Kalendar Islam 2024 M/ 1445-1446H Dan Tarikh Penting. Perincian Kalender hijriah hari perayaan dan kebesaran Islam beserta takwim Islam.

Kalendar Islam 2024 Masihi/ 1445-1446 Hijrah (Malaysia)

Kalendar-Islam-Masihi-Hijrah-Malaysia

Hendak tahu tarikh-tarikh penting hari kebesaran dan perayaan dalam Kalendar Islam di Malaysia pada tahun 2024 Masihi bersamaan dengan 1445/ 1446 Hijrah? Seperti penggunaan takwim barat, takwim Islam sangat penting dalam semua urusan termasuk keagamaan. Takwim Islam ini ditetapkan berdasarkan kenampakan hilal atau anak bulan yang mana merupakan suatu proses yang rumit dalam menentukan kenampakannya. Menurut al-Biruni, takwim dalam Islam dimulai pada 16 Julai 622 M. Takwim Islam adalah takwim yang merujuk kepada peredaran bulan semata-mata. Perkiraan yang dibuat disandarkan kepada al-Quran dan al-Hadis.

Justeru tiada timbul keraguan dalam penggunaannya. Pengamalan penggunaan takwim Islam atau dikenali sebagai takwim Hijri ini adalah dibuat ketika zaman Saidina Umar al-Khattab. Nama Hijri merujuk kepada hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Ketika zaman Rasulullah SAW, baginda memperkenalkan permulaan bulan Muharam yang diambil dari takwim lama masyarakat jahiliah.

Perbezaan Takwim Hijri Vs Takwim Gregory

Pada asasnya jumlah bulan dalam takwim Hijri dan takwim Gregory adalah sama iaitu 12 bulan. Cuma bilangan hari dalam kedua-dua takwim tersebut tidak sama.

Bilangan hari dalam takwim Hijri dan Gregory adalah tidak sama. Ini kerana takwim Hijri diasaskan daripada peredaran bulan mengelilingi bumi manakala takwim Gregory adalah hasil daripada penukaran Julius Ceaser kepada sistem suria sepenuhnya. Jumlah hari dalam setiap bulan Hijri adalah tetap jika mengikut sistem hisab dan berubah-ubah jika mengikut sistem rukyah. Manakala dalam takwim Gregory bilangan hari adalah tetap dan setiap 4 tahun akan mengalami tahun lompat dan ditambah 1 hari pada bulan Februari serta dikira berdasarkan satu pusingan sempurna bumi untuk mengelilingi matahari.

Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar hijrah yang mana cadangan perkiraan tahun hijrah ini bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar AlKhattab. Bagi tahun hijrah, bulan Muharram telah dipilih menjadi bulan pertama dalam dua belas bulan sebagaimana yang diputuskan oleh Saidina Umar dan mempunyai 354-355 hari. Jumlah bulan hijrah sama sepertimana tahun masihi namun waktu permulaannya adalah berbeza dan mengikut pergerakan bulan.

Sekiranya di Barat, kalendar mereka digelar kalendar Gregory atau kita panggil kalendar Masihi. Pengiraan tahunnya bermula dari kelahiran Nabi Isa. Kalendar orang Islam pula, pengiraan tahunnya bermula pada tahun Nabi Muhammad berhijrah. Sekali gus, kalendar orang Islam dinamakan kalendar Hijrah.

Kalendar Bulan Islam Malaysia 2024M/ 1445-1446H

Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.

Terdapat 12 bulan dalam Islamic Calendar bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah. Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.

Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.

Berikut dikongsikan senarai tarikh-tarikh penting dalam Islam meliputi hari kebesaran dan perayaan

TARIKH PENTING ISLAM 2024

TARIKH HIJRI 1445TARIKH MILADI (2024)HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM
 27 Rejab8 FebruariIskraj Mikraj
 1 Ramadhan *12 MacAwal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa 2023
 17 Ramadhan28 MacNuzul Al-Quran
 1 Syawal *10 AprilHari Raya Puasa/ Aidilfitri
 1 Zulhijjah8 JunAwal Zulhijjah
 10 Zulhijjah *17 JunHari Raya Qurban/ Hari Raya Aidiladha (Haji)
 1 Muharram 1446H7 JulaiAwal Muharram/ Maal Hijrah
 12 Rabiulawal 1446H16 SeptemberMaulidur Rasul
 Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
 Sumber : Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail boleh dimuat turun dalam PDF di JAKIM.

Berikut adalah pautan muat turun kalendar bagi tahun 2024 dari sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

MUAT TURUN TAKWIM/ KALENDAR ISLAM 2024

 1. TAKWIM JAKIM 2024

Takwim M H

 2. ISLAMIC CALENDAR 2024 ePortal JAKIM

PERINCIAN (IKUT BULAN)

JANUARI
kalendar islam januari
FEBRUARI
kalendar islam februari
MAC
kalendar islam mac
APRIL
kalendar islam april
MEI
kalendar islam mei
JUN
kalendar islam jun
JULAI
kalendar islam julai
OGOS
kalendar islam ogos
SEPTEMBER
kalendar islam september
OKTOBER
kalendar islam oktober
NOVEMBER
kalendar islam november
DISEMBER
kalendar islam disember

Moga perkongsian tarikh penting dan Kalendar Islam 2024 M/ 1445-1446H (kalendar hijriah) boleh dijadikan rujukan berguna buat semua umat Islam di Malaysia.

Related : nabi muhammad saw, satu tahun, https www.e solat.gov.my, laman web, 2022 di malaysia, syawal 1443h, islam untuk tahun 2022, penting dalam islam tahun, takwim hijrah, senarai perincian, islam tahun 2023 malaysia, penting dalam islam untuk, peristiwa hijrah, takwim 2023 miladiah, menggunakan kalendar,