Lazimnya, pada bulan Oktober/ November setiap tahun kerajaan akan mengumumkan bajet bagi perancangan tadbir urus negara pada tahun hadapan. Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya menanti-nanti dasar dan polisi yang akan diperkenalkan sama ada ia memberi manfaat kepada kita secara langsung atau tidak langsung. Ikuti perkongsian di bawah mengenai tarikh pembentangan Belanjawan dan Intipati Bajet 2026 untuk maklumat lebih lanjut.
Belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen Malaysia oleh Menteri Kewangan/ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan seluruh ahli Parlimen serta disiarkan secara langsung di semua stesen penyiaran awam dan juga berbayar di Malaysia. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan semula ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Belanjawan 2026 Malaysia
BELANJAWAN 2026 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan dengan pendekatan pragmatik yang menangani cabaran semasa dan ketidaktentuan geopolitik. Bajet 2026 ialah siri keempat Belanjawan MADANI, dirangka bagi meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI: memulih daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat. Belanjawan 2026 terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi MADANI — Menaikkan Siling pertumbuhan negara, Menaikkan Lantai taraf hidup rakyat dan Memacu Pembaharuan, terutamanya Tatakelola Baik.
Belanjawan 2026 akan meneruskan momentum berpandukan asas kukuh yang dibina dalam Belanjawan MADANI terdahulu. Belanjawan ini juga merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026 – 2030 (RMK13) yang terus memaknai tiga tonggak utama Ekonomi MADANI.
Berdepan ketidaktentuan global dan peningkatan persaingan, tumpuan Belanjawan 2026 terarah kepada penyampaian agenda ekonomi Malaysia jangka panjang di samping menangani cabaran jangka pendek bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan melindungi daya tahan ekonomi. Pada masa sama, usaha akan diambil bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi bantuan lebih bersasar berteraskan keberhasilan ke arah menambah baik kualiti hidup.
Justeru, pembentangan Bajet tahun ini diharapkan memberi keutamaan kepada usaha membantu rakyat yang terjejas dari setiap sudut seperti kewangan dan kebajikan serta memastikan ekonomi negara berjalan semula dan kembali rancak demi kemaslahatan bersama.
Semoga inisiatif seperti Bantuan Sara Hidup diteruskan bagi membantu golongan bersasar seperti golongan B40 dan pelbagai lagi stimulus serta pakej ekonomi yang membantu rakyat khususnya dan negara secara amnya.
Tarikh Pembentangan Bajet 2026
Pembentangan Belanjawan dijadualkan berlangsung pada tarikh yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (Kerajaan Perpaduan) iaitu pada:
- 10 Oktober 2025 (Hari Jumaat)
- Bermula jam 4 petang di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
- Siaran langsung di saluran radio dan utama di Malaysia
Live Streaming/ Siaran Langsung Bajet 2026
< |
Intipati Bajet 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
Kerajaan memperuntukkan RM470 bilion untuk Belanjawan 2026, dengan peruntukan RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus, dan RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dokumen itu adalah belanjawan sulung yang menyemangati Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Dengan sembilan Tekad Utama dan berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI, Anwar berkata, dokumen yang bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat itu, adalah bukti Kerajaan memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh.
“Di bawah MADANI, kita tekal menurunkan defisit fiskal: daripada 5.5 peratus (2022); 5 peratus (2023); 4.1 peratus (2024); dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025). Insya-Allah, tahun 2026 akan menurun lagi kepada 3.5 peratus.
“Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal: daripada RM100 bilion (2022); RM92 bilion (2023); RM77 bilion (2024), sekitar RM77 bilion (2025), dan diusahakan untuk turun lagi tahun ini. Dengan disiplin berterusan, defisit fiskal tiga peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana,” katanya.
Untuk tahun hadapan, Perdana Menteri berkata, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion berbanding RM334.1 bilion, unjuran tahun ini.
Apabila diperlukan perbelanjaan tambahan untuk prasarana dan bantuan rakyat, akan dikenakan cukai tambahan.
