Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak : Penentangan Orang Melayu. Nota reaksi rakyat sarawak terhadap penyerahan negeri mereka kepada british.

Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak : Penentangan Orang Melayu

Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak Penentangan Orang Melayu Terhadap British

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia, mata pelajaran sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib lulus. Maka penting untuk anda mengulang kaji pelajaran tersebut supaya dapat bersedia sebelum menduduki sebarang ujian atau pentaksiran. Berikut dikongsikan nota berkenaan Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak : Penentangan Orang Melayu Terhadap British.

Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak telah diserahkan kepada British. Penyerahan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada segenap penduduk tempatan. Tentera Australia mendarat di Kuching dan memperkenalkan pentadbiran tentera. iaitu British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) pada 11 September 1945. Pada tahun 1946, British kemudian memperkenalkan BMA di Sarawak. Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan di Sarawak.

Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak : Penentangan Orang Melayu Terhadap British

Dibawah dikongsikan maklumat berkaitan dengan Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak : Penentangan Orang Melayu Terhadap British untuk rujukan semua.

Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British

Faktor Penyerahan Sarawak Kepada British

Pelbagai faktor yang menyebabkan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Antaranya termasuklah seperti yang di bawah:

1. Masalah Pewarisan Takhta

Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikan tempatnya sebagai raja, sedangkan beliau semakin tua dan uzur. Vyner Brooke enggan melantik anak saudaranya Anthony Brooke (anak Bertram Brooke) untuk menggantikannya.

2. Desakan Kerajaan British

Pada 19 Jun 1944 , pihak Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke memberikan kuasa yang lebih luas kepada British untuk meluaskan penguasaannya di Sarawak. Dengan menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya, British dapat menguasai kekayaan ekonomi dan menjaga kepentingan pelaburan British di negeri itu. Pada 28 Februari 1945, Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke tentang pendirian untuk menyerahkan Sarawak kepada British. Akhirnya. Vyner Brooke bersetuju untuk menyerahkan Sarawak kepada British.

3. Masalah Kewangan

Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan untuk memulihkan Sarawak selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ekonomi Sarawak terjejas. lombong minyak musnah dan ladang getah juga terbiar. Kemudahan pendidikan, kesihatan. jalan raya dan lapangan terbang juga perlu dibaiki. Vyner Brooke tidak mampu untuk membangunkan
negeri Sarawak semula.

Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak

Terdapat dua reaksi yang berbeza yang dicetuskan daripada Penyerahan Sarawak, iaitu golongan yang menentang dan golongan yang menyokong.

Faktor Penentangan Penyerahan Sarawak

Golongan yang menentang penyerahan Sarawak ini antaranya dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Golongan ini menentang disebabkan oleh beberapa
faktor seperti yang berikut:

1. Tindakan Vyner Brooke Bertentangan dengarl perlembagaan 1941

  • Prinsip Kelapan dalam Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak.
  • Menurut perlembagaan ini, penduduk Sarawak akan dibimbing untuk mentadbir negeri mereka sendiri.
  • Namun begitu, tindakan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British telah melanggar Prinsip Kelapan ini. Beliau menafikan hak rakyat Sarawak untuk mendapatkan pemerintahan sendiri seperti yang termaktub dalam perlembagaan ini.

2. Vyner Brooke Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke

  • Vyner Brooke telah membuat keputusan tanpa berbincang dengan Raja Muda (Anthony Brooke) dan Tuan Muda (Bertram Brooke).
  • Golongan menentang penyerahan mahu memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke supaya dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah.

3. Gerard T. Macbryan Menggunakan Muslihat

  • Gerard T. MacBryan menggunakan pelbagai muslihat seperti tekanan, desakan, pujukan dan sogokan untuk mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan.

Bentuk Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak

Terdapat pelbagai bentuk penentangan dan bantahan terhadap penyerahan Sarawak kepada British yang dilaksanakan oleg golongan yang menentang seperti berikut:

1. Mengadakan persidangan

Johari Anang dan Sharkawi Osman menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak. Pengerusi persidangan ini ialah Johari Anang. Objektif persidangan ini adalah untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British.

Pertubuhan yang menyertai persidangan ini antaranya ternasuklah Pergerakan Pemuda Melayu (PPM). Barisan Pemuda Sarawak (BPS). Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak ( PKMS ). Persatuan Melayu Miri, Kesetiaan Muda Matu dan Persekutuan Bumiputera.

