Selain daripada sajