Semakan IPU Online Bacaan Indeks Pencemaran Udara Jerebu Terkini. Cara semak kualiti di setiap negeri dan kawasan di portal https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main.

Semakan IPU Online Bacaan Indeks Pencemaran Udara Jerebu Terkini

Panduan buat semua rakyat Malaysia. Pasti anda semua sedia maklum bahawa negara kita sudah sinonim dengan pencemaran udara dalam bentuk jerebu. Tahukah anda bagaimana cara untuk menyemak tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) sesuatu kawasan? Buat yang berminat, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan IPU terkini secara online iaitu bacaan Indek Pencemaran Udara Jerebu di seluruh kawasan di Malaysia dan seluruh dunia.

Buat makluman semua, tahap pencemaran udara atau jerebu di Malaysia dapat dinilai berpandukan Air Pollutant Index (API) atau Indeks Pencemaran Udara (IPU). Indeks ini dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia yang berfungsi untuk mengenalpasti tahap pencemaran udara atau jerebu berdasarkan ketinggian nilai bacaan IPU. Semakin besar nilai IPU, maka semakin teruk tahap pencemaran udara atau jerebu.

Semakan-IPU-Terkini-Online

KENYATAAN MEDIA
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM

19 JULAI 2025

JEREBU RENTAS SEMPADAN

Merujuk kepada pencerapan yang dilakukan oleh MET Malaysia, jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Berdasarkan analisis daripada imej satelit NOAA-20 pada 18 Julai 2025, laporan yang dikeluarkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas di kawasan Sumatera yang berkemungkinan menjadi punca kepada keadaan berjerebu berkenaan yang dibawa oleh tiupan angin barat daya. MET Malaysia tidak menjangkakan sebarang cuaca hujan atau perubahan arah tiupan angin bagi mengurangkan kesan jerebu berkenaan dalam tempoh beberapa hari ini.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka memandangkan ia boleh menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk dan pencemaran terhadap alam sekitar. Orang ramai turut dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih menerusi laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia atau menghubungi talian Hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: MET MALAYSIA

DR. MOHD HISHAM BIN MOHD ANIP
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Cara Semak IPU Terkini Online (Bacaan Indek Pencemaran Udara Jerebu Di Malaysia)

Berikut dikongsikan peta interaktif yang dapat digunakan untuk menyemak bacaan IPU di kawasan yang diinginkan secara live (real-time). Anda boleh navigate ke kawasan yang diingini secara manual sekiranya kawasan tersebut tidak tersenarai.

Tahap pencemaran atau IPU diklasifikasikan menggunakan warna dan nilai bacaan. Warna-warna serta maksudnya adalah seperti berikut:

  1. Hijau – Baik (Good)
  2. Kuning – Sederhana (Moderate)
  3. Jingga – Tidak sihat untuk kumpulan yang sensitif (Unhealthy for Sensitive Groups)
  4. Merah –  Tidak sihat (Unhealthy)
  5. Ungu – Sangat tidak sihat (Very unhealthy)
  6. Merah Gelap / Maroon – Berbahaya (Hazardous)

Klasifikasi Bacaan IPU

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tahap pencemaran berdasarkan bacaan IPU serta kesan-kesannya terhadap kesihatan:

Nilai Bacaan IPU Dan Kesan

IPU/TAHAP PENCEMARANKESAN TERHADAP KESIHATAN
0 – 50 (Baik)Udara mempunyai kualiti yang memuaskan. Kesan terhadap kesihatan adalah sedikit atau tiada risiko
51 – 100 (Sederhana)Sesetengah bahan pencemar barangkali membimbangkan individu yang mempunyai sensitiviti yang sangat tinggi terhadap pencemaran udara mungkin terkesan 
101 – 150 (Tidak sihat untuk kumpulan yang sensitif)Majoriti berkemungkinan besar tidak terjejas, namun begitu tahap kesihatan golongan yang sensitif mungkin terkesan 
151 – 200 (Tidak sihat)Kesan kesihatan dapat dilihat pada setiap individu dan kesan yang lebih serius akan dialami oleh golongan yang sensitif
201 – 300 (Sangat tidak sihat)Amaran kesihatan pada tahap kecemasan. Seluruh penduduk berisiko terjejas dengan pencemaran tersebut
300 ke atas (Berbahaya)Amaran kesihatan: semua orang berisiko mengalami kesan  yang lebih serius terhadap kesihatan masing-masing

