Intipati Bajet 2023 Belanjawan Malaysia & Tarikh Pembentangan

belanjawan tarikh dan intipati pembentangan

Lazimnya, pada bulan November setiap tahun kerajaan akan mengumumkan bajet bagi perancangan tadbir urus negara pada tahun hadapan. Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya menanti-nanti dasar dan polisi yang akan diperkenalkan sama ada ia memberi manfaat kepada kita secara langsung atau tidak langsung. Ikuti perkongsian di bawah mengenai tarikh pembentangan Belanjawan dan Intipati Bajet 2023 untuk maklumat lebih lanjut.

Belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen Malaysia oleh Menteri Kewangan di hadapan seluruh ahli Parlimen serta disiarkan secara langsung di semua stesen penyiaran awam dan juga berbayar di Malaysia. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan semula ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Belanjawan 2023 Malaysia

Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan Bajet 2023 untuk rujukan semua. Umum sedia maklum bahawa tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar dan mendukacitakan kerana kita dilanda pandemik COVID-19 maka diharapkan menjelang tahun 2021 ia dapat menjadi tahun pemulihan yang baik untuk rakyat, ekonomi dan juga negara.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pada bulan Mac lalu telah menjejaskan pelbagai sektor ekonomi sehingga ada di antara rakyat yang hilang pekerjaan kerana diberhentikan. Langkah tersebut terpaksa dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19 yang sukar diatasi sehingga hari ini.

Justeru, pembentangan Bajet tahun ini diharapkan memberi keutamaan kepada usaha membantu rakyat yang terjejas dari setiap sudut seperti kewangan dan kebajikan serta memastikan ekonomi negara berjalan semula dan kembali rancak demi kemaslahatan bersama.

Semoga inisiatif seperti Bantuan Sara Hidup diteruskan bagi membantu golongan bersasar seperti golongan B40 dan pelbagai lagi stimulus serta pakej ekonomi yang membantu rakyat khususnya dan negara secara amnya.

Tarikh Pembentangan Bajet 2023

Pembentangan Belanjawan dijadualkan berlangsung pada tarikh yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (perikatan nasional) iaitu pada:

  • 24 Februari 2023 (Jumaat) – Pembentangan Semula
  • Bermula jam 4 petang
  • Siaran langsung di saluran radio dan utama di Malaysia

Intipati Bajet 2023

Intipati perkara-perkara penting yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Peruntukkan Bajet 2023

Jumlah : RM388.1 bilion

  • Perbelanjaan operasi: RM289.1 bilion
  • Perbelanjaan pembangunan: RM97 bilion
  • Simpanan Luar Jangka : RM2 billion

