Jadual UPSR 2021 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Perincian maklumat jadual waktu peperiksaan UPSR murid tahun 6 Lembaga Peperiksaan beserta pautan download jadual dalam pdf.

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2021 Murid Tahun 6

Info Jadual UPSR 2021 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah adalah sebagai panduan kepada calon-calon peperiksaan dan ibu bapa. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengeluarkan garis panduan dan arahan peperiksaan beserta jadual waktu peperiksaan UPSR bagi tahun 2021.

Para pelajar tahun 6 di sekolah rendah seluruh Malaysia akan menduduki UPSR pada sekitar bulan September setiap tahun. Pelajar boleh bersedia menghadapi peperiksaan dengan merujuk kepada maklumat di bawah sebelum memasuki dewan peperiksaan dan tidak melanggar arahan-arahan yang dikeluarkan.

Jadual-Ujian-Pencapaian-Sekolah-Rendah-UPSR

Pelaporan Pencapaian Sekolah Rendah (PPSR)

Bermula tahun 2017, KPM telah mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun.

Pelaporan kejayaan murid sekolah rendah yang lebih menyeluruh dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus kepada keputusan UPSR, malah melaporkan secara formal tentang profil murid dari segi kecerdasan semula jadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah, dan kecergasan, tahap kesihatan serta pelibatan dalam aktiviti luar bilik darjah.

Aspek kejayaan murid ini diperlihatkan melalui laporan yang lebih menyeluruh di namakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Seperti dinyatakan, PPSR bukan dibuat berdasarkan kepada keputusan UPSR semata-mata. Sebaliknya ianya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

  • Pentaksiran bilik darjah (PBD)
  • PAJSK – pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Jadual UPSR 2021 Tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

TERKINI : UPSR akan dimansuhkan bermula tahun 2021. Tiada peperiksaan gantian akan dilaksanakan dan Ujian PKSK akan diteruskan bagi kemasukan ke sekolah-sekolah khas KPM.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menilai pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di samping Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

UPSR berperanan sebagai checkpoint untuk mengukur kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul selama enam tahun di sekolah rendah.

Lembaga Peperiksaan, KPM telah mengumumkan Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan tahun 2020 merangkumi peperiksaan awam yang lain. Takwim yang diumumkan walau bagaimanapun hanya memaparkan jenis peperiksaan dan tarikh peperiksaan diadakan.

Maklumat jadual lengkap peperiksaan UPSR meliputi tarikh, mata pelajaran, kod subjek dan masa akan diumumkan secara berasingan oleh LP KPM dari masa kesemasa.

TARIKH PENTING PEPERIKSAAN UPSR 2020

  • UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)DIBATALKAN 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020

Arahan Am Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon

Berikut adalah arahan am kepada calon-calon yang akan menghadapi UPSR pada tahun 2020 seperti yang terkandung dalam takwim yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Arahan Di Dewan/ Bilik Peperiksaan

  1. Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing di dalam dewan/ bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan
  2. Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan
  3. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan

Muat Turun/ Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2020 Dalam PDF

Sila muat turun Jadual lengkap peperiksaan UPSR 2020 beserta arahan peperiksaan dalam bentuk PDF, klik pautan berikut :-

1. JADUAL RASMI PEPERIKSAAN UPSR 2020 : DIBATALKAN

2. TAKWIM PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN 2020 : Tarikh Peperiksaan Awam 2020

Selamat buat ulangkaji mata pelajaran dari sekarang buat pelajar murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada September nanti. Usaha tangga kejayaan.