Namun Anwar menegaskan, kerajaan memilih untuk membaiki tatakelola, termasuk penyasaran subsidi tanpa menambah beban rakyat.
Dengan menggunakan kaedah sedemikian, kita berjaya melaksana langkah pembanterasan rasuah, mengekang penyeludupan serta memecah tembok dan melumpuhkan kartel.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) separuh pertama tahun 2025 mencatat pertumbuhan memberangsangkan iaitu pada 4.4 peratus.
Biarpun terhimpit dengan asak perang tarif Amerika Syarikat, Anwar berkata, unjuran semula KDNK 2025 antara 4.0 hingga 4.8 peratus.
“Ini membuktikan ekonomi kita kekal berdaya tahan. Bagi tahun 2026, ekonomi kita diunjur berkembang lebih rendah antara 4.0 hingga 4.5 peratus. Ini susulan ketidaktentuan ekonomi dunia dan sengketa geopolitik, geoekonomi yang berterusan,” katanya lagi.
Berikut adalah antara inti pati Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri.
Tema & Hala Tuju: Belanjawan ini bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’. Fokusnya adalah memulangkan hasil reformasi kepada rakyat.
Saiz Belanjawan: Jumlah perbelanjaan awam untuk 2026 ialah RM470 bilion, meningkat daripada RM452 bilion tahun sebelumnya.
Pecahan Perbelanjaan:
Belanja Mengurus (OE): RM338.2 bilion.
Belanja Pembangunan (DE): RM81 bilion.
Pelaburan GLIC: RM30 bilion.
Pelaburan Awam-Swasta: RM10 bilion.
Unjuran Ekonomi:
Pertumbuhan KDNK 2025 diunjur semula antara 4.0% hingga 4.8%.
Pertumbuhan KDNK 2026 dijangka lebih rendah antara 4.0% hingga 4.5% disebabkan ketidaktentuan global.
Disiplin Fiskal: Kerajaan menyasarkan defisit fiskal menurun kepada 3.5% pada 2026 , meneruskan trend penurunan daripada 5.0% (2023) dan 4.1% (2024).
Penjimatan Subsidi: Penyasaran subsidi secara keseluruhan (ayam, telur, elektrik, diesel) telah menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun. Penyasaran RON95 berpotensi menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion.
Hasil Negara: Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2026 dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion.
Memerangi Rasuah & Ketirisan:
Badan penguatkuasa (SPRM, PDRM, dll.) telah berjaya memperoleh hasil rampasan dan penalti hampir RM15.5 bilion sejak pentadbiran MADANI.
Peruntukan lebih RM700 juta disediakan untuk memperkasa badan-badan penguat kuasa ini.
Fokus Pembangunan Sabah & Sarawak:
Menerima peruntukan pembangunan Persekutuan tertinggi dalam sejarah Peruntukan untuk Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion dan Sarawak kepada RM6 bilion.
Kadar Pemberian Khas di bawah MA63 ditingkatkan kepada RM600 juta.
Projek infrastruktur mega diteruskan seperti Pan Borneo, Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), dan Lebuhraya Trans Borneo (LTB).
Inisiatif Untuk Rakyat:
RM1 bilion disediakan bagi memperhebat “Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat”.
Urusan BUDI95 berjalan lancar dengan lebih 10 juta rakyat menikmati RON95 pada RM1.99 seliter.
Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak sedang dikemas kini untuk menyediakan kuota tambahan kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif.
Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi
Perubahan Cukai: Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan akan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 mulai 1 Januari 2026.
Tumpuan utama:
Fokus Poket Rakyat: Belanjawan Rakyat: Pemandu E-hailing, Pemilik Perahu Kini Layak Terima Subsidi BUDI95.
Gergasi Borneo: Sabah, Sarawak Terima Peruntukan Pembangunan Tertinggi Dalam Sejarah, Jurang Semenanjung Bakal Dirapatkan.
Perang Terhadap Rasuah: RM15.5 Bilion Wang Negara Diselamatkan, Kerajaan Salur RM700 Juta Perkukuh SPRM & PDRM.
