ePengambilan PDRM Permohonan Polis Online. Cara mohon permohonan jawatan kosong polis diraja malaysia secara online melalui portal rmp.gov.my.

ePengambilan PDRM Permohonan Polis Online

permohonan polis

Permohonan jawatan kosong Polis secara online melalui Portal Rasmi e-Pengambilan PDRM. Berita baik buat warganegara Malaysia yang berminat untuk menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (memohon jawatan PDRM). Sebuah portal dikenali sebagai Sistem ePengambilan PDRM telah diperkenalkan oleh Polis DiRaja Malaysia bagi memudahkan proses permohonan serta mendapatkan maklumat status Eksesais Pengambilan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

PDRM adalah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada lebih 100 000 pegawai dan anggota demi menjaga keselamatan dan keamanan negara serta penduduknya. Pasukan berseragam (beruniform) ini adalah unik berbanding dengan negara lain kerana pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am hingga ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk berjasa kepada negara dengan menyertai PDRM boleh membuat permohonan secara online. Untuk mereka yang berminat dengan jawatan kosong terkini kerajaan SPA yang lain, sila buat pendaftaran pekerjaan di SPA9 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

ePengambilan PDRM Polis Diraja Malaysia

Berikut dikongsikan panduan cara membuat permohonan jawatan kosong Polis secara atas talian/ online di Portal ePengambilan PDRM beserta maklumat lain yang berkaitan buat rujukan para pemohon.

TERKINI : Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan & Larian 2.4 KM Bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) Awam Fasa 2/2024

Pemohon jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/ Wanita) Awam Fasa 2/2024 yang telah membuat semakan panggilan pada 9 Januari 2024 lalu dikehendaki menghadiri pemeriksaan fizikal di lokasi yang telah ditetapkan pada:

  • 6 Mei 2024 hingga 21 Mei 2024

Perubahan tempat dan tarikh pemeriksaan fizikal adalah seperti yang dinyatakan di FB Unit Pengambilan PDRM

Sebarang Pertanyaan Boleh Berhubung Dengan Help Desk Unit Pengambilan Di Talian 03-22668348 Dan 03-22668350.

Permohonan Konstabel Polis Gred YP1 Orang Asli (Lelaki) : November 2023

Permohonan jawatan kosong terkini Polis adalah untuk jawatan Konstabel Polis Gred YP1 Orang Asli (Lelaki).

Permohonan Di Buka Pada Tarikh :

  • 20 November 2023 hingga 20 Disember 2023 (Konstabel Gred YP1 Orang Asli)

Permohonan boleh dibuat melalaui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di seluruh Malaysia.

Sebarang Pertanyaan Boleh Berhubung Dengan Pejabat JAKOA atau Help Desk Unit Pengambilan Di Talian 03-22668348 Dan 03-22668350.

Permohonan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita) : November 2023

Permohonan jawatan kosong terkini Polis adalah untuk jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita).

Permohonan Di Buka Pada Tarikh :

  • 14 November 2023 hingga 30 November 2023 (Konstabel Gred YT1)

Individu Yang Belum Berdaftar, Boleh Membuat Pendaftaran Di Laman Web E-pengambilan Polis Diraja Malaysia Sebelum Memohon Pada Tarikh Yang Ditetapkan. (Klik Syarat-syarat Kelayakan Di ‘skim Jawatan’ Sebelum Membuat Permohonan).

Permohonan Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/ Wanita) dan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita) : Januari 2023

Permohonan jawatan kosong terkini Polis adalah untuk jawatan Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/ Wanita) dan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita).

Permohonan Di Buka Pada Tarikh :

  • Selasa, 27 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023 (Sarjan Gred YA5)
  • Khamis, 12 Januari 2023 hingga 25 Januari 2023 (Konstabel Gred YT1)

Semakan Panggilan Ujian SPiER-PDRM Sabah Dan Sarawak – Mei 2022

Makluman kepada calon Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) Sabah dan Sarawak yang telah lulus pemeriksaan Ujian Fizikal pada 21 Januari hingga 20 Mac 2022, anda boleh membuat semakan panggilan Ujian SPiER-PDRM pada :

  • 9 Mei 2022 hingga 7 Jun 2022

Semakan boleh dibuat melalui sistem e-Pengambilan PDRM. Status ujian SPIER-PDRM lulus atau gagal  juga boleh disemak pada sistem yang sama.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Semakan Panggilan Temu Duga Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Bukan Bumiputera (Lelaki/Wanita) – Februari 2022

Semakan panggilan temu duga pengambilan khas bukan bumiputera jawatan Konstabel Polis Gred YA1 boleh dibuat pada :

  • 21 Februari hingga 4 April 2022

Calo yang telah menduduki ujian SPiER-PDRM pada tahun 2021 boleh membuat semakan di sistem e-pengambilan PDRM. Log masuk dan klik di Semakan Status Permohonan kemudian klik semak untuk mengetahui status pangggilan Temu Duga Lisan. Calon yang telah tersenarai dan dipanggil diingatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.