Isi Penting Belanjawan 2023

  1. Konsep Payung Rahmah. Kempen Menu Rahmah dengan jualan set makanan pada harga RM5. Jualan rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30% lebih murah berbanding harga pasaran di 222 kawasan Parlimen.
  2. Kredit e-Tunai Belia Rahmah untuk belia berumur 18 hingga 20 tahun sebanyak RM200
  3. Sumbangan Tunai Rahmah
    • Kategori baharu diperkenalkan untuk bilangan anak melebihi 5 orang
    • Bantuan Tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
    • Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
  4. Bantuan Pesawah Padi sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan
  5. Bantuan Musim Tengkujuh
    • Kadar RM200 sebulan bagi tempoh 4 bulan (November, Disember, Januari dan Februari)
  6. Pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak 2% kepada pendapatan bercukai RM35,001 sehingga RM100,000.
  7. Bayaran khas RM500 secara one-off kepada guru KAFA, takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut
  8. Insentif Pas Bulanan Tanpa Had My50 diteruskan
  9. Bayaran ujian lesen memandu percuma bagi motosikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing
  10. Kadar Rancangan Makanan tambahan dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 (Semenanjung) dan RM3.00 kepada RM4.00 (Sabah dan Sarawak)
  11. Had pelepasan Cukai perbelanjaan rawatan perubatan dinaikkan daripada RM8 ribu kepada RM10 ribu mulai tahun taksiran 2023
  12. Internet percuma di 56 PPR terpilih
  13.  i-MADANI KWSP di mana kerajaan akan menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 sebanyak RM500 kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP Akaun 1 kurang daripada RM10,000
  14. Had pelaburan individu ASB dan ASB2 daripada RM200,000 kepada RM300,000
  15. Bantuan Khas kewangan Aidilfitri RM700 kepada semua penjawat Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Pesara kerajaan menerima bantuan sebanyak RM350.
  16. Tambang percuma bagi perkhidmatan tren bagi golongan OKU serta pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6.
  17. Perkeso akan memberikan insentif sebanyak RM750 sebulan selama 6 bulan kepada majikan yang menggajikan golongan OKU, bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar
  18. Kadar cukai PMKS bagi RM150,000 pertama mulai tahun taksiran 2023 akan dikurangkan dariapda 17% kepada 15%
  19. Diskaun PTPTN sebanyak 20% kepada peminjam PTPTN selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023. Penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan di bawah RM1,800 untuk tempoh 6 bulan mulai 1 Mac 2023.
  20. Pengenalan duti eksesais kepada produk cecair/ gel mengandungi nikotin bagi produk vape
  21. Pelepasan Muflis Kecil di mana individu yang diisytihar muflis bagi hutan bawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1 Mac 2023
  22. Pengampunan Penalti 100% LHDN kepada pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 akan diberikan pengampunan penalti
  23. Harga Tarif elektrik pengguna domestik dan PKS akan dikekalkan mengikut kadar semasa.

Teks Lengkap Ucapan Belanjawan 2023 boleh dimuat turun di Kementerian Kewangan

Live Streaming/ Siaran Langsung Bajet 2023

Intipati Bajet 2022

Berikut adalah intipati perkara-perkara penting yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan di Parlimen:

Tema Bajet bagi tahun 2022 adalah “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”

Peruntukkan Bajet 2022

Jumlah RM332.1 bilion.

  • Perbelanjaan operasi: RM233.5 bilion
  • Perbelanjaan pembangunan: RM75.6 bilion
  • Kumpulan Wang COVID-19 : RM23 bilion
  • Simpanan Luar Jangka : 2 Bilion

Isi Penting Belanjawan 2022

  1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi keluarga isi rumah berpendapatan kurang kurang RM2,500 mengikut kategori seperti:
    • RM2,000 : mempunyai 3 anak atau lebih
    • RM1,500 : mempunyai 1 atau 2 anak
    • RM1,000 : pasangan yang tidak mempunyai anak
    • Tambahan RM500 bagi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000
    • RM300 : one off untuk isi rumah warga emas
  2. Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 diberikan kepada murid yang berkelayakan
  3. e-Skim Transaksi Tanpa Tunai (e-Start) akan diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar IPT sepenuh masa. Kredit yang berjumlah RM150 melalui e-wallet akan diberikan secara one-off
  4. PerantiSiswa Keluarga Malaysia, kerajaan akan memberikan abntuan tablet percuma kepada pelajar IPT yang berasal daripada golongan B40
  5. Diskaun bayaran balik PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022 pada kadar berikut:
    • potongan 15% bagi penyelesaian penuh hutang
    • potongan 12% bagi bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
    • potongan 10% bagi bayaran balik melalui potongan gaji/ debit mengikut jadual
  6. Golongan OKU akan mendapat manfaat tanggungan sepenuhnya kos lesen kenderaan bermotor
  7. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar untuk guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
    • RM100  secara one-off
  8. Program Baucar Perlindungan Tenang bagi penerima bantuan B40 akan mendapat baucar RM75 untuk pembelian produk takaful hayat dan kemalangan diri. Bermula 1 Januari 2022, ia boleh digunakan untuk membeli polisi insurans motorsikal 150cc dan ke bawah.
  9. Bagi program mySalam, skop diperluas bagi perbelanjaan stent jantung. ia akan diperluas kepada penerima BKM dan manfaatnya turut diberikan kepada anak penerima yang layak.
  10. RM500 secara one-off sebagai Bantuan Khas Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA
  11. Subsidi Kerusi Keselamatan Kereta bagi Kanak-Kanak Keluarga B40 dimana subsidi harga sebanyak 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak.
  12. Shop Malaysia Online. Usahawan mikro, kecil dan sederhana layak untuk mendapat manfaat sehingga RM2,000 bagi aktiviti penerpaan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.
  13. Duti Eksais kepada Rokok Elektronik/ Vape diperkenalkan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan
  14. Pelepasan Cukai Individu untuk telefon bimbit, tablet dan komputer riba sehingga RM2,500 diteruskan sehingga 31 Disember 2022
  15. Pas perjalanan bas dan rel tanpa had khusus di kawasan Lembah Klang dengan harga RM50
  16. Bonus Penjawat Awam
    • RM700 : Penjawat awam Gred56 dan ke bawah
    • RM350 : Pesara kerajaan