Kesan Subsidi: Jimat RM15.5 Bilion Setahun, Hasil Subsidi Bersasar Dipulang Semula Untuk Kebajikan Rakyat.
Pembangunan Tempatan: Jalan Baharu, Klinik & Tebatan Banjir: Ini Senarai Lengkap Projek Untuk Negeri Anda Dalam Belanjawan 2026.
Gaya Hidup Mewah: Pesta Kereta Mewah di Pulau Bebas Cukai Bakal Berakhir, Kerajaan Hadkan Pengecualian Cukai di Langkawi & Labuan.
Digital di Hujung Jari: Urusan Kerajaan Lebih Mudah: Kiosk MADANI Bakal Dibina di Setiap Negeri, Sasar 15 Juta Pengguna MyDigital ID.
Kesihatan Ekonomi: Ekonomi Global Dijangka Perlahan, Belanjawan 2026 Tetap Mengembang Demi Rakyat.
Hak Pengguna: Beli Kereta ‘Lemon’? Jangan Risau, ‘Lemon Law’ akan diperkenal untuk lindungi hak anda.
Ekonomi Desa: RM1 bilion Untuk Ekonomi Kampung, Anak Muda Diberi Peranan Jana Pendapatan Komuniti.
Belanjawan Terbesar: RM470 Bilion: Kerajaan Bentang Belanjawan Terbesar, Pacu Pembangunan & Kebajikan Rakyat.
Kewangan Negara: Hutang Terkawal, Defisit Makin Turun, Kerajaan Kekal Berdisiplin Urus Kewangan Negara.
Tarik Pelabur Asing: Malaysia Permudah Kemasukan Pelabur Asing Melalui ‘Investor Pass’ & ‘Status ABE’.
Pemisahan kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya
Reformasi Institusi: Pemisahan Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya di Peringkat Akhir, Kerajaan Terus Perkukuh Institusi.
Kisah Kejayaan Rakyat: Dari Kolam Pancing ke Ketupat Palas, Ikhtiar MADANI Lahirkan Usahawan Desa Berpendapatan Puluhan Ribu Sebulan.
Perlindungan Alam Sekitar: Atasi Banjir & Hakisan Pantai: Projek Saliran Mesra Alam & Pemuliharaan Sungai Jadi Keutamaan.
Insentif Korporat: Syarikat Sumbang Perangi Rasuah & Bantu Sekolah Angkat Kini Layak Potongan Cukai.
Hubungan Digital Borneo: SALAM: Kabel Dasar Laut RM2 Bilion Bakal Rapatkan Jurang Digital Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.
Parlimen Diperkasa: RM220 Juta Untuk Parlimen, Peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Diperkukuh Untuk Semak Imbang.
Falsafah Belanjawan: ‘Belanjawan Adalah Pernyataan Moral’ – PM Anwar Tekankan Reformasi, Tolak Budaya Ketirisan.
Keselesaan Diplomat: Jaga Imej Negara: RM31.5 Juta Untuk Selenggara Pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara.
Analisis RMK13: Belanjawan 2026: Langkah Pertama RMK13 Tumpu Projek Berimpak Tinggi di Seluruh Negara.
Perkhidmatan Bergerak: Tiada Yang Ketinggalan: Bank, Mahkamah & Khidmat Komuniti Bergerak Diperluas ke Pedalaman Sabah, Sarawak.
Selamatkan Pantai Timur Sabah: RM765 Juta Untuk Projek ‘Southern Link’, Jamin Bekalan Elektrik Stabil di Pantai Timur Sabah.
Fokus Zon Kewangan: Zon Kewangan Khas Forest City Berjaya Tarik Aset Hampir RM400 Juta Dalam Tempoh Kurang Setahun.
Teknologi Cukai: Perangi Penyeludupan: JKDM Akan Guna Setem Cukai Digital, E-Invois Dilaksana Penuh Mulai 2026.
Pembangunan Sukan: Kompleks Sukan Bertam & Stadium Hoki Kuala Terengganu Dinaik Taraf Dalam Belanjawan 2026.
