Jadual Pencen 2024 Tarikh Pembayaran Bulanan Duit Pesara. Rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia meliputi hari, bulan & catatan.

Jadual Pencen 2024 Tarikh Pembayaran Bulanan Duit Pesara

Bilakah tarikh penting untuk rujukan semua pesara kakitangan awam untuk tahun 2024? Kumpulan Wang Persaraan Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengumumkan tarikh pembayaran pencen untuk semua bekas kakitangan perkhidmatan awam bersama Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam. Di bawah dikongsikan Jadual Pencen 2024 Tarikh Pembayaran Bulanan Duit Pesara untuk makluman semua.

Lazimnya, pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 dibuat lebih awal daripada pembayaran salary bulanan penjawat awam yang masih berkhidmat. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam yang telah berpencen atau tanggungan atau waris pesara boleh merujuk jadual yang dikeluarkan untuk merancang perbelanjaan dan pembayaran komitmen kewangan masing-masing.

jadual pencen tarikh pembayaran duit pesara kerajaan

Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Duit Pesara Kerajaan (Bulanan)

Pesara diingatkan bahawa tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 di bawah masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh kerajaan. Pembayaran pencen dibayar sebulan sekali dan tarikh di bawah merangkumi semua anggota berpencen atau tanggungan/ waris pesara dalam Jabatan Perkhidmatan Awam untuk seluruh negeri di Malaysia.

Tarikh Pembayaran Duit Pesara Kerajaan 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual tarikh bayaran pencen 2024 yang diterbitkan oleh KWAP. Turut disertakan adalah catatan berkaitan hari-hari peristiwa penting yang berlaku dalam bulan tersebut untuk makluman semua.

1. JANUARI

  • 19.01.2024 JUMAAT
  • Hari Thaipusam 25 Januari 2024 (Khamis)

2. FEBRUARI 

  • 21.02.2024 RABU
  • Tahun Baru Cina 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)

3. MAC

  • 21.03.2024 KHAMIS

4. APRIL 

  • 19.04.2024 JUMAAT
  • Hari Raya Puasa 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)

5. MEI 

  • 17.05.2024 JUMAAT
  • Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)

6. JUN 

  • 12.06.2024 RABU
  • Hari Gawai 01 & 02 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)
  • Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)

7. JULAI 

  • 17.07.2024 RABU

8. OGOS 

  • 21.08.2024 RABU

9. SEPTEMBER

  • 20.09.2024 JUMAAT

10. OKTOBER

  • 22.10.2024 SELASA ​
  • Hari Deepavali 31 Oktober 2024 (Khamis)

11. NOVEMBER 

  • 21.11.2024 KHAMIS

12. DISEMBER 

  • 18.12.2024 RABU
  • Hari Kri​smas 25 Disember 2024 (Rabu)

Sumber : Bahagian Pencen JPA, PDF, KWAP

tarikh pembayaran pencen

Kumpulan Wang Persaraan

Badan berkanun yang menguruskan skim pencen perkhidmatan awam Malaysia ini bukan sahaja bertanggungjawab untuk menguruskan pencen tetapi juga menguruskan pelaburan Tabung Persaraan Perkhidmatan Awam Malaysia. KWAP juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  1. Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan faedah persaraan
  2. Memproses bayaran faedah persaraan yang merangkumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, bantuan mengurus jenazah, bayaran balik tuntutan ubatdan alatan perubatan, pencen bulanan dan bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia
  3. Menguruskan fail dan dokumentasi pesaraan
  4. Menyelaras pencen
  5. Menguruskan potongan Faedah persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah
  6. Memproses bayaran balik kepda individu atau agensi bagi potongan daripad Faedah persaraan
  7. Menguruskan pemberhentian atau penggantungan bayaran pencen
  8. Mengeluarkan penyata pencen
  9. Melaksanakan pertukaran akaun bank
  10. Kemaskini maklumat pesara/waris

Muat Turun MyPesara

Bagi memudahkan pesara-pesara kerajaan Malaysia, satu aplikasi pintar telah dibangunkan bernama MyPesara. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di telefon pintar masing-masing dan mendapatkan maklumat berkaitan bayaran pencen, kad pesara, informasi berkaitan pengurusan kewangan dan pelbagai lagi. Oleh itu, pesara kerajaan boleh memuat turun aplikasi ini pada pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan jadual pembayaran pencen 2024 pesara kerajaan, sila hubungi:

Rel : digunakan untuk, jabatan perkhidmatan awam jpa, khas kepada pesara pkkp, penghargaan khas kepada pesara, tempoh januari hingga disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen, bersetuju memberikan bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam sspa kepada penjawat awam dan pesara,