Maklumat lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-2266 8348/ 8350/8351

Semakan Panggilan Ujian SPIER-PDRM – Februari 2022

Perhatian bagi calon jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki Dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) yang telah melepasi ujian fizikal pada tahun 2021, semakan panggilan Ujian SPIER-PDRM boleh disemak mulai :

  • 7 Februari hingga 28 Februari 2022 bagi calon semenanjung

Calon yang lulus ujian SPIER-PDRM sahaja akan mendapat surat panggilan temu duga lisan.

Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Polis – Januari 2022

Semakan bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki Dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki Dan Wanita) Bermula 17 Januari 2022 hingga 6 Mac 2022.

Semua calon yang TELAH MENGISI PERMOHONAN JAWATAN pada TARIKH TERDAHULU boleh membuat semakan di portal e-Pengambilan PDRM untuk semakan seperti yang tertera di bawah :

  • i) Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki Dan Wanita) : 16 April 2021 hingga 30 April 2021
  • ii) Konstabel Polis gred YA1 (Lelaki) : 2 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021
  • iii) Konstabel Polis gred YA1 (Wanita) : 20 September 2019 hingga 8 November 2019

Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi calon Sabah dan Sarawak akan bermula pada 3 Februari hingga 6 Mac 2022.

Calon dikehendaki untuk ‘Log In’ dan Klik di ‘Semakan Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam sistem.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Polis – November 2021

Semakan bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki Dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) Bermula 2 November 2021 hingga 4 Disember 2021.

Semua calon yang TELAH MENGISI PERMOHONAN JAWATAN pada TARIKH TERDAHULU boleh membuat semakan di portal e-Pengambilan PDRM untuk semakan seperti yang tertera di bawah :

  • i) Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki Dan Wanita) : 16 April 2021 hingga 30 April 2021
  • ii) Konstabel Polis gred YA1 (Lelaki) : 2 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021

Calon dikehendaki untuk ‘Log In’ dan Klik di ‘Semakan Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam sistem.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Permohonan Jawatan Konstabel Polis YA1 (Lelaki Sahaja) – Ogos 2021

Kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat dan berkelayakan, permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 bagi lelaki sahaja boleh dibuat pada:-

  • 2 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021

Permohonan secara online boleh dibuat di laman web e-pengambilan PDRM. Bagi mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan mengenai jawatan Konstabel YA1, boleh rujuk bahagian “Skim Perkhidmatan”  di laman web tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial ig dan fb unit pengambilan pdrm.

Permohonan Jawatan Inspektor Polis YA13 – April 2021

Semua warganegara malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki & Wanita pada tarikh seperti berikut:-

  • 16 April 2021 hingga 30 April 2021

Permohonan boleh dibuat melalui laman web e-pengambilan pdrm di mana pemohon juga boleh merujuk syarat kelayakan dan klik di ‘skim jawatan’ untuk maklumat lanjut.

Pengambilan Khas Polis Bukan Bumiputera 2021

Berdasarkan kenyataan Datuk Ramli Din, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, rakyat Malaysia bukan bumiputera dan orang asli boleh memohon jawatan konstabel polis tanpa mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu SPM. Namun begitu, calon yang terpilih perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu peringkat SPM dalam tempoh enam tahun dan lulus dengan kepujian. Jika gagal, perkhidmatan calon akan ditamatkan.

Senarai jawatan yang akan dibuka adalah Inspektor Gred YA13, konstabel YA1, konstabel Orang Asli Gred YP1 dan konstabel Gred YT1. Kelonggaran syarat ini bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa untuk menyertai PDRM. Permohonan Pengambilan Khas Bukan Bumiputera dan Orang Asli boleh dibuat melalui portal epengambilan PDRM bermula pada:

  • 18 Mac Hinga 31 Mac 2021

Sekiranya anda berminat untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Keutamaan diberi kepada pemohon bukan bumiputera yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda lain.
  2. Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh permohonan
  3. Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf kerajaan
  4. Mendapat satu kepujian untuk mana-mana subjek di peringkat SPM
  5. Mendapat empat mata pelajaran lain atau lulus Sijil Vokasional Malaysia
  6. Berketinggian sekurang-kurangnya 163cm bagi lelaki dan 157cm bagi wanita
  7. Berat sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita)
  8. Khusus untuk orang asli : berketinggian sekurang-kurangnya 160cm bagi lelaki dan 155cm bagi wanita

Cara Membuat Permohonan Polis Melalui Sistem ePengambilan PDRM

Kepada mereka yang ingin membuat permohonan, sila layari aplikasi atas talian dengan membuka pautan laman web rasmi berikut:

