EPSA Daftar E-Pembelajaran Sektor Awam Kursus Online. Klik sini untuk penjawat awam mendapatkan pendidikan berterusan dan sepanjang hayat.

EPSA Daftar E-Pembelajaran Sektor Awam Kursus Online

EPSA e pembelajaran sektor awam online

Makluman kepada penjawat-penjawat awam kerajaan. Sudahkah anda mendaftar di E-Pembelajaran Sektor Awam (Sistem EPSA)? Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) memperkenalkan kemudahan ini bagi menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan kakitangan awam serta bertujuan mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, di bawah dikongsikan maklumat berkaitan cara login untuk Kursus Online untuk rujukan semua.

Semua penjawat awam sama ada pra, di dalam atau selepas perkhidmatan layak untuk menjadi ahli yang disediakan. Pembelajaran atas talian ini merupakan pilihan yang lebih efisien dari segi masa dan kos pada ketika ini. Selain itu, ianya bertujuan untuk meningkatkan peluang pembelajaran bagi memperkasa inisiatif pembangunan sumber manusia ke arah mencapai misi nasional.

Daftar EPSA : E-Pembelajaran Sektor Awam Online

Berikut dikongsikan maklumat terperinci berkenaan cara daftar E-Pembelajaran Sektor Awam serta informasi berkaitan untuk rujukan semua.

Cara Daftar

Bagi pengguna kali pertama, ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar masuk :

  1. Layari portal rasmi
  2. Semua medan adalah wajib untuk diisi
  3. Pilih pengenalan diri sama ada menggunakan MyKad atau Tentera/Polis
  4. Masukkan No. MyKad/ Tentera/ Polis tanpa sengkang (-)
  5. Pastikan nama yang dimasukkan adalah sama seperti dalam MyKad
  6. Masukkan emel rasmi kerajaan terkini dan klik ‘Daftar”
  7. Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun anda melalui emel yang didaftarkan

Nota: Anda boleh mendaftar masuk menggunakan emel persendirian atau emel rasmi jabatan anda. Infografik di bawah menunjukkan turutan yang perlu diikuti bagi memudahkan anda mendaftar masuk:

daftar ahli epsa

Mendaftar Kursus

Pengguna boleh mendaftar kursus melalui Katalog Kursus dengan langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik ‘Log Masuk’ ke sistem
  2. Klik Menu ‘Katalog Kursus’. Pengguna boleh melihat senarai kursus mengikut kategori. Kursus hanya boleh didaftarkan satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus

Untuk mendapat cara yang lebih terperinci, sila buka manual pengguna yang telah disediakan pada pautan berikut:

Syarat Keahlian

Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadi ahli:

  1. Keahlian dibuka kepada semua penjawat awam Malaysia
  2. Pendaftaran ahli hanya sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan penjawat awam
  3. ID Pengguna adalah No. Kad Pengenalan anda dan panjang kata laluan mestilah sekurang-kurangnya dua belas (12) aksara dengan gabungan antara huruf, nombor (alphanumerik) dan aksara khas
  4. Pendaftaran keahlian akan mengambil masa dalam tempoh 3 hari bekerja untuk diluluskan (Isnin – Jumaat, 8:00am – 5:00pm)
  5. Pendaftaran keahlian memerlukan e-mel rasmi individu jabatan. Sekiranya tiada, anda boleh menggunakan e-mel persendirian dan hendaklah memuat naik imbasan surat pengesahan yang telah ditandatangani oleh penyelia bagi tujuan pengesahan
  6. Anda juga perlu sentiasa mengemaskini maklumat profil sekiranya berlaku pertukaran alamat dan jabatan tempat bertugas. Bagi pengemaskinian maklumat peribadi dan e-mel rasmi individu, ahli perlu memaklumkan kepada Pentadbir Sistem
  7. Pendaftaran ahli kini hanya melalui portal rasmi oleh pemohon sendiri dan bukan melalui pihak ketiga. Sebarang permohonan keahlian melalui e-mel, surat, atau faks tidak akan dilayan.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

i) Siapakah yang boleh mendaftar dan menggunakan sistem?

  • Pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem

ii) Bolehkah pengguna menggunakan e-mel persendirian?

  • Sekiranya, pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi Jabatan, maka surat sokongan yang menyatakan pengguna adalah merupakan pegawai atau kakitangan kerajaan perlu dimuat naik sebelum mengklik butang ‘Daftar’ untuk pengesahan

iii) Bagaimana jika pengguna telah bertukar jabatan/ kementerian?

  • Selepas log masuk, Pengguna hanya perlu mengemaskini informasi pengguna seperti emel dan alamat pada ruangan Kemaskini Profil

iv) Bagaimana kaedah pembelajaran kursus melalui sistem ini? 

  • Sistem ini adalah cara pembelajaran secara atas talian di mana-mana sahaja kawasan yang mendapat capaian Internet pada bila-bila masa.
  • JPA mengiktiraf satu hari bersamaan 6 jam pembelajaran melalui sistem ini
  • Contohnya, Kursus Amalan 5s bernilai 12 jam maka bersamaan dua hari kursus

v) Apakah bentuk bahan pembelajaran kursus?

  • Cara pembelajaran melalui sistem ini adalah dalam bentuk bahan multimedia yang mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna.

vi) Bagaimana hendak mendapatkan Surat Tamat Kursus?

  • Anda boleh mencetak sendiri Surat Tamat Kursus dengan mengikuti langkah berikut:
  • Klik pada menu ‘Sijil’
  • Akan dipaparkan senarai kursus  yang telah tamat dan klik ‘Jana Sijil’ pada kursus yang dikehendaki

vii) Apakah syarat untuk mendapatkan Surat Tamat Kursus?

  • Tiang Bar setiap topik dan sub-topik tamat/selesai
  • Memenuhi ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’

viii) Adakah kursus diambilkira/ diiktiraf oleh Jabatan/ Agensi untuk mencapai tujuh (7) hari berkursus setahun?

  • Bergantung kepada polisi jabatan/ agensi masing-masing, namun menurut catitan daripada Mesyuarat Majlis Latihan Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 18 Ogos 2008 telah merekodkan sebagai salah satu kategori Program Latihan iaitu Pembelajaran Kendiri. JPA mengiktiraf kursus yang dijalankan melalui sistem adalah sebanyak 3 hari daripada 7 hari kursus setahun dengan kiraan 6 jam bersamaan dengan 1 hari kursus.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan lanjut berkenaan E-Pembelajaran Sektor Awam Kursus Online, sila rujuk:

  • Tel: 03 – 2084 7689 / 7701 / 7702
  • Intitut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara
    50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Related : sistem pengurusan kakitangan kerajaan untuk pengguna, lupa kata,