Projek Air Sabah: RM1 Bilion Atasi Masalah Air di Sabah, Projek di Tawau, Kota Kinabalu Dijangka Siap Tahun Depan.
Jalan ‘Red Line’ Sarawak: RM350 Juta Untuk Naik Taraf Struktur Jalan ‘Red Line’ di Durin dan Salim, Sibu.
Pendigitalan Perkhidmatan Awam: MyDigital ID menyasarkan 15 juta pengguna menjelang akhir 2025 , dan Kiosk MADANI akan dibangunkan di semua negeri secara berperingkat.
Inflasi
* Inflasi keseluruhan diunjur antara 1.3 peratus dan dua peratus pada 2026, mencerminkan persekitaran pertumbuhan harga yang stabil dan terkawal
* Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.0 peratus pada 2026, jumlah guna tenaga meningkat 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang
* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2026 berbanding 5.1 peratus pada 2025, dengan semua subsektor menyumbang kepada pertumbuhan tersebut
* Sektor pembuatan diunjur kekal stabil pada 3.0 peratus pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025, disokong oleh industri berorientasikan eksport dan domestik
* Sektor pertanian diunjur berkembang 2.2 peratus pada 2026 berbanding 1.2 peratus pada 2025 – PM Anwar
* Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkurangan kepada 1.0 peratus pada 2026 berbanding 1.1 peratus pada 2025
* Sektor pembinaan diunjurkan kekal stabil pada 6.1 peratus pada 2026 berbanding 10.1 peratus pada 2025
* Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 14.5 peratus daripada OE diunjurkan berkurangan sebanyak 14.1 peratus kepada RM49 bilion pada 2026
SUMBER : BHarian & Teks Ucapan Penuh Belanjawan
Intipati Bajet 2025
Intipati perkara-perkara penting yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Peruntukkan Bajet 2025
Jumlah : RM 421 bilion
- Perbelanjaan operasi: RM335 bilion
- Perbelanjaan pembangunan: RM86 bilion
- Simpanan Luar Jangka : RM2 billion
Isi Penting Belanjawan 2025
- Penyasaran subsidi minyak Petrol RON95 akan dilaksana dijangka pada pertengahan tahun 2025. Subsidi akan diteruskan oleh kerajaan sehingga pertengahan tahun 2025
- Cukai dividen pada kadar 2% ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025. Pengecualian akan diberikan kepada pelaburan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara.
- Jumlah peruntukkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan. Antaranya:
- Penerima bujang akan mendapat RM600
- Penerima isi rumah akan mendapat sumbangan maksimum sebanyak RM4,600
- Bayaran STR Fasa 4 2024 akan dibuat bermula 7 November 2024
- Perluasan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lebih 4.1 juta penerima STR bagi kategori isi rumah. Bayaran akan dibuat bermula April 2025 yang dikreditkan ke dalam MyKAD penerima dan mendapat RM100 sebulan bagi membeli barangan asas
- Kenaikan kadar gaji minimum dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuatkuasa 1 Ferbruari 2025. Penangguhan diberikan kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2025
- Bonus Penjawat Awam sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada pesara. Bayaran pada bulan Februari 2025
- Bantuan Khas RM500 kepada lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut
- Kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter
- Kenaikan kadar bantuan kebajikan bulanan JKM:
- RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun ke bawah
- RM200 seorang kepada anak linkungan usia 7 hingga 18 tahun
- Tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga
- Cukai jualan akan diberikan kepada barang premium import seperti salmon, avocado
- Pelepasan cukai :
- Dinaikkan kepada RM4,000 bagi pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan
- Pelepasan sehingga RM10,000 bagi cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan meliputi bahagian bayaran perubatan di abwah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembaayran bersama
- Lanjutan pengecualian cuaki pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan telah tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia. Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036
Teks Lengkap Ucapan Belanjawan 2025 boleh dimuat turun di Kementerian Kewangan
Intipati Bajet 2024
Intipati perkara-perkara penting yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet 2024 adalah seperti di bawah.
