JPJeBid Sistem Bidaan No Pendaftaran Kenderaan Online. Cara bida no plat cantik melalui portal jabatan pengangkutan jalan.

JPJeBid Sistem Bidaan No Pendaftaran Kenderaan Online

jpjebid sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan online

Adakah anda merupakan pemilik kenderaan baharu sama ada kereta atau motorsikal? Sekiranya ya, pastinya anda ingin mendapatkan nombor plat atau nombor pendaftaran kenderaan yang menarik untuk dipasang di kenderaan masing-masing. Tahukah anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan kaedah pembidaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memiliki nombor pendaftaran kenderaan? Oleh itu, di bawah dikongsikan maklumat berkaitan sistem JPJeBid sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan online.

Sistem ini mula dilancarkan pada 15 April 2019 adalah satu inisiatif daripada pihak JPJ untuk menawarkan ketelusan dan memudahkan urusan pengguna yang ingin membida nombor plat kenderaan masing-masing. Sistem ini yang menyediakan proses pengiklanan, bidaan dan bayaran menggunakan sistem urusniaga dalam talian. Selain itu, ia dapat memastikan persekitaran keselamatan sistem yang terjamin serta kebolehan mengakses sistem pada bila-bila masa di mana sahaja.

JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian

Berikut dikongsikan informasi terperinci berkenaan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan online.

Bidaan nombor plat melibatkan kos yang tinggi berdasarkan kategori nombor yang tertentu. Sekiranya anda ingin menjimatkan kos, daftar sahaja nombor plat kenderaan semasa mengikut negeri yang dikeluarkan oleh JPJ.

Cara Daftar

Sebelum membida, anda perlu mendaftar terlebih dahulu pada Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan ini.

Di bawah adalah langkah-langkah mendaftar ke dalam sistem sebagai panduan untuk anda:

1. Layari Portal Rasmi (jpjebid.jpj.gov.my)

2. Klik ‘Daftar Baru’

3. Pilih kategori anda. Jika anda membida untuk kenderaan persendirian pilih ‘Warganegara Malaysia’. Jika anda membida untuk syarikat pilih ‘Syarikat/ Pertubuhan’

4. Isikan nombor kad pengenalan anda

5. Masukkan kod Captcha dengan tepat dan klik ‘Semak’

6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan mengisi semua ruang yang diberikan dan klik ‘Daftar’

7. Notifikasi pendaftaran anda berjaya akan dipaparkan

8. Seterusnya, anda akan menerima emel pengesahan ID Pengguna pada alamat emel yang digunakan semasa mendaftar

9. Klik pada pautan yang diberikan untuk mengusahkan ID Pengguna anda

10. Satu notifikasi berkenaan ID Pengguna anda telah disahkan akan dipaparkan

11. Kembali ke halaman utama Portal JPJeBid dan log masuk menggunakan emel serta kata laluan yang didaftarkan.

Cara Bida Nombor Plat 

Selepas berjaya mendaftar masuk ke dalam sistem, anda boleh mula membuat bidaan terhadap nombor plat yang anda inginkan.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses pembidaan:

1. Log masuk pada Portal Rasmi

2. Klik pada tab ‘Bidaan’ dan klik ‘Carian Nombor’

3. Masukkan nombor yang hendak dibida dan klik pada imej carian

4. Sistem akan memaparkan hasil carian anda

5. Klik butang ‘Lagi’ untuk mendapatkan maklumat penuh nombor yang hendak dibida

6. Klik ‘Bida’ untuk mula membida nombor pendaftaran tersebut

7. Anda dikehendaki untuk membayar caj perkhidmatan sebelum memulakan bidaan dan klik ‘Teruskan’ untuk membuat pembayaran tersebut

8. Baca dan teliti terma & syarat yang dipaparkan, klik ‘Setuju’ untuk teruskan pembayaran

9. Maklumat pembayaran untuk caj perkhidmatan akan dipaparkan dan pilih Visa/MasterCard atau American Express, klik ‘Hantar’

