eOperasi KPM Login Modul Pengurusan Guru Online. Cara daftar masuk Sistem Kemaskini Maklumat untuk pengguna baru.

eOperasi KPM Login Modul Pengurusan Guru Online

eOperasi login modul pengurusan guru online

Makluman kepada guru dan kakitangan sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebuah modul data operasi (Login eOperasi) telah disediakan bagi memudahkan sistem pengurusan sekolah dilakukan secara online. Ia melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru serta kategori pengguna seperti pentadbir sistem dan pengguna.

Sebagai makluman, modul ini menyasarkan bagi penggunaan pentadbir sistem yang terdiri daripada pengurusan KPM di peringkat bahagian, negeri, daerah dan sekolah. Selain itu, pengguna sistem ini terdiri daripada guru dan bukan guru akan didaftarkan oleh pentadbir sistem yang mempunyai kebenaran. Dua modul lain yang dibangunkan KPM adalah Modul Pengurusan Sekolah (EMIS) dan Modul Pengurusan Murid (APDM).

eOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online

Sistem ini telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM  dan diselia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Sumber Manusia (BPSM) serta Bahagian Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Bagi mendapatkan paparan terbaik, pengguna perlu menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.

Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Perincian adalah seperti berikut:

Pengguna

  • Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;

Pentadbir Sistem

  • Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Cara Login e Operasi

Guru atau pentadbir sekolah yang pertama kali menggunakan sistem ini boleh mengikuti cara-cara login seperti berikut:

  • 1. Sila layari sistem e-operasi : Laman Web Rasmi
    • https eoperasi.moe.gov.my
  • 2. Klik pada “Pendaftaran Pengguna Baru”
  • 3. Anda akan dibawa ke ruangan pendaftaran pengguna baru dimana anda perlu mengisi maklumat dalam ruangan yang disediakan eoperasi1
  • 4. Klik butang “Simpan”
  • 5. kembali ke halaman utama untuk Log Masuk menggunakan ID, kata laluan dan nombor kad pengenalan yang digunakan ketika mendaftar eoperasi2

Lupa Kata Laluan

Jika anda terlupa kata laluan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • 1. Pada halaman utama, klik pautan “Lupa Kata Laluan”
  • 2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakn dan klik “Hantar” eoperasi3
  • 3. Kata Laluan anda akan dihantar ke emel yang digunakan

Tukar Kata Laluan 

Kata laluan boleh diubah bagi memastikan keselamatan data dan maklumat peribadi. Berikut adalah cara untuk menukar kata laluan di sistem.

  • 1. Buka pautan “Tukar Kata Laluan” pada halaman utama
  • 2. Pastikan anda mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul
  • 3. Klik “Hantar” eoperasi4

Kemaskini Maklumat Guru

Selepas berjaya log masuk sistem, semua guru mesti buat semakan dan pengesahan Maklumat Guru yang berkenaan sahaja seperti di bawah. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat, sila buat kemaskini dengan memaklumkan kepada Penolong Kanan 1. Setiap guru wajib melaksanakan pengesahan data masing-masing melalui sistem ini.

i) Maklumat Staf

  1. Peribadi
  2. Pasangan
  3. Sejarah Akademik
  4. Akademik
  5. Sijil Kemahiran (SKM)
  6. Subjek Diajar Semasa
  7. Sejarah Ikhtisas
  8. Ikhtisas
  9. Perkhidmatan
  10. Tarikh Perkhidmatan
  11. Sejarah Perkhidmatan
  12. Sejarah Pengalaman Mengajar
  13. Elaun
  14. Kokurikulum
  15. Isytihar Harga
  16. Cetakan Maklumat Keseluruhan

ii) Maklumat Enrolmen

  • enrolmen ikut kelas
  • enrolmen ikut subjek
  • enrolmen ikut elektif

iii. Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan

  • Permohonan
  • Semakan
  • Kelulusan
  • Analisis kelulusan / pelaksanaan

iv. Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

  • Kedudukan guru
  • Pengisian opsyen
  • kurang / lebih mengikut opsyen

v. Instrumen

  • Penilaian program orientasi guru baru
  • Penilaian seminar

vi. Maklumat Subjek

  • Analisis pemantauan
  • Subjek Elektif
  • MPV
  • PAV

Maklumat Lanjut

Anda boleh membuka pautan di bawah untuk mendapatkan manual pengguna am lengkap kepada sistem yang disediakan oleh KPM:

Jika terdapat masalah, pengguna boleh membuat sebarang pertanyaa berkenaan sistem aplikasi, sila emel kepada:

Semoga perkongsian di atas memberikan info yang bermanfaat kepada anda. Pengguna aplikasi web ini bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti pengguna masing-masing. KPM tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan maklumat dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna.

Related : pentadbir sistem pengurusan kpm terus ke ruangan log tepat dan terkini melibatkan beberapa kategori pengguna peringkat sekolah sekolah dan pengguna guru single sign on modul ini melibatkan pengurusan, no kp no gaji, no gaji dan emel, untuk guru, pengguna boleh terus, login eoperasi kpm, no kad pengenalan, e operasi kpm, nama no kp no gaji dan emel, klik butang simpan untuk proses pendaftaran, log masuk untuk menggunakan sistem, id kata laluan soalan keselamatan dan jawapan perlu, e operasi modul pengurusan guru, dibangunkan oleh bahagian negeri daerah dan sekolah, salah satu,