Teks ucapan lengkap yang mengandungi Intipati Bajet 2022 boleh dimuat turun di MOF

Intipati Bajet 2021

Menurut laman rasmi Treasury 2021, fokus utama adalah terbahagi kepada empat agenda utama iaitu:

  1. Memperkukuh kesejahteraan rakyat
  2. Memacu pertumbuhan ekonomi
  3. Mengupaya kehidupan lestari
  4. Memperkasa penyampaian perkhidmatan awam

Tema Bajet adalah “Teguh Kita Menang Bersama”

Peruntukkan Bajet 2021

RM322.54 bilion. Peruntukan ini adalah 25.54 bilion lebih tinggi dari belanjawan tahun 2020.

  • Jumlah belanjawan 2021: RM322.54 bilion (↑ 10.6 peratus, 2020: RM297.02 bilion)
  • Perbelanjaan operasi: RM236.54 bilion (↓ 1.9 peratus, 2020: RM241.02 bilion)
  • Perbelanjaan pembangunan: RM69 bilion (↑ 23,21 peratus, 2020: RM56 bilion)
  • Defisit yang diunjurkan untuk 2021: 5.4% (2020: 6 peratus [anggaran]

Isi Penting Belanjawan 2021

  1. KDNK pada 2020 dijangka menyusut 4.5 peratus
  2. Ekonomi dijangka akan bertambah baik pada tahun 2021 dengan pertumbuhan 6.5 hingga 7.5 peratus, sementara ekonomi global dijangka bertumbuh pada kadar 5.2 peratus
  3. Bayaran one-off kepada barisan hadapan KKM sebanyak RM500 sebagai tanda penghargaan jasa 100,000 petugas barisan hadapan KKM
  4. Perluasan Program MySalam : Pemambahbaikan ke atas tuntutan kos perubatan seperti stent untuk jantung & prostesis
  5. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan pembambahbaikan dalan jumlah bantuan dan ketagori
  6. Bantuan kebajikan untuk anak-anak keluarga miskin meningkat dari maksimum RM450 setiap keluarga kepada RM1,000 setiap keluarga.
  7. Tiada lanjutan moratorium bayaran pinjaman bank
    • Bagaimanapun, bank membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.
    • Pilihan itu ialah:
      • Mereka boleh memilih moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak separuh selama enam bulan.
      • Mereka yang berada dalam kategori M40 boleh menyusun semula pakej kewangan mereka melalui proses pengisytiharan diri sekiranya mereka mengalami pengurangan pendapatan.
    • Kemudahan ini akan bermula pada Disember 2020.
  8. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikurangkan kepada 9 peratus berbanding 11 peratus sebelum ini, bermula 1 Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna.
    • KWSP juga akan membenarkan pengeluaran Akaun 1 secara bersasar sehingga RM6,000 dalam tempoh 12 bulan.
    • Langkah itu sebelum ini turut dituntut oleh Umno. Pengeluaran boleh dibuat bermula 1 Januari
  9. Elaun bulanan untuk nelayan akan meningkat sebanyak RM50 hingga RM300 tahun depan sementara RM400 juta akan dibelanjakan untuk faedah yang perlu dibayar oleh peneroka Felda
  10. Skim JanaKerja untuk wujud peluang kerja, penambahbaikan skim PenjanaKerjaya – Sejumlah RM3.7 bilion diperuntukkan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan menerusi skim JanaKerja.
  11. Subsidi gaji akan dilanjutkan selama tiga bulan dan akan menyasarkan sektor pelancongan dan peruncitan. Setiap pekerja berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah akan diberi subsidi RM600. Jumlah maksimum bilangan pekerja yang layak untuk setiap syarikat dinaikkan dariada 200 untuk kepada 500.
  12. Pelepasan cukai RM3,000 untuk sumbangan kepada dana skim persaraan swasta (PRS) akan dilanjutkan sehingga 2025. Skim 10 tahun ini sebelum ini dijadual berakhir pada 2021
