Jumlah Penduduk Malaysia 2023 Mengikut Kaum, Umur & Jantina. Statistik data rasmi Malaysian population berdasarkan Jabatan Perangkaan.

Jumlah Penduduk Malaysia 2023 Mengikut Kaum, Umur & Jantina

jumlah penduduk malaysia terkini

Pernahkah anda tertanya-tanya berapakah bilangan penduduk yang menetap di Malaysia? Untuk makluman, Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengumpul data dan statistik serta membuat bancian yang merangkumi bidang ekonomi dan sosial penduduk di dalam negara. Oleh itu, berdasarkan maklumat daripada bancian Jabatan Perangkaan, berikut dikongsikan jumlah penduduk Malaysia 2023 mengikut kaum, umur & jantina sebagai rujukan.

Pengumpulan data secara berkala atau tahunan adalah penting khususnya pada peringkat negara kerana ia membantu dari segi perancangan serta tadbir urus negara yang lebih berkesan. Apabila bancian dilaksanakan, kita sebagai warganegara yang bertangungjawab seharusnya mengisi maklumat dengan tepat supaya kerajaan dapat mengenal pasti demografi yang ada di dalam negara dan membantu setiap kelompok masyarakat dengan dasar-dasar yang bermanfaat terutamanya bagi golongan B40.

Statistik “Malaysia Population” 2023 Terkini Berdasarkan Kaum, Umur & Jantina

Di bawah adalah perincian maklumat penduduk tahun 2023 mengikut kaum, umur & jantina di seluruh Malaysia. Turut disertakan jumlah bagi tahun-tahun sebelumnya sebagai perbandingan.

TERKINI : November 2023

Pada suku tahun ketiga 2023, total Malaysian population adalah dianggarkan berjumlah 33.5 juta, meningkat 1.8 peratus berbanding suku tahun ketiga 2022 (32.9 juta).

Penduduk lelaki meningkat daripada 17.2 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun ketiga 2022 manakala perempuan meningkat daripada 15.7 juta kepada 16.0 juta bagi tempoh yang sama.

Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Sementara itu, komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 22.9 juta kepada 23.4 juta berbanding suku tahun ketiga 2022.

Komposisi penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.4 juta kepada 2.5 juta bagi tempoh yang sama.

Menurut beliau, negara merekodkan penurunan jumlah kelahiran hidup sebanyak 2.8 peratus (110,354 kelahiran) berbanding suku tahun ketiga 2022 (113,506 kelahiran).

Rujuk grafik di bawah untuk paparan yang lebih jelas.

jumlah penduduk malaysia

Laporan Ketua Perangkawan 2023

Sebelum meneliti jumlah penduduk di dalam negara, Berikut adalah beberapa intipati penting daripada laporan Ketua Perangkawan, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin:

1. Nisbah jantina penduduk berada pada 110 lelaki bagi setiap 109 perempuan.

2. Peratus penduduk berusia 0 hingga 14 tahun pada 2023 meningkat

3. Peratus penduduk berusia 65 tahun dan ke atas menurun

4. Jumlah penduduk pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 2.1 peratus

5. Penduduk warganegara meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil iaitu 0.7 peratus

6. Pertumbuhan bilangan penduduk Bukan Warganegara yang lebih tinggi iaitu meningkat daripada 2.5 juta (2022) kepada 3.0 juta (2023)

Sebagai sumber rasmi rujukan statistik di Malaysia, Jabatan Perangkaan akan mengeluarkan laporan tahunan berkenaan statistik populasi di Malaysia. Dianggarkan populasi penduduk di Malaysia berjumlah 33.4 juta orang pada tahun 2023 dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 2.1 peratus.

Berikut dikongsikan statistik populasi penduduk Malaysia bagi tahun 2023 dan 2022:

STATISTIK POPULASI MALAYSIA 

Jumlah Penduduk Keseluruhan

20232022

33.4 juta

32.7 juta

Warganegara

20232022

30.4 juta

30.2 juta

Bukan Warganegara

20232022

3 juta

2.4 juta

Lelaki

20232022

17.5 juta

17 juta

Perempuan

20232022

15.9 juta

15.7 juta

Umur 14 Tahun ke bawah

20232022

7.5 juta (22.6%)

7.6 juta (23.2%)

Umur 15 hingga 64 Tahun

20232022

23.4 juta (70.0%)

22.7 juta (69.5%)

Umur 65 Tahun ke atas

20232022

2.5 juta (7.4%)

2.4 juta (7.3%)

Penduduk Bumiputera

20232022

70.1%

69.6%

Penduduk Bangsa Cina

20232022

22.6%

22.8%

Penduduk Bangsa India

20232022

6.6%

6.6%

Penduduk Bangsa Lain-Lain

20232022

0.7%

0.7%

Berikut merupakan infografik yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk informasi yang lebih jelas:

Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2023

anggaran penduduk semasa Malaysia

Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2022

anggaran penduduk semasa Malaysia

Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2021

infografik jumlah penduduk malaysia suku pertama

Anggaran Penduduk Semasa Tahun 2020

jumlah penduduk Malaysia terkini 2020

Anggaran Penduduk Semasa 2019

Statistik Penduduk Malaysia 2019

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan informasi yang lebih terperinci berkaitan statistik di atas, sila rujuk pautan berikut:

Related : jabatan perangkaan malaysia dosm, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk, komposisi penduduk malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, peratusan penduduk malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, jumlah penduduk berumur 15-64 tahun umur bekerja, peratusan penduduk berumur 15-64 tahun umur bekerja,