Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran Wang Bermula Julai 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat satu pengumuman pada 28 Jun 2021 berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Dalam menghadapi bulan-bulan yang mendatang dan jumlah kes COVID yang tidak menentu, kerajaan sekali lagi mengumumkan bantuan untuk rakyat yang terjejas dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran KWSP berjumlah RM5,000. Oleh itu, dikongsikan informasi berkaitan Permohonan i-Citra KWSP untuk rujukan semua.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek ini. Justeru, ahli yang terjejas boleh membuat pengeluaran pada kadar atau jumlah yang ditetapkan iaitu RM5000 maksima dan permohonan boleh dibuat pada tarikh yang dikongsikan di bawah.

Permohonan i-Citra KWSP Online

Terkini Pengeluaran Khas KWSP 2022 : Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pada 16 Mac 2022, ahli KWSP yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19 boleh memohon pengeluaran khas sehingga RM10,000. Permohonan akan dibuka pada 1 April hingga 30 April 2022 dan pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022. Maklumat lanjut akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan oleh KWSP.

Inisiatif ini adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek. Menurut Perdana Menteri, seramai 12.6 Juta rakyat yang mencarum KWSP akan mendapat manfaat daripada program ini.

Berikut adalah informasi berkaitan Permohonan pengeluaran RM5,000 duit KWSP yang merangkumi tarikh permohonan, cara mohon dan soalan-soalan lazim.

Tarikh Penting

Menurut kenyataan media KWSP, ahli boleh mula memohon kemudahan icitra mulai:

  • Diawalkan mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021

NOTA: Bayaran pertama jika permohonan anda diluluskan akan dikreditkan pada bulan Ogos 2021.

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat yang ditetapkan oleh KWSP untuk menggunakan kemudahan ini

  1. Semua ahli berumur 55 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara dan permastautin tetap adalah layak untuk memohon yang membolehkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5000 tertakluk kepada baku Akaun 1 dan 2
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  3. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga tempoh lima bulan dengan bayaran bulanan maksima sebanyak RM1000 tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50

Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Pautan Borang Permohonan

Langkah-langkah membuat permohonan pengeluaran RM5000 di KWSP adalah seperti berikut:

  1. Mulai 12 Julai 2021, layari Portal Rasmi (akan dikemaskini) icitra.kwsp.gov.my
  2. Ahli diingatkan untuk mengemaskini nombor telefon bimbit yang aktif dan akaun bank yang aktif untuk menerima nombor OTP bagi memudahkan proses permohonan
  3. Pilih PERMOHONAN
  4. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit pemohon
  5. Klik TERUSKAN dan buat pengesahan melalui nombor OTP atau soalan keselamatan yang diberikan
  6. Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran sama ada A untuk jumlah maksimum atau B untuk menetapkan amaun pilihan sendiri dan klik TERUSKAN
  7. Sila lengkapkan maklumat pemohon, maklumat pembayaran dan kaji selidik dan klik TERUSKAN
  8. Pastikan semua maklumat tepat dan tandakan pada kotak pengesahan sebelum klik HANTAR

Cara Pembayaran

Bayaran bagi Pengeluaran akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan akaun bank anda;

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Sekiranya syarat ini tidak dipenuhi, pembayaran tidak dapat dikreditkan kepada ahli.

Bayaran bulanan akan terhenti sekiranya;

  • Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun; atau
  • Terdapat apa-apa pengeluaran penuh diluluskan (contoh: Pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dll); atau
  • Ahli membuat pembatalan pengeluaran

Info Lanjut 

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  • i-Akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih i-Akaun
  • Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada:

Related : pengeluaran i citra, warganegara dan pemastautin, i lestari, dijangka akan dikreditkan