  13. Bayaran untuk orang yang menjadi sukarelawan di bawah Program Khidmat Bantu di Rumah akan ditingkatkan kepada RM400 daripada RM150 sebelum ini. Program ini adalah untuk inividu yang secara sukarela menjaga orang tua atau orang kurang upaya.
  14. Penjagaan anak percuma untuk B40 di bandar. Kerajaan berhasrat membelanjakan RM20 juta untuk mewujudkan pusat komuniti sebagai tempat jagaan anak-anak selepas tamat sesi persekolahan. Pusat itu akan melibatkan kerjasama NGO dan dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor.
  15. Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baru yang mereka ambil bekerja selama tiga bulan untuk latihan amali. Majikan juga boleh memohon geran maksimum RM4,000 untuk program latihan amali.
  16. Pemberian e-tunai RM50 untuk belia (Program eBelia). Kerajaan akan memasukkan RM50 ke dalam e-dompet yang dipegang oleh belia berusia antara 18 hingga 20 tahun untuk menggalakkan transaksi nirtunai (cashless).
  17. Pelepasan cukai untuk gaya hidup ditingkatkan sebanyak RM500 kepada RM3,000. Ianya khusus untuk tujuan aktiviti sukan. Pelepasan cukai juga akan meliputi langganan berita dalam talian.
  18. Komputer percuma untuk pelajar sekolah. GLC akan menyumbang RM150 juta kepada Tabung Cerdik yang bertujuan menyediakan komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah di bawah program perintis. Projek ini dikendalikan oleh Yayasan Hasanah.
  19. Program susu dua kali seminggu yang berterusan di sekolah akan diganti dengan skim yang menyediakan susu setiap hari.
  20. Pelepasan cukai RM8,000 untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional, yang lebih dikenali sebagai SSPN, akan dilanjutkan sehingga taksiran cukai tahun 2022.
  21. Untuk mendorong pemilikan rumah, duti setem untuk hartanah berharga sehingga RM500,000 akan dikecualikan. Skim ini akan digunakan untuk perjanjian jual beli bertarikh antara 1 Januari hingga 31 Disember 2025. RM1.2 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi program perumahan mampu milik. Kerajaan juga merancang untuk memulakan skim sewa-untuk-beli yang melibatkan 5,000 rumah PR1MA untuk pembeli rumah kali pertama.
  22. Kad perjalanan tanpa had My30 yang berharga hanya RM30, untuk pengangkutan awam di Lembah Klang akan dilanjutkan ke Pulau Pinang dan Kuantan. Murid sekolah dan orang kurang upaya juga dapat membeli kad perjalanan tanpa had baru dengan harga RM5 sebulan.
  23. Bonus RM600 untuk penjawat awam. Penjawat awam yang berada di Gred 56 dan ke bawah akan mendapat bonus RM600 sementara pesara dan veteran tentera yang tidak pencen akan menerima RM300.
  24. Latih semula pekerja penerbangan, tingkatkan pekerja eko-pelancongan. Oleh kerana pelancongan adalah salah satu sektor yang paling teruk dilanda krisis Covid-19, kerajaan merancang untuk melatih semula dan menyediakan penempatan pekerjaan untuk 8,000 kakitangan syarikat penerbangan. Ini akan menelan belanja RM50 juta.
  25. Empat pengeluar sarung tangan – Top Glove, Hartalega, Supermax dan Kossan – menyatakan komitmen untuk menyumbang RM400 juta untuk kos vaksin Covid-19 dan pembelian peralatan kesihatan
  26. Pelepasan cukai untuk syarikat pengeluar pilih Malaysia. Skim yang sedang berlangsung untuk menarik syarikat pengeluar terpilih untuk beroperasi di Malaysia akan dilanjutkan setahun dan kini akan berakhir pada 31 Disember 2022. Syarikat-syarikat ini akan ditawarkan pelepasan cukai selama 10 tahun atau kadar cukai rendah 10 peratus untuk tempoh yang sama.
