Kadar Harga Tol Lebuhraya WCE (Banting Ke Taiping), Maklumat terkini harga tol Lebuhraya Persisiran Pantai Barat LPPB bermula 15 Januari 2020.

Kadar Tol Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE Expressway)

Satu lagi lebuhraya untuk memudahkan penduduk di bahagian barat Semenanjung Malaysia iaitu dari Selangor ke Perak telah dibuka untuk beberapa jajaran atau seksyen bermula Mei 2019. Lebuhraya Persisiran Pantai Barat atau West Coast Expressway (LPPB atau WCE),merupakan sebuah lebuhraya yang dibina menghubungkan Taiping, Perak ke Banting di Selangor. Berapakah kadar bayaran tol untuk lebuhraya WCE (harga)?

Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) iaitu joint venture diantara Kumpulan Europlus Berhad (80%) dan Road Builders (20%). Syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd dibenarkan untuk mengutip tol selama 43 tahun sehingga 19 Dis 2063. bermula 15 Januari 2020.

kadar tol wce

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (LPPB/ Lebuhraya WCE)

Pembinaan WCE adalah bertujuan untuk memberikan satu laluan alternatif dalam menghubungkan Selangor dan Perak sekaligus dapat menjimatkan masa/ minyak petrol & diesel, memendekkan perjalanan serta melancarkan aliran trafik di kawasan sekitar..

Jajaran/ seksyen awal telah dibuka mulai Mei 2019 yang lalu dan terkini jajaran 9 & 10 yang menghubungkan Kg Lekir di Setiawan dengan Beruas, Perak baharu sahaja di buka pada September lepas.

FAKTA RINGKAS LEBUHRAYA WCE
1. Panjang 233 kilometer dari Selangor ke Perak (Lebuhraya E32)
2. Menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping, Perak
3. Kos pembinaan berjumlah RM5.044 bilion
4. Jumlah : 20 plaza tol : 9 di Selangor dan 11 di Perak
5. 21 persimpangan bertingkat (interchanges) – 10 di Selangor dan 11 di Perak
6. Berhubung dengan lebuhraya sediada seperti PLUS, SKVE, NKVE, NNKSB, KLKSE (LATAR), SAE

Kadar Bayaran Harga Tol Lebuhraya WCE Expressway 2023

Kutipan tol untuk Lebuhraya WCE untuk seksyen yang telah dibuka bermula dari 15 Januari 2020. Berikut adalah kadar bayaran tol untuk laluan yang telah dibuka melibatkan plaza tol di Bandar Bukit Raja, Hutan Melintang, Teluk Intan, Kg Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara, Changkat Chermin dan Beruas.

1) Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan

kadar tol wce bandar bukit raja selatan

2) Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara

kadar tol wce bandar bukit raja utara

3) Plaza Tol Hutan Melintang

kadar tol wce hutan melintang

4) Plaza Tol Teluk Intan

kadar tol wce teluk intan

5) Plaza Tol Kg. Lekir

kadar tol wce kg lekir

6) Plaza Tol Sitiawan

kadar tol wce setiawan

7) Plaza Tol Sitiawan Utara

kadar tol wce setiawan utara

8) Plaza Tol Changkat Cermin

kadar tol wce changkat cermin

9) Plaza Tol Beruas

kadar tol wce beruas

Sumber : Laman Web Rasmi WCE

Kelas Kenderaan

  • Kelas 1 : Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi dan bas)
  • Kelas 2 : Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (tidak termasuk bas)
  • Kelas 3 : Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (tidak termasuk bas)
  • Kelas 4 : Teksi
  • Kelas 5 : Bas

Bagi maksud mengira bilangan gandar dan roda sesebuah kenderaan, gandar dan roda mana-mana treler yang ditarik oleh kenderaan itu hendaklah dikira sebahagian daripada gandar dan roda kenderaan itu.

Peta Jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE Expressway)

Berikut adalah peta jajaran laluan Lebuhraya WCE yang menghubungkan Banting di Selangor dan Taiping di Perak.

peta-lebuhraya-wce