Peruntukkan Bajet 2024
Jumlah : RM 393.8bilion
- Perbelanjaan operasi: RM303.8 bilion
- Perbelanjaan pembangunan: RM90 bilion
- Simpanan Luar Jangka : RM2 billion
Isi Penting Belanjawan 2024
- Kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan dari 6% ke 8% dengan skop diluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. Kadar 6% dikekalkan untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.
- Cukai Keuntungan Modal sebanyak 10% daripada keuntungan bersih pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 1 Mac 2024
- Cukai Barang Bernilai Tinggi dari 5% hingga 10% berdasarkan nilai ambang harga barangan
- Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan bagi isi rumah miskin tegar. Bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan.
- Kenaikan harga diesel secara berperingkat bagi menyasarkan semula subsidi dan mengelakkan penyeludupan
- Portal Fraud Kebangsaan (NFD) dijangka dilancarkan pada tahun 2024 bagi mengekang masalah scam, penipuan di internet
- Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM12.4 Billion
- Tahun Melawat Malaysia ditetapkan semula pada tahun 2026
- Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah. Rebat akan diberikan sehingga RM2,400 kepada pembeli
- Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan daripada RM8 bilion kepada RM10 billion
- Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700
- Kadar minumum STR bagi golongan belia meningkat dari RM350 kepada RM500
- Permohonan baru akan dibuka seawal November 2023
- Bayaran pertama pada bulan Februari 2024
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada 700 ribu penerima STR dan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan
- Semua lantikan MySTEP disediakan tawaran mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah MyFutureJobs
- PERKESO akan menyediakan insentif khas sebanyak RM1,500 sebulan selama enam bulan bagi menyokong kemasukan lebih 3,300 pencari kerja golongan rentan
- Kerajaan akan menanggung bayaran ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu
- 100,000 topi keledar termasuk untuk kanak-kanak akan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang mampu
- FLYsiswa diperkenalkan sebagai bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar yang kurang mampu
- Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa
- Ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh Kerajaan
- Kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan ditingkatkan kepada RM300
- Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024:
- 10% ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
- Yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.
- Skim Perubatan Madani diperluaskan ke seluruh negara
- Skim mySalam diteruskan bagi tempoh dua tahun
- Pas bulanan My50 diteruskan bagi perkhidmatan bas dan rel PRASARANA
- Sumbangan Khas RM700 kepada guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti
- Pelepasan cukai khusus pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000. Juga diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan
- RM2,000 Bayaran Insentif Awal kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak pada akhir bulan Februari 2024
- RM1,000 Bayaran Insentif Awal kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform pada akhir bulan Februari 2024
- RM1,000 Bayaran Insentif kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen pada akhir bulan Februari 2024
Live Streaming/ Siaran Langsung Bajet 2024
Teks Lengkap Ucapan Belanjawan 2024 boleh dimuat turun di Kementerian Kewangan
Sekian sahaja perkongsian di atas diharapkan segala inisiatif yang mengutamakan agenda rakyat dilaksanakan dengan amanah dan telus.
Ref : 2021 yang akan dibentangkan penjawat awam kerajaan malaysia berpendapatan rendah untuk membantu, isi rumah berpendapatan rm1 bilion abdul aziz pasangan dan anak takaful hayat dan kemalangan perbelanjaan rawatan perubatan, cukai pendapatan kadar bantuan warga emas, rm500 juta pas perjalanan bulanan tanpa had rm5 rm30 juta elaun sara hidup nelayan 21 tahun bantuan penjualan membendung gelombang ketiga covid-19 bilion untuk, pemberian one off program subsidi upah, pelepasan cukai pendapatan, menteri kewangan tengku datuk seri zafrul tengku abdul aziz di parlimen hari ini, 20 peratus, inisiatif cahayamata keluarga malaysia, peralatan perubatan, 15 peratus, dinaikkan kepada isi rumah miskin tegar, inisiatif cahaya mata keluarga malaysia,
Senarai Tajuk Kecil Artikel