eCensus 2020 : Cara Isi Borang Banci Malaysia Online. Sila layari portal rasmi bancian penduduk & perumahan malaysia untuk maklumat lanjut.

eCensus 2020 – Cara Isi Borang Banci Malaysia Online (MyCensus)

cara isi borang ecensus banci online mycensus

Tahukah anda tahun 2020 merupakan tahun Banci Penduduk dan Perumahan di Malaysia akan dilaksanakan? Jika tidak, berikut dikongsikan maklumat berkenaan cara isi borang Banci Malaysia online yang dikelola oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk rujukan semua. Pelaksanaan bancian kali ini dinamakan MyCensus dan penduduk digalakkan untuk melengkapkan borang eCensus secara dalam talian (online) dengan mudah.

Sebagai makluman, bancian akan dilakukan sebanyak sekali dalam masa 10 tahun. Ia juga dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri yang pelbagai seperti demografi, sosial dan ekonomi serta tertakluk kepada Akta Banci 1960. Maklumat yang dikumpul adalah penting bagi membentuk laporan serta statistik yang tepat terhadap realiti kependudukan, sosial dan ekonomi masyarakat tempatan. Oleh itu, jalankan tanggungjawab dengan mengisi borang banci e-Census supaya dapat membantu kerajaan membina polisi dan dasar yang memanfaatkan masyarakat serta negara.

Banci Penduduk & Perumahan Malaysia Tahun 2020

Di bawah dikongsikan maklumat seperti tarikh bancian penduduk 2020 dan Cara Isi Borang Banci Malaysia Online untuk panduan umum.

Bagi memastikan bancian dapat dilaksanakan dengan efisien, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyediakan 5 kaedah pembancian:

  • 1. Computer Assisted Personal Interview (CAPI)
    • Kaedah pengumpulan data secara CAPI merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK dan melakukan proses temu ramah responden dengan merekodkan maklumat maklumat responden secara online dan offline menggunakan tablet atau telefon pintar.
  • 2. e-Census
    • Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui web banci atau melalui Portal MyCensus
  • 3. Paper and Pen Interview (PAPI)
    • Kaedah ini merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK untuk melakukan proses temu ramah secara bersemuka kepada responden dan mencatatkan maklumat yang diperoleh di dalam borang soal selidik.
  • 4. Computer Assisted Telephone Interview (CATI)
    • Kaedah ini, pembanci akan membuat temu ramah melalui telefon dan semua maklumat responden akan dimasukkan dalam sistem CATI.
  • 5. Drop-off & Pick Up (DOPU)
    • Kaedah ini Pembanci akan meninggalkan borang soal selidik (drop off) di TK pada Hari Banci dan Pembanci akan mengambil semula borang soal selidik (pick up) yang telah diisi oleh responden

Tarikh Bancian (Dalam Talian & Secara Bersemuka)

Berdasarkan Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, bancian akan dilaksanakan dalam dua fasa yang melibatkan bancian dalam talian dan bancian bersemuka seperti berikut:

  • Fasa 1 (Bancian dalam talian): 7 Julai hingga 30 September 2020 disambung semula pada 7 Oktober 2020 hingga 21 Disember 2020
  • Fasa 2 (Bancian secara bersemuka): 7 hingga 24 Oktober 2020 telah dijadualkan semula pada 20 Januari hingga 6 Februari 2021

Segala perubahan tarikh adalah tertakluk kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan perkembangan semasa penularan COVID-19 di dalam negara.

Cara Isi Borang Daftar Banci 2020

Bagi penduduk yang ingin mengisi borang banci secara atas talian, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • 1. Sila layari Portal e-Census banci1
  • 2. Klik pada “Pengguna Kali Pertama” untuk mendaftar dan kemaskini maklumat anda iaitu nama penuh, Emel dan nombor telefon bimbit.
  • 3. Klik “ya” sekiranya anda mempunyai invitation code. Jika anda tidak menerima  poskad yang mempunyai invitation kod, klik “Di Sini” dan masukkan emel anda. Invitation code akan dihantar melalui emel dalam tempoh 72 jam. banci2
  • 4. Seterusnya, anda perlu mendaftar menggunakan One Time password (OTP) yang diterima
  • 5. Sila masukkan nombor telefon yang didaftar dan klik “Log masuk” serta masukkan OTP yang diterima
  • 6. Isikan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) diri yang sah dan klik “Seterusnya”
  • 7. Jawab semua soalan dan pastikan anda menekan butang “Sahkan” apabila selesai menjawab soalan
  • Sila klik pautan berikut untuk mendapat panduan lengkap mengisi borang: Manual Pengguna