  27. Tambahan insentif pengangkutan awam. Kad perjalanan tanpa had My30 yang berharga hanya RM30, untuk pengangkutan awam di Lembah Klang akan dilanjutkan ke Pulau Pinang dan Kuantan. Murid sekolah dan orang kurang upaya juga dapat membeli kad perjalanan tanpa had baru dengan harga RM5 sebulan. Kad perjalanan ini boleh digunakan di bas dan keretapi kendalian Prasarana, KTM Komuter, kereta api antara Kuala Lipis dan Tumpat dan kereta api Beaufort-Tenom di Sabah.
  28. Duti eksais rokok, vape naik 10%. Semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape akan dikenakan duti eksais pada kadar ad valorem (duti mengikut nilai barang) sebanyak 10 peratus.
    • Cecair rokok elektronik pula akan dikenakan duti eksais pada kadar 40sen per mililiter.
    • Mulai 1 Januari, cukai ke atas rokok dan produk tembakau juga akan dikenakan di semua pulau bebas cukai iaitu Langkawi, Labuan, Tioman dan Pangkor.
  29. RM150 juta bagi program KPT PACE iaitu graduan baharu ditawarkan baucar RM3,000 seorang untuk mengambil kursus sijil profesional. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada 50,000 graduan.
  30. RM100 juta bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba dengan kadar keuntungan hanya serendah 2peratus setahun
  31. RM50 juta untuk menaiktaraf talian akses MYREN kepada 500Mbps hingga 10Gbps bagi memastikan kesalinghubungan internet di institut pengajian tinggi mampu menyokong keperluan semasa.
  32. RM50 juta bagi projek membaikpulih infrastruktur dan peralatan usang di universiti-universiti awam.
  33. RM50 juta bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.
  34. RM 29 juta bagi melaksanakan program program TVET di bawah KPT antaranya inisiatif pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat kepada 15 ribu pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok.
  35. Pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih Sijil Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.
  36. Galakan cukai bagi aktiviti pengkomersialan hasil R&D oleh institusi penyelidikan awam diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta.
  37. KWSP akan membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran daripada Akaun dua untuk pembelian produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP

Teks Lengkap Ucapan Belanjawan 2021 boleh dimuat turun di Kementerian Kewangan

Sekian sahaja perkongsian di atas diharapkan segala inisiatif yang mengutamakan agenda rakyat dilaksanakan dengan amanah dan telus.

Related : 2021 yang akan dibentangkan penjawat awam kerajaan malaysia berpendapatan rendah untuk membantu, isi rumah berpendapatan rm1 bilion abdul aziz pasangan dan anak takaful hayat dan kemalangan perbelanjaan rawatan perubatan, cukai pendapatan kadar bantuan warga emas, rm500 juta pas perjalanan bulanan tanpa had rm5 rm30 juta elaun sara hidup nelayan 21 tahun bantuan penjualan membendung gelombang ketiga covid-19 bilion untuk, pemberian one off program subsidi upah, pelepasan cukai pendapatan, menteri kewangan tengku datuk seri zafrul tengku abdul aziz di parlimen hari ini, 20 peratus, inisiatif cahayamata keluarga malaysia, peralatan perubatan, 15 peratus, dinaikkan kepada isi rumah miskin tegar, inisiatif cahaya mata keluarga malaysia,