2. Mengadakan Demonstrasi

Pada 30 Oktober l946, demonstrasi pertama diadakan ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak. Charles Arden Clarke di Astana. Demonstrasi ini diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Perarakan ini disertai oleh 16 persatuan Melavu. PKMS nrendesak British berundur dari Sarawak. Antara kata yang tertulis termasuklah “Kami membantah dengan sekeras-kerasnya” atas tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada kolonial Inggeris”. “Sarawak adalah hak kami. “Leburkan kolonial” dan “No Cession”. Sepanduk dan poster antipenyerahan ditampal di pokok, perahu dan jeti. Dernonstrasi di Sibu diterajui oleh PPM. Beberapa demonstrasi berjaya diIaksanakan.

3. Meletakkan Jawatan Beramai-ramai

British menyedari pemimpin antipenyerahan terdiri daripada pegawai perkhidmatan awan dan guru. British bertindak mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 (Circular No. 9) pada bulan Disember I946 yang melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan. Pada 2 April 1947, seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan. Kakitangan yang meletakkan jawatan termasuklah guru serta petugas di Pos dan Telegraf, Jabatan Marin. Kastam, Perubatan dan Kesihatan, Percetakan, Jabatan Tanah dan Ukur. Jabatan Kerja Raya, Bon.rba dan Perbendaharaan. Seterusnya. seramai

56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak bertindak menamatkan pengajian sebagai bantahan terhadap Pekeliling No. 9.

4. Bantahan Golongan Wanita

Golongan wanita yang menentang hebat penyerahan Sarawak ialah Cikgu Lily Eberwein (PKMS), Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Ajibah Abol. Kaum ibu yang diketuai oleh Cikgu Lily Eberwein telah pergi ke rumah panjang untuk mengadakan kempen kesedaran. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak. Cikgu Ajibah Abol mengetuai kaum wanita untuk bergabung tenaga dengan gerakan antipenyerahan dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan Sarawak.

5. Menggunakan Akhbar

Gerakan antipenyerahan telah mendapat tenaga baharu apabila akhbar utusan Sarawak diterbitkan pada bulan Januari 1949. Utusan Sarawak digunakan sebagai saluran untuk menyebarkan tentangan mereka terhadap penyerahan Sarawak. Pengarang menggunakan kritikan yang tajam terhadap rancangan penyerahan Sarawak. Misalnya, ulasan berita tentang tindakan kerajaan British menyekat Anthony Brooke daripada memasuki Sarawak pada 16 September 1949 dan artikel bertajuk “Kerajaan British Menipu Rakyat” yang disiarkan pada 7 November 1949.

6. Menulis Surat Bantahan

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) menghantar surat kepada kerajaan British di London bagi menyatakan bantahan mereka terhadap penjajahan Sararvak. Pada tahun
1949, BPS telah menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak. Mereka menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British. Clement Attlee dengan salinannya kepada Gabenor. Anthony Brooke kemudiannya menentang penyerahan melalui sistem perundangan. Beliau membuat rayuan di Privy Council. Pada 16 Julai 1948. Anthony Brooke membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Brunei. Namun begitu, rayuan tersebut telah ditolak.

7. Menubuhkan Kumpulan Rukun 13

Golongan muda dalam gerakan antipenyerahan menubuhkan Rukun 13 pada 20 Ogos 1948. Rukun 13 ditubuhkan secara sulit oleh para pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) di Sibu. Kumpulan ini dipirnpin oleh Arvang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong.

Sasaran kumpulan ini adalah untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak. Satu mesyuarat sulit diadakan untuk membunuh Duncan Stewart pada 3 Disember 1949 di Sibu.

Peristiwa Sungkit Berdarah

Rosli Dhoby antara pejuang kemerdekaan Sarawak. Beliau telah menikam Duncan Stewart dan seminggu kemudian, Duncan Stewart meninggal dunia di Hospital Singapura. Peristiwa ini dikenali dengan nama “Sungkit Berdarah”. Pembunuhan Duncan Stewart memberikan kesempatan kepada British untuk menindas gerakan antipenyerahan. Pada 6 Disember dan 7 Disember 1949, British menutup pejabat PPM, PKMS, BPS dan Angkatan Semangat Anak Negeri Sarawak (ASAS). Anthony Brooke merayu semua persatuan antipenyerahan supaya menghentikan usaha menentang penyerahan pada 5 Februari 1951.

Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong akhirnya dikenakan hukuman gantung hingga mati setelah didapati bersalah. Anggota Rukun 13 yang lain dikenakan hukuman penjara. Gerakan Antipenyerahan Sarawak menemui kegagalan. Walau bagaimanapun, gerakan tersebut memberikan kesedaran dan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Semangat tersebut membawa penubuhan parti politik di Sarawak.

Diharapkan perkongsian nota berkaitan Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak : Penentangan Orang Melayu Terhadap British memberikan manfaat kepada semua.

Related : sarawak pada tahun, persatuan melayu sarawak,