  1. Portal e-Pengambilan Polis (PDRM)
    • https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Portal tersebut akan memaparkan ruangan log masuk, pendaftaran baharu, pengumuman terkini termasuk kekosongan jawatan, skim jawatan dan iklan mengenai jawatan yang dibuka. Untuk membuat permohonan, anda perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik butang pendaftaran baru (jika anda pengguna pertama kali) atau log masuk bagi yang telah mendaftar sebelum ini.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi maklumat diri dengan lengkap dan memuat naik resume anda.
  3. Sebagai makluman, permohonan yang layak melepasi tapisan oleh PDRM sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

Pemohon diingatkan untuk melihat pada ruangan iklan bagi memastikan permohonan jawatan yang ingin dimohon telah dibuka atau ditutup.

pengambilan polis terkini

Skim Jawatan Polis Yang Ditawarkan

Berikut dikongsikan senarai skim jawatan Polis DiRaja Malaysia yang ditawarkan di Portal rasmi pengambilan serta maklumat syarat-syarat kelayakan untuk memohon beserta tangga gaji.

i) Inspektor Polis YA13

Syarat-syarat permohonan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 adalah seperti berikut :-

  1. a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online

c) Kelayakan Akademik

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]
  2. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]
  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]
  4. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39
  5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
  6. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
  7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]
  8. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
  9. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67]
  10. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d).Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Tangga Gaji Inspektor Polis YA13

  1. Gaji Minimum RM 2502.00 – Gaji Maksimum RM 9803.00
  2. Kadar Gaji Tahunan: RM 230.00

ii) Sarjan Polis YA5

Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Sarjan Polis gred YA5 adalah seperti berikut :-

  1. a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c) Kelayakan Akademik

  1. Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.00]; dan
  2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d) Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)

Tangga Gaji Sarjan Polis YA5

  1. Gaji minimum RM 1930.00 – Gaji Maksimum RM 5801.00
  2. Kadar Gaji Tahunan RM 150.00

iii) Konstabel Polis YA1

Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis gred YA1 adalah seperti berikut:-

  1. a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;

c) Kelayakan Akademik

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau;
  2. Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut;
  3. a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
    b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
    c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
    d) Perniagaan;
    e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
    f) Teknologi Kejuruteraan Marin
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02].

d) Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)

Tangga Gaji Konstabel Polis YA1

  1. Gaji Minimum RM 1441.00 – Gaji Maksimum RM 4152.00
  2. Kadar Gaji Tahunan: RM 105.00

iv) Konstabel Polis YT1

Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis gred YT1 adalah seperti berikut :-

  1. a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c).Kelayakan Akademik

  1. Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga /Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]
  2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

d) Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)

Tangga Gaji Konstabel Polis YT1

  1. Gaji minimum: RM 1220.00 – Gaji Maksimum RM 2748.00
  2. Kadar Gaji Tahunan RM 85.00

v) Konstabel Polis Orang Asli YP1

Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Orang Asli gred YP1 adalah seperti berikut:-

  1. a). Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
  2. b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan;

c).Kelayakan Akademik

  1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: RM1,334.00]; dan
  2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d) Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Tangga Gaji Konstabel Polis Orang Asli YP1

  1. Gaji Minimum RM 1334.00 – Gaji Maksimum RM 3003.00
  2. Kadar Gaji Tahunan RM 85.00

Untuk pelbagai kerja kosong swasta part time freelance full time internship terkini dan kerajaan jawatan kosong terkini, sila rujuk JawatanKosong

Selamat membuat permohonan Polis secara atas talian dan tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Moga dapat berkhidmat untuk negara dengan cekap, tepat dan ikhlas.

Related : klik pada butang simpan, lengkap dan tepat, untuk permohonan, klik pada pautan, jawatan kosong pdrm, sila pastikan anda memilih borang dihantar pemohon keluarga akademik dan ko maklumat peribadi keluarga akademik pilih jawatan yang ditawarkan pengesahan sekiranya borang dihantar klik pada menu semak akademik dan ko kurikulum menu semak status permohonan memilih setiap pengakuan pemohon, butang simpan sebelum kelangkah, rasmi polis diraja malaysia, lupa kata, membuat semakan status, dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang e pengambilan pdrm, unit pengambilan polis diraja malaysia sebelum memohon pada tarikh yang ditetapkan, ijazah sarjana muda undang undang yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi ahli penuh badan badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau gaji permulaan ialah pada gred ya1 rm 1,441.00, sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 8350 8351 seperti yang tertera di info ig dan fb unit pengambilan pdrm, diperiksa dan klik semak untuk mengetahui status panggilan dalam sistem e pengambilan pdrm, menjalankan tugas tugas kepolisan selaras dengan fungsi, id pengguna warna dan pendengaran yang tidak cacat, gaji permulaan ialah pada gred kumulatif vokasional sekurang kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut
4 mata pelajaran bahasa melayu kod 1104 sekurang kurangnya gred c mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik sekurang kurangnya 2.00 purata nilai kumulatif vokasional sekurang kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut, jabatan integriti dan pematuhan standard, permohonan jawatan konstabel polis gred ya1 lelaki wanita, kepujian dalam sistem e pengambilan pdrm, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka,

Senarai Tajuk Kecil Artikel