Jadual Perjalanan ETS Gemas - Padang Besar. Klik sini untuk Train Timetable dan harga tiket laluan gemas ke pdg besar oleh KTMB Intercity.

Jadual Perjalanan ETS Gemas Ke Padang Besar & Harga Tiket

ETS Train Timetable & Harga Tiket. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan Electric Train Service pada tahun 2010. Tren laju ini menawarkan perkhidmatan antara bandar daripada Kuala Lumpur sehingga ke Butterworth, Pulau Pinang. Bermula tahun 2015 perkhidmatan train ini telah disambung ke Padang Besar, Perlis sehingga ke Gemas, Negeri Sembilan. Berikut dikongsikan jadual perjalanan ETS serta harga tiket ETS untuk laluan yang dinyatakan sebagai rujukan anda.

Perkhidmatan ETS menggunakan landasan kembar elektrik bagi mencapai kelajuan maksima 145 km/jam. Kelajuan ini dapat memendekkan lagi perjalanan tren antara bandar yang ditawarkan KTMB berbanding sebelum ini. Setiap tren boleh mengangkut seramai 350 orang penumpang dan terdiri daripada enam gerabak sahaja. Menurut perancangan, perkhidmatan ini akan disambung sehingga ke Johor Bahru Sentral dan dijangka siap untuk operasi sepenuhnya pada tahun 2022.

jadual perjalanan ETS kl sentral padang besar harga tiket ETS

ETS Train Timetable 2024 KTM (Laluan Gemas – KL Sentral – Padang Besar)

Di bawah dikongsikan jadual ETS dari laluan Gemas – KL Sentral – Padang Besar dan harga tiket sebagai rujukan untuk semua.

Untuk makluman semua, perkhidmatan train ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ETS Platinum, Gold dan Silver.

1) Platinum

  • Menawarkan perkhidmatan tren paling laju dan masa perjalanan yang singkat seperti dari KL Sentral ke Penang Sentral mengambil masa kurang 4 jam
  • Beroperasi pada waktu yang puncak setiap hari
  • Nombor kerusi bermula dengan huruf ‘EP’

2) Gold

  • Menawarkan perkhidmatan yang berhenti lebih kerap di setiap stesen sepanjang perjalanan
  • Nombor kerusi bermula dengan huruf ‘EG’

3) Silver

  • Menawarkan perkhidmatan untuk kesemua stesen dalam laluan yang ditetapkan.
  • Harga tiket yang lebih rendah berbanding kelas perkhidmatan yang lain

Jadual ETS Terkini : Gemas – KL Sentral – Padang Besar

Sebagai panduan untuk semua, jadual dibawah menunjukkan masa perjalanan, bilangan hentian yang berbeza mengikut tren daripada Gemas sehingga ke Padang Besar. Anda boleh menyemak jadual dan pastikan tren yang dipilih adalah betul mengikut destinasi, masa dan kelas perkhidmatan yang ingin dibeli.

Bagi mendapatkan jadual terkini, anda boleh merujuk portal rasmi KTMB atau buka pautan di bawah:

Tren Ke Utara 

jadual-tren-ets-1

Tren Ke Selatan

jadual-tren-ets-2

Harga Tiket

Tiket adalah berbeza mengikut kelas perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Platinum, Gold atau Silver.

Tiket boleh dibeli secara online dengan melayari pautan di bawah:

Langkah-langkah untuk membeli tiket adalah seperti berikut:

  1. Pilih perjalanan anda sama ada sehala atau perjalanan pergi balik.
  2. Kemudian, pilih stesen permulaan anda, destinasi yang ditujui, tarikh perjalanan, masa perjalanan, bilangan penumpang sama ada dewasa atau kanak-kanak dan pilih kelas perkhidmatan.
  3. Tekan butang ‘Search’
  4. Pilih tren yang ditawarkan.
  5. Masukkan maklumat anda yang ingin diperlukan dalam ruangan yang disediakan
  6. Pilih kerusi yang masih kosong.
  7. Seterusnya anda akan dibawa ke ruangan pembayaran untuk membuat pembayaran tiket.
  8. Tiket akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi KTMB yang telah dibangunkan untuk membeli tiket dan merujuk train timetable. Pautan muat turun adalah seperti di bawah:

Soalan Lazim Pembelian Tiket Melalui KITS

  1. Apa itu KTMB Integrated Ticketing System (KITS) untuk ETS dan Intercity?
    • KTMB Integrated Ticketing System (KITS) adalah sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh KTMB untuk pembelian tiket bagi perkhidmatan tren ETS, KTM Antarabandar dan KTM Komuter (Utara)
  2. Bilakah pembelian tiket melalui sistem KITS akan berkuatkuasa?
    • Mulai 17 Ogos 2020 untuk pembelian tiket ETS & KTM Intercity bagi perjalanan bertarikh 15 Oktober hingga 31 Disember 2020 dan bermula 15 Oktober 2020 bagi pembelian tiket KTM Komuter (Utara).
  3. Dengan pelancaran KITS, apakah medium pembelian tiket?
    • Tiket boleh dibeli melalui kaunter Tiket, Kiosk, aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang KTMB
  4. Adakah KITS boleh dimuat turun dari App Store, Play Store dan AppGalllery?
    • Ya
  5. Apakah kaedah pembelian tiket melalui sistem KITS?
    • Sebelum membuat pembelian pelanggan perlu mendaftar melalui KITS. Bagi pelanggan yang tiada emel, pelanggan perlu membuka akaun emel terlebih dahulu
  6. Apakah maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran?
    • Maklumat yang diperlukan seperti di bawah:
      • Emel
      • Kata laluan
      • Nama seperti di dalam MyKad
      • Nombor Mykad / Passport / Dokumen sokongan
      • Nombor Telefon Bimbit
      • Tarikh lahir
      • Jantina
      • Warganegara
  7. Mengapa pendaftaran perlu dibuat?
    • Untuk mendapatkan nombor khas pelanggan iaitu Passenger Name Record (PNR) bagi memudahkan pembelian tiket di Kaunter Tiket, Kiosk, aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang KTMB. Selain itu, penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini diinsurankan oleh KTMB
  8. Apakah kelebihan pelanggan yang berdaftar dengan KITS?
    • Pelanggan yang berdaftar akan menikmati kelebihan seperti di bawah :
      • Menikmati tambang konsesi (tertakluk kepada terma dan syarat konsesi KTMB)
      • Pembatalan tiket dan pindaan perjalanan secara dalam talian (tertakluk kepada terma dan syarat KTMB)
      • Pemberitahuan status perjalanan tren secara dalam talian
      • Tiket dan resit pembelian boleh dikongsi dan dicetak secara dalam talian
      • Mendapat maklumat promosi terkini dari semasa ke semasa
      • Penggunaan KTMB e-wallet

Maklumat lengkap selanjutnya, sila rujuk :-

Maklumat Lanjut 

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai perkhidmatan KTMB, sila rujuk pautan berikut:

Portal Rasmi KTM Berhad

No. Telefon (call centre)

  • +603 – 2267 1200 (7:00 am – 11:00 pm)

Related : train services in malaysia timetable below shows thai border top of the page electric train services route laluan shuttle trains full site railway station stop services jb sentral kl sentral ipoh full timetables, thai border long distance page you will find route laluan shuttle trains electric train services in malaysia that currently operate stop services jb sentral tickets online schedule in malaysia train schedule kl sentral ipoh train tickets south as gemas, october 2020 movement control order, timetable jadual