10. Masukkan maklumat kad kredit/debit anda yang aktif dan cukup amaun bakinya, klik ‘Submit’

11. Satu notifikasi transaksi bayaran caj perkhidmatan diterima akan dipaparkan dan klik ‘Teruskan’ untuk membida

12. Masukkan amaun bidaan yang dikehendaki dan klik ‘Bida’

13. Baca dan teliti terma & syarat yang dipaparkan dan klik ‘Setuju’

14. Anda akan dibawa ke proses pembayaran yang sama seperti proses pembayaran caj perkhidmatan

15. Selesai membuat pembayaran, anda akan menerima notifikasi transaksi bidaan diterima (pre authorization)

16. Klik ‘Kembali’ untuk menyemak senarai terkini nombor yang dibida

17. Sistem akan memaparkan kedudikan terkini pembida

Bagi mendapatkan panduan lengkap mengenai proses-proses di dalam Sistem ini, sila buka pautan berikut: Panduan Pengguna Sistem

Sekiranya bidaan anda berjaya, berikut adalah perincian yang perlu anda tahu dan ikuti bagi memastikan proses mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan anda berjalan dengan lancar:

i) Anda mempunyai tempoh selama 12 bulan untuk menguruskan pendaftaran kenderaan bermula tarikh surat dikeluarkan oleh JPJ

ii) Tiada tempoh lanjutan akan diberikan dan wang bidaan tidak akan dikembalikan jika pendaftaran nombor plat gagal

iii) Untuk memindahkan nombor plat yang berjaya dibida kepada ahli keluarga yang lain, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan lain-lain.

Kategori Nombor Pendaftaran Kenderaan

Sebelum membida, anda seharusnya mengenali kategori nombor plat yang ditetapkan oleh JPJ. Berikut adalah kategori atau jenis nombor plat yang ditawarkan:

1. Nombor Semasa : nombor yang sedang dijalankan mengikut negeri

2. Nombor popular : dua, tiga atau empat digit berganda (55,101,1001)

3. Nombor menarik : dua, tiga atau empat digit berganda yang menarik( 11, 111, 1111)

4. Nombor bernilai utama : (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10)

Setiap kategori mempunyai harga minima tertentu dan setiap bidaan perlu mempunyai peningkatan minima sebanyak 5% daripada bidaan sebelumnya. Di bawah adalah contoh harga dan peningkatan amaun bidaan untuk rujukan anda:

contoh amaun bidaan nombor plat jpj

Soalan Lazim

1) Siapa yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal ?

a) Individu: warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas

b) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar

c) Pertubuhan, koperasi dan badan professional yang mempunyai rekod di dalam sistem MySIKAP

d) Agensi/ pihak berkuasa tempatan yang mempunyai rekod di dalam sistem MySIKAP

e) Bukan warganegara yang telah mempunyai rekod di dalam sistem MySIKAP

2) Apakah fi dan caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?

RM10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida

3) Apakah tempoh bidaan untuk satu siri nombor kenderaan berlangsung?

Tempoh bidaan bagi satu siri nombor pendaftaran akan berlangsung selama 5 hari dan tamat pada pukul 11.59 malam hari kelima. waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu bayaran bidaan pada pihak bank.

4) Bilakah keputusan rasmi bidaan akan diumumkan?

Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan salam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank

5) Bolehkah pembida menarik balik bidaan?

Tidak dibenarkan

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah atau pertanyaan lebih lanjut beraitan, anda boleh rujuk pada pautan di bawah:

FAQ

Laman Web Rasmi JPJ

Senarai Pejabat Cawangan Negeri JPJeBid

No. Telefon : 03 8000 8000

Related : secara dalam secara manual rakyat dan, pelaksanaan inisiatif pembangunan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian, dilaksanakan pada 15 april 2019, proses bidaan secara manual, berteraskan user experience ux, proses pengiklanan pendaftaran bidaan bayaran, secara perluasan skop sistem mysikap iaitu di bawah menu pengurusan nombor pendaftaran, menteri pengangkutan malaysia, secara online real time, ketetapan aplikasi dan akaun, dikawal selia oleh pihak jpj, kenderaan dalam talian jpjebid, agensi kerajaan,