banci3

NOTA: Jika anda tidak mengisi borang banci secara Online, pembanci akan membuat bancian secara bersemuka di rumah anda pada fasa kedua bancian nanti.

Soalan Lazim Bancian Penduduk

Berikut adalah sebahgian daripada soalan yang kerap ditanya dan jawapan atas masalah berkaitan Banci Penduduk Malaysia 2020 :-

1.Siapakah yang akan dikira dalam Banci 2020?

Semua penduduk termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama 6 bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun 2020. Ini termasuk:

  1. Bayi yang lahir PADA ATAU SEBELUM Hari Banci dan MASIH HIDUP pada Hari Banci (7 Julai 2020)
  2. Orang yang meninggal dunia PADA ATAU SELEPAS Hari Banci (7 Julai 2020)
  3. Penduduk Malaysia yang berulang alik melintasi sempadan Malaysia (contohnya Singapura dan Thailand) untuk bekerja atau belajar tetapi mempunyai tempat tinggal biasa di Malaysia
  4. Penduduk Malaysia yang keluar negara untuk melancong, pengajian jangka pendek (kurang dari 6 bulan) atau menghadiri persidangan/ seminar atau urusan perniagaan
  5. Pegawai dagang dan pekerja asing serta keluarga mereka yang menetap di Malaysia
  6. Pelawat dan penuntut asing yang menetap di Malaysia
  7. Anggota tentera dan pegawai diplomatik asing serta ahli keluarga mereka yang menetap di Malaysia
  8. Orang yang tiada tempat tinggal (contohnya gelandangan).

2. Soalan yang ditanya ketika Banci dijalankan :-

Soal selidik banci merangkumi soalan mengenai:

  1. Isi rumah dan tempat kediaman (pemilikan, maklumat sewa, keselamatan dan lain-lain);
  2. Maklumat demografi (jantina, umur, taraf perkahwinan, kumpulan etnik dan lain-lain);
  3. Maklumat persekolahan (status persekolahan, sijil tertinggi diperoleh, bidang pengajian dan lain-lain);
  4. Maklumat pekerjaan (jenis pekerjaan, lokasi tempat kerja, jarak tempat bekerja dan lain-lain);
  5. Maklumat Orang Kurang Upaya (OKU);
  6. Maklumat kelahiran;
  7. Kesihatan dan kecergasan (maklumat penyakit, perlindungan insurans, jenis sukan/aktiviti yang digemari dan lain-lain);
  8. Hubungan sosial (media sosial, hubungan kekeluargaan dan jiran);
  9. Perumahan (pemilikan tempat kediaman lain, harga tempat kediaman yang mampu dimiliki dan lain-lain);
  10. Warga emas (aktiviti yang kerap dilakukan, sumber pendapatan dan lain-lain).

3. Banci 2020 tidak akan bertanyakan soalan berkaitan :-

  1. Maklumat kewangan atau pendermaan;
  2. Apa-apa berkaitan pegangan atau parti politik; dan
  3. Maklumat/ nombor akaun bank atau kad kredit.

Info Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan informasi yang lebih terperinci berkaitan banci penduduk dan perumahan Malaysia tahun 2020, sila rujuk:

Portal Rasmi (Laman Web)

Nombor Telefon

  • 1 800 88 7720

Soalan Lazim

Related : department of statistics malaysia 2020 commissioner complete the e census face to face pre registered mohd uzir mahidin population and housing census 2020, mozilla firefox copyright 2020, rakyat malaysia e mel pra pendaftaran e census untuk membuat, saya akak banci nama nombor telefon dan alamat emel untuk mycensus 2020 dan saya akan cuba chrome mozilla firefox selamat datang dari gedung ilmu 6013-772 2020 sesi chat