Jadual Gaji 2023 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Jadual Gaji 2023. Bilakah tarikh pembayaran gaji tahun 2023 kakitangan awam/ kakitangan kerajaan hujung bulan? Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling berkaitan pembayaran gaji bulanan penjawat, awam meliputi bulan tarikh dan peraturan pembayaran gaji sektor awam tahun 2023.

Antara lain, surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia ini memaklumkan akan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2023. Beserta peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/ Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan kepada kakitangan awam/ penjawat awam kerajaan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

jadual gaji 2023

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023

Tarikh bayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2023 adalah seperti dinyatakan di jadual pembayaran gaji di bawah.

Baca Juga : Semakan Slip ePenyata Gaji Kakitangan Awam Secara Online

Jadual Gaji 2023 Kakitangan Awam Mengikut Bulan (Pembayaran emolumen tahun 2023)

Penjawat awam boleh merujuk kepada tarikh pembayaran gaji 2023 bulanan kakitangan awam kerajaan 2023 beserta hari serta catatan (jika ada).

1. Januari 2023

TARIKHHARI

CATATAN

17.01.2023SELASATahun Baru Cina pada 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)

2. Februari 2023

TARIKHHARI

CATATAN

24.02.2023JUMAAT

3. Mac 2023

TARIKHHARI

CATATAN

24.03.2023JUMAAT

4. April 2023

TARIKHHARI

CATATAN

14.04.2023JUMAATHari Raya Puasa pada 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)

5. Mei 2023

TARIKHHARI

CATATAN

25.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan pada 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)

6. Jun 2023

TARIKHHARI

CATATAN

23.06.2023JUMAATHari Gawai pada 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

Hari Raya Haji pada 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)

7. Julai 2023

TARIKHHARI

CATATAN

25.07.2023SELASA

8. Ogos 2023

TARIKHHARI

CATATAN

25.08.2023JUMAAT

9. September 2023

TARIKHHARI

CATATAN

25.09.2023ISNIN

10. Oktober 2023

TARIKHHARI

CATATAN

25.10.2023RABU

11. November 2023

TARIKHHARI

CATATAN

24.11.2023JUMAATHari Deepavali pada 12 November 2023 (Ahad)

12. Disember 2023

TARIKHHARI

CATATAN

19.12.2023SELASAHari Krismas pada 25 Disember 2023 (Isnin)

*Nota : Satu tarikh gaji untuk semua negeri

Maklumat Lanjut & Lampiran

Untuk penjawat awam atau kakitangan awam, sila rujuk kepada surat pekeliling pembayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan dan lampiran jadual tarikh berikut untuk maklumat lanjut pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2023.

Atau hubungi :-

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/ 1612/ 1622/ 1611

1Surat Pekeliling boleh dimuat turun di
  1. Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2023
  2. Tarikh pembayaran gaji bulan April diawalkan ke 14 April 2023
tarikh gaji penjawat awam kerajaan

Anda juga boleh layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara untuk maklumat terperinci (paparan peta laman,dasar privasi, dasar keselamatan)

Peraturan Pembayaran Gaji

Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)

(1) Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan

(2) Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;

(3) Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu. Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:

(i) butiran peribadi;

(ii) nombor akaun bank; dan

(iii) nombor rujukan:

(a) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(b) Cukai Pendapatan;
(c) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;

(4) Memastikan semua arahan bagi potongan gaji adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan. Kesilapan dan kegagalan dalam memberi maklumat tersebut mengakibatkan:

(i) potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul;

(ii) menyebabkan berlakunya kelewatan semasa penyediaan kertas pencen penjawat awam

(5) Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) disokong dengan dokumen berikut:

(i) salinan kad pengenalan baharu; dan

(ii) dokumen yang membuktikan nombor rujukan potongan

(6) Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui baucar bayaran berasingan bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian/Pengarah JANM Negeri/ Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

(1) Menetapkan tarikh pemprosesan larian gaji bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)

(2) Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui baucar bayaran berasingan boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Pengarah JANM Negeri/ Cawangan/ Ketua Akauntan Kementerian.

Pembayaran Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari

(1) Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan

(2) Tarikh pembayaran gaji adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

Related : peraturan pembayaran emolumen tahun, tarikh gaji penjawat awam, surat pekeliling akauntan negara malaysia spanm, merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan individu, deepavali 24 oktober 2022, bertarikh 28 oktober 2022 penetapan tarikh dan peraturan pembayaran emolumen tahun 2023, arahan perbendaharaan 105 tarikh, bertarikh 8 jun 2021, hari raya haji 10, cadangan pindaan arahan perbendaharaan, perbendaharaan 105 tarikh membayar, tarikh pembayaran gaji kakitangan, jadual pembayaran gaji bulanan, surat kementerian kewangan malaysia rujukan mof.bskk.600 1/7/1 15,