Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2024/ 1445H. Perincian imsakiah ramadan jadual berbuka puasa dan sahur untuk negeri Johor zon 1- 4 dari JAKIM.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Dan Imsak 2024 (Zon 1 – 4)

Berikut dikongsikan perincian Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2024 untuk Zon 1 sehingga Zon 4 untuk panduan umat Islam di selatan tanahair ketika mengerjakan ibadah puasa. Kita perlu bersyukur di atas nikmat Illahi kerana umat islam di Malaysia terutamanya yang berada di negeri Johor Darul Takzim telah ditemukan sekali lagi dengan bulan penuh berkah iaitu bulan Ramadhan untuk tahun 2024 masihi bersamaan dengan tahun 1445 Hijrah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.

Sebelum ini, ibadah puasa dilaksanakan sedikit berbeza susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 sekaligus menghadkan pergerakan rakyat Malaysia. Tidak terkecuali, pembayaran zakat fitrah yang hanya boleh dibayar secara atas talian/ online.

waktu-berbuka-puasa-johor-dan-imsak

Johor 2024 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak

Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya maka amatlah patut untuk kita memahami dan mengetahui tentang kelebihan berpuasa di bulan Ramadan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 dan 185. “Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

Semua perintah Allah S.W.T yang disyariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat yang tersendiri. Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan apa yang disyariatkan di dalam Islam.

Selain meningkatkan ibadat kepada Allah SWT, puasa juga mendidik jiwa insan untuk berkongsi nikmat dikurniakan dengan memperbanyakkan amalan sedekah yang mampu membersihkan jiwa daripada perasaan sombong.

Puasa mampu menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong dan hasad dengki. Apabila seseorang itu berpuasa, ia mampu membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung menerapkan sifat rendah diri terhadap orang lain dalam diri.

Puasa juga mendidik jiwa dengan sifat belas ihsan terhadap orang lain yang hidup susah dan kurang bernasib baik. Dengan itu, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang hidup serba kekurangan.

Dikongsikan berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2024 mulai 1 Ramadhan 1445H untuk setiap zon waktu berbeza bagi negeri Johor iaitu daripada Zon 1 hingga Zon 4.

Zon 1 Johor : Pulau Aur & Pulau Pemanggil

Perincian maklumat tarikh hijriah dan miladiah beserta hari, waktu imsak dan waktu berbuka bagi zon 1 Negeri Johor:

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Johor Zon Tahun H

Zon 2 Johor : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing & Pulau-Pulau Berdekatan Dengannya

Perincian maklumat tarikh hijriah dan miladiah beserta hari, waktu imsak dan waktu berbuka bagi zon 2 Negeri Johor:

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Johor Zon Tahun H

Zon 3 Johor : Daerah Pontian & Kluang

Perincian maklumat tarikh hijriah dan miladiah beserta hari, waktu imsak dan waktu berbuka bagi zon 3 Negeri Johor:

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Johor Zon Tahun H

Zon 4 Johor : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat & Gemas Johor

Perincian maklumat tarikh hijriah dan miladiah beserta hari, waktu imsak dan waktu berbuka bagi zon 4 Negeri Johor:

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Johor Zon Tahun H

Untuk informasi yang lengkap Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2024 bulan Ramadan tahun 1445H boleh dirujuk di

SUMBER RUJUKAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM