Cara Mohon Kad Hijau CIDB (Green Card). Rujuk di sini untuk memudahkan pemahaman mengenai proses pendaftaran personel binaan.

Cara Mohon Kad Hijau CIDB (Syarat Mendaftar & Kos Bayaran)

cidb cara daftar dan mohon kad hijau

Perhatian kepada mereka yang bekerja atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan di seluruh Malaysia. Adakah anda berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB atau dikenali sebagai Green Card? Jika belum, berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara mendaftar serta cara mohon kad hijau CIDB untuk rujukan semua.

Menurut Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) setiap personel binaan diwajibkan untuk mendaftar di bawah Lembaga yang sah. Denda sebanyak RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan personel sekiranya bekerja di tapak pembinaan dengan tidak memiliki Kad yang sah. Tambahan pula, personel binaan yang memiliki kad yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Plan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Plan ini merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah yang mana pembayarannya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB.

CIDB : Cara Daftar & Mohon Kad Hijau

Di bawah adalah perincian maklumat berkaitan cara memohon Green Card CIDB untuk panduan semua.

Syarat-Syarat Mendaftar

Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk memohon:

  1. Had umur mendaftar sebagai personel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas. Bagi di negeri Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 Tahun dan ke atas.
  2. Pemohon bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
  3. Menghadiri kursus Induksi Keselamatan untuk personel binaan atau lain-lain kursus seumpamanya yang diiktiraf oleh CIDB
  4. Mematuhi undang-undang bertulis yang lain yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Kos Bayaran

Untuk makluman, Bayaran hendaklah dibuat ke atas nama CIDB. HSE Dynamic hanya mengenakan bayaran caj tambahan jika Kad diambil oleh CIDB negeri dan diserahkan kepada pemohon di atas sebab-sebab tertentu.

Resit bayaran boleh dimuat turun dari cims.cidb.gov.my dan HSE Dynamic tidak akan mengeluarkan resit bayaran berkaitan kursus yang dijalankan melainkan Kursus Tertutup.

Di bawah adalah jadual kos pembayaran yang disediakan oleh CIDB:

kos bayaran kad hijau cidb

Proses Pendaftaran Kad Hijau CIDB

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar serta memohon pemilikan Green Card yang dikeluarkan oleh CIDB:

  1. Layari Portal CIMS (cimsapp.cidb.gov.my)
  2. Klik di bahagian ‘Daftar Baru’
  3. Pilih Jenis pengguna ‘Individu’
  4. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit’
  5. Emel pengesahan akan dihantar melalui emel yang didaftarkan
  6. Log Masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda
  7. Pilih menu ‘Detail Competency Management’
  8. Klik permohonan kursus
  9. Klik kursus SICW dan cari:
    • Nama Penganjur : HSE DYNAMIC CONSULTANCY
    • Lokasi: BILIK SEMINAR HSE DYNAMIC CONSULTANCY. 53-2 JALAN NAUTIKA AU20/A, PUSAT KOMERSIL TSB SUNGAI BULOH, 40160 SHAH ALAM
  10. Lengkapkan maklumat seperti nama anda, no. kad pengenalan, alamat dan no. telefon
  11. Seterusnya pemohon perlu membuat pembayaran yuran kursus sebanyak RM26.50 secara online atau di kaunter CIDB Negeri
  12. Pemohon yang telah membuat bayaran sahaja dibenarkan untuk hadir ke kursus berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam sistem
  13. Semakan status permohonan boleh dibuat dengan menghantar emel beserta nama dan no. kad pengenalan ke admin@kursuskadhijau.com

Nota: Bayaran hendaklah dilakukan selawat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kursus dijalankan dan resit bayaran boleh dimuat turun daripada sistem permohonan.

Untuk mendapatkan panduan lengkap, sila buka pautan di bawah:

Cara Pengambilan Kad

Setelah selesai menjalani kursus yang dijadualkan, berikut adalah cara-cara untuk mengambil kad anda:

  1. Semak secara online dengan memasukkan no. kad pengenalan pada ‘Cari Direktori Personel Binaan’ sama ada kad anda sudah siap diproses atau belum
  2. Bawa resit bayaran ke k kaunter CIDB Negeri terdekat untuk mengambil kad anda. (3 hari bekerja selepas permohonan bagi akaun individu, 14 hari bekerja jika didaftarkan melalui akan syarikat)

Soalan Lazim (FAQ)

i) Bagaimanakah saya boleh memohon?

  • Pemohon yang berstatus warganegara Malaysia / warga tempatan Malaysia boleh dibuat secara atas talian melalui sistem CIMS sama ada melalui Individu atau majikan. Pemohon/Majikan perlu mempunyai akses ID sistem CIMS.

ii) Bagaimanakah permohonan Kad Personel Binaan (Green Card) untuk bukan warganegara Malaysia / warga asing?

  • Bagi bukan Warganegara Malaysia /warga asing, permohonan HANYA boleh dibuat melalui majikan yang mempunyai akses ID ke sistem CIMS.

iii) Bagaimanakah saya boleh mendaftarkan id individu/ majikan?

  • Pendaftaran ID adalah menggunakan email yang aktif . Selepas mendaftar, sila semak di dalam folder ‘inbox’ atau ‘spam’ atau ‘junk’ emel didaftarkan untuk melihat dan klik pautan pengaktifan emel untuk kali pertama untuk log in.
  • Klik capaian di bawah untuk memohon semula pengaktifan email sekiranya masih belum menerimanya:
  • Penghantaran semula pengaktifan email
    https://cims.cidb.gov.my/SMIS/regcontractor/regActivationResend.vbhtml?CallFrom=F&Callwhere=1&fp=fp1

iv) Bagaimanakah jika saya pemohon warganegara Malaysia tetapi tidak menerima notifikasi untuk pengesahan pembayaran permohonan Kad Personel Binaan?

  • Sekiranya tiada notifikasi diterima melalui email atau teks pesanan ringkas (SMS) selepas 3 hari permohonan dibuat, sila hadir ke kaunter CIDB negeri/cawangan yang berdekatan untuk semakan lanjut dan pengesahan data menggunakan ‘card reader’.

v) Semasa membuat permohonan Kad Personel Binaan, saya dapati maklumat sijil kemahiran/akademik tiada dalam senarai sistem CIMS, apa perlu saya lakukan?

  • Sekiranya maklumat sijil kemahiran/akademik anda tiada dalam senarai Sistem CIMS, sila semak pengiktirafan sijil berkenaan dengan Agensi Kelayakkan Malaysia (MQA) dan sekiranya ada, sila panjangkan maklumat serta bukti pengesahan tersebut kepada CIDB melalui sistem e-Bantuan untuk CIDB mengemaskini maklumat sijil berkenaan ke dalam sistem CIMS. Pemohon dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu permohonan Kad Personel Binaan sehingga maklumat sijil anda dikemaskini.

Maklumat Lanjut

Sekiaranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan, sila rujuk:

  • Laman Rasmi
  • Alamat Pejabat: 53-2 Jalan Nautika A U20/A,
    Section U20, Pusat komersil TSB Sungai Buloh
    40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • No. Telefon: +60111 313 2468 (Whatsapp Sahaja)
  • Emel: kursuskadhijau@gmail.com

Related : nak renew untuk mengelakkan cidb dah sistem cims cidb cidb green card permohonan kad hijau kursus kad hijau renew kad, pusat latihan, talian online maklumat yang diperlukan untuk