Pautan Bacaan IPU Di Malaysia & Seluruh Dunia

Sila Klik:

Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh merujuk kepada laman peta (Maps) yang dikongsikan di bawah ini atau klik

  • AQICN
  • Tunggu sebentar bagi membolehkan Peta untuk loading sepenuhnya. Rujuk panduan di Maps untuk melihat informasi yang lebih lanjut

Cara Semak IPU Guna Aplikasi Smartphone (MyJAS EQMS)

Para pengguna juga boleh membuat semakan menggunakan aplikasi MyJAS EQMS di telefon bimbit masing-masing. Aplikasi Mobile ini adalah percuma dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk Android ataupun Apple App Store untuk iOS.

MyJAS EQMS ialah versi MyIPU yang lebih baik, berfungsi sebagai sehenti untuk semua kemas kini tentang status kualiti alam sekitar terkini di Malaysia, yang diperoleh daripada Stesen Pemantauan Kualiti Udara Berterusan, Stesen Pemantauan Kualiti Sungai Berterusan, Stesen Pemantauan Kualiti Sungai Manual, dan Stesen Pemantauan Kualiti Laut Manual.

Ciri-ciri

  1. Bacaan Indeks Alam Sekitar terkini dan carta arah aliran stesen pemantauan berhampiran lokasi pengguna.
  2. Bacaan Indeks Alam Sekitar terkini untuk semua stesen CAQM, CRWQM, MRWQM dan MMWQM di Malaysia.
  3. Paparan peta dalam talian bagi bacaan IPU terkini untuk semua stesen CAQM, CRWQM, MRWQM dan MMWQM di Malaysia.
  4. Pengumuman tentang kualiti alam sekitar Malaysia.
  5. Maklumat mengenai Indeks Pencemaran Udara, Indeks Kualiti Air dan Indeks Kualiti Air Marin Malaysia

Sila Klik :

  1. Muat turun dan Install aplikasi MyIPU.
  2. Buka aplikasi MyIPU dan ia akan memaparkan IPU (API) terkini untuk lokasi terdekat. Bacaan IPU akan dikemaskini setiap jam.
  3. Untuk mendapatkan butiran lanjut bacaan IPU bagi lokasi berhampiran anda, skrol ke bawah dan pilih lokasi tersebut. Contoh: Petaling Jaya. Sistem akan memaparkan Tarikh/Masa, bacaan IPU dan status.
  4. Untuk mengetahui maklumat IPU lokasi lain di seluruh Malaysia, pilih sahaja lokasi yang diingini.

Cara Mengatasi Kesan Pencemaran Udara

Berikut dikongsikan beberapa cara yang dapat digunakan sebagai usaha untuk mengatasi kesan pencemaran udara:

  1. Menghijaukan kawasan seperti menanam pokok
  2. Menggunakan petrol tanpa plumbum
  3. Melaksanakan program kitar semula
  4. Mengadakan kempen mencintai alam sekitar
  5. Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pencemar alam sekitar
  6. Memperkenalkan pendidikan alam sekitar

Tindakan Semasa Jerebu

Sewaktu jerebu melanda, sila pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi :-

  1. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan
  2. Pakai penutup muka (Face Mask) yang sesuai seperti P100 dan N95 jika keluar rumah
  3. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  4. Apabila memandu gunakan penghawa dingin dengan pilih mode Kitaran Udara Dalaman
  5. Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan aktiviti luar
  6. Pastikan udara di dalam rumah/ bangunan sentiasa dalam keadaan bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok

tindakan-semasa-jerebu

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan IPU dan pencemaran alam sekitar, rujuk pautan di bawah:

Laman Web Rasmi

No. Tel

  • 03-8871 2000/2200

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan Indeks Pencemaran Udara Jerebu Terkini ini dapat memberi manfaat buat semua. Berhati-hati ketika keluar dari rumah dalam keadaan jerebu dan semoga kesihatan anda tidak terjejas.

Rel : kanak warga tua wanita mengandung, bacaan indeks pencemaran udara malaysia, diserang kesan buruk akibat keadaan jerebu, partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia, pesakit jantung pesakit asthma, perlu mengambil langkah pencegahan, berisiko tinggi, kerap membasuh muka dan bahagian bahagian yang terdedah kepada jerebu,