iRakyat Login & Daftar Perbankan Internet Bank Rakyat Online

Last Updated on

Login iRakyat. Panduan buat para pengguna Bank Rakyat. Dunia hari ini bergerak dengan adanya institusi kewangan seperti bank. Bank adalah tempat dimana seseorang boleh menyimpan duit, membuat pinjaman dan pelbagai urusan berkaitan kewangan. Di Malaysia, salah satu bank yang lazim dengan urusan kewangan rakyat adalah Bank Rakyat. Berikut dikongsikan cara mendaftar dan login perbankan internet Bank Rakyat iaitu iRakyat beserta cara semak baki akaun secara online/ sistem atas talian.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat adalah sebuah bank yang telah ditubuhkan pada September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bank Rakyat dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Bank Rakyat menawarkan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam melalui 146 cawangan.

login irakyat

iRakyat Login Online: Perbankan Internet Bank Rakyat

Hari ini Bank Rakyat mempunyai lebih 786 mesin ATM dan CDM, 78 Kedai Ar-Rahnu X’Change dan 7 Pusat Perbankan Elektronik di seluruh Malaysia. Seperti bank lain, Bank Rakyat turut memperkenalkan perbankan internet bagi memudahkan urusan pengguna. i-Rakyat adalah aplikasi online yang boleh digunakan oleh semua pelanggan Bank Rakyat untuk menyelesaikan urusan kewangan seperti pembayaran bil dan pemindahan dana.

Pengguna tidak perlu berkunjung ke cawangan Bank Rakyat kerana kemudahan ini berfungsi di mana sahaja selagi mendapat sambungan Internet

Cara Daftar iRakyat (Guna Kad / Tanpa Kad)

Sebelum menggunakan perkhidmatan perbankan internet i-Rakyat, pengguna perlu mendaftar masuk ke dalam aplikasi tersebut secara online. Pendaftaran kali pertama ini boleh dilakukan secara percuma. Berikut adalah panduan cara daftar i-Rakyat internet banking dengan mudah dan pantas.

i) Daftar Menggunakan Kad ATM/ Kad Debit/ Kad Kredit

a) Mohon T-PIN

  1. Kunjungi mesin ATM Bank Rakyat terdekat
  2. Masukkan ATM dan No PIN
  3. Pilih menu ‘Others’
  4. Pilih “Internet Banking T-PIN”
  5. Masukkan No telefon bimbit anda (Pastikan no HP anda adalah sama semasa membuat permohonan kad. (Jika anda telah menukar no HP, sila kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk mengemaskini no HP yang baharu)
  6. Masukkan 6-digit Temporary Internet T-PIN pilihan anda
  7. Masukkan sekali lagi 6-digit Temporary Internet T-PIN pilihan anda untuk pengesahan

Nota: T-PIN hanya sah untuk 24 jam dan hafal nombor ini, kerana atas faktor keselamatan ianya tidak akan dicetak pada resit ATM

b) Pendaftaran

  • 2. Pilih First Time Registration
  • 3. Pilih ATM (MyDebit) Card/ Debit Card/ Credit Card no.

daftar irakyat1

  • 4. Isikan maklumat yang diperlukan

daftar irakyat2

  • 5. Baca dan setuju “Terma dan Syarat”

daftar irakyat3

  • 6. Pendaftaran selesai. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan perbankan internet Bank Rakyat
  • 7. Perkhidmatan perbankan internet Bank Rakyat beroperasi dari 12:31 pagi – 11:59 malam pada setiap hari

ii) Pendaftaran i-Rakyat Melalui ID Sementara (Tanpa Kad ATM/ Debit/ Kad Kredit)

a) Permintaan ID sementara

Telefon Bank Rakyat Contact Centre di 1-300-80-5454 (Malaysia) atau +603- 5526 9000 (dari Luar Negara) & minta ID sementara.

b) Pendaftaran

  1. Login www.irakyat.com.my
  2. Pilih First Time Registration
  3. Plih Temporary ID
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan ikuti langkah/ prosedur yang dipaparkan

iii) Semakan Baki Akaun Bank Rakyat

  1. Log masuk ke iRakyat
  2. Pilih menu Account Info
  3. Klik butang balance
  4. Maklumat baki akaun akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Bank Rakyat, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

CARA HUBUNGI
1Soalan Lazim
  1. FAQ i-Rakyat
2Nombor Telefon & e-mel
  1. Telefon : 1-300-80-5454 atau +603-5526-9000 (Luar Negara) & Emel : telerakyat@bankrakyat.com.my
3Portal Rasmi (Laman Web)
  1. Bank Rakyat