Tarikh Pembayaran GKP 4.0 & Permohonan Geran Khas PRIHATIN. Semak Status Bantuan RM500 PKS dan semakan status di gkp.hasil.gov.my

Tarikh Pembayaran GKP 4.0, Permohonan Geran Khas PRIHATIN & Semakan GKP Online

Permohonan GKP 4.0 Dan Semakan GKP. Sistem permohonan Geran Khas PRIHATIN secara online akan dibuka kepada orang ramai mulai pertengahan bulan Julai 2021 di bawah GKP 4.0. Ianya diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu inisiatif bagi membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, GKP 1.0 memberikan geran sebanyak RM3,000 dengan peruntukkan sebanyak RM2.1 bilion disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. PKS Mikro termasuklah penjaja, peniaga pasar malam dan lain-lain lagi.

tarikh pembayaran gkp

Tarikh Pembayaran GKP 4.0

TERKINI NOVEMBER 2021 :

Pengumuman pembayaran Geran Khas Prihatin 4.0 kedua telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut beliau pembayaran akan dibuat bermula pada 23 November 2021 ini.

KEMASKINI SEPTEMBER 2021 :

Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 untuk bulan September akan dibayar bermula 21 September 2021. Bagi penerima sedia ada dan pemohon baharu, semakan status bolehlah dibuat mulai 20 September 2021 di laman web rasmi GKP.

KEMASKINI JUN 2021 : Kerajaan mengumumkan GKP 4.0 bagi membantu PKS mikro yang terjejas akibat PKP kali ini. Penerima yang layak akan mendapat bayaran sebanyak RM500 pada bulan September dan RM500 pada bulan November 2021. Permohonan baharu GKP 4.0 akan dibuka pada pertengahan Julai dan cara mohon akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.

KEMASKINI MEI 2021: Bagi membantu PKS yang terjejas akibat PKP 3.0, Kerajaan telah menambah jumlah GKP menjadi RM1500. Geran sebanyak RM1000 akan dibayar pada Jun 2021 dan baki RM500 pada Julai 2021. Maklumat berkaitan akan dikemaskini.

Kemaskini Mac 2021: PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021. Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

Pembayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP. Berikut adalah infografik bagi menunjukkan perbezaan antara GKP tambahan dan GKP 3.0.

perbezaan GKP tambahan dan GKP 3.0

Geran Khas Prihatin 3.0 : GKP 3.0 diteruskan di bawah fasa PEMERKASA. Bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada penerima yang layak. Permohonan akan dibuka bermula 1 April 2021.

Apa Itu Geran Khas PRIHATIN?

Ianya adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM1,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan dibuat secara berperingkat.

Jumlah nilai geran adalah RM1,000 yang akan dibayar secara one-off.

Menurut kenyataan daripada Perdana Menteri, permohonan baru akan dibuka semula mulai 1 April hingga 15 April 2021. Ia dibuka kepada mereka yang belum memohon dan sebagai syarat utama ialah berdaftar dengan LHDN, SSM atau PBT sebelum 28 Februari 2021. Pembayaran Geran Khas Prihatin 3.0 dijangka bermula pada Jun 2021.

Syarat Kelayakan (3.0)

Mereka yang layak memohon (syarat permohonan) adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:-
    1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    2. Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi- agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  6. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Borang Permohonan Geran Khas PRIHATIN Online

Application boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi GKP yang disediakan oleh LHDNM. Ianya dibuka bermula 1 April 2021.

  • 2. Tarikh : 1 April 2021 sehingga 15 April 2021

Membuat Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Permohonan GKP 3.0 (Baharu)

Permohonan dibuka mulai 1 April hingga 15 April 2021 bagi GKP 3.0. Ianya terbuka bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini. Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi portal yang sama seperti dinyatakan di atas.

Permohonan GKP 3.0

Sila layari Laman Web Utama Sistem seperti pautan yang disertakan diatas.

  1. Klik Butang Geran Khas Prihatin bersebelahan dengan BPN
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan/ MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang cari
  3. Klik butang Permohonan Baharu untuk memohon.
  4. Untuk Makluman Pemohon, Maklumat seperti Nama dan No KP adalah berdasarkan Data Agensi yang diterima. Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan. Sila tekan OK.
  5. Isi Maklumat Diri ,Maklumat Pasangan (jika berkenaan) dan Maklumat Perniagaan dengan tepat.
  6. Klik Butang Teruskan setelah memasukkan semua maklumat dengan tepat.
  7. Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan klik pada butang Sahkan Captcha
  8. Akuan Pengesahan, pemohon hendaklah menandakan di ruang berkenaan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar. pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak

Maklumat lanjut pendaftaran akaun/ daftar ID serta lupa kata laluan boleh dirujuk kepada panduan pengguna berikut :-

PANDUAN PENGGUNA

Membuat Semakan GKP (Status Keputusan Permohonan)

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan 3.0 bermula pada tarikh keputusan semakan status, bermula Jun 2021 melalui portal rasmi di https gkp.hasil.gov.my account (semakan permohonan)

Paparan bagi Permohonan Semakan yang Berjaya dihantar.

  1. Status Permohonan :
    1. Permohonan Diterima – Permohonan baharu telah diisi dan berjaya dihantar. Pemohon tidak perlu melakukan permohonan semula, tunggu sehingga keputusan dipaparkan.
    2. Dalam Proses – Permohonan yang telah diterima sedang diproses verifikasi agensi. Semasa status ini, pemohon tidak boleh melakukan pengemaskinian maklumat di dalam borang.
    3. Lulus/ Tidak Lulus
      1. Lulus (Layak menerima bantuan dan akan dikredikan ke akaun yang telah didaftarkan semasa dalam borang permohonan, tarikh pengkreditan akan dimaklumkan.
      2. Tidak Lulus (Tidak layak menerima bantuan)
  2. Klik butang kemaskini sekiranya terdapat perubahan maklumat yang perlu dilakukan di borang permohonan yang telah dihantar.

Permohonan Rayuan

Kerajaan bersetuju memberi peluang kepada pemohon yang gagal dalam permohonan geran khas prihatin portal gkp 3.0 mereka untuk membuat rayuan mulai tarikh yang akan dikemaskini melalui portal rasmi.

Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai tarikh yang akan dikemaskini untuk membuat semakan.

Tarikh Pembayaran GKP 3.0

Tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN adalah secara berperingkat pada tarikh yang akan dikemaskini dan pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Pembayaran akan dibuat untuk mereka yang berjaya dalam rayuan pula dijangka dibuat pada 5 Februari 2021

Jika ada sebarang pertanyaan termasuk BPN 2.0, orang ramai boleh menghubungi :-

CARA HUBUNGI
1Media SosialFacebook LHDNM
Twitter LHDNM
2Portal RasmiLHDNM
3Soalan LazimFAQ
4No Tel & Borang Maklum Balas
  • Hasil Care Line 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara)
    (jam 9 pagi – 430 petang)
  • Hasil Live Chat

Related : lembaga hasil dalam negeri lhdn menerima keputusan gkp 2.0 cara untuk, https gkp.hasil.gov.my account 30 november rayuan gkp 2.0 27 november 2020, 1 juta, lulus gkp, tarikh bayaran, nombor akaun bank,