralatan pengesan di sepanjang jalan, yang kemudiannya merakam imej kesalahan menggunakan kamera gambar dan video.

Semoga perkongsian Senarai Lokasi AES/ AwAS Terkini Di Malaysia bermanfaat buat semua. Marilah sama-sama kita memandu secara berhemah bukan sahaja di lokasi yang disenaraikan malah ketika memandu di jalan raya secara umumnya. Hati-hati memandu. undang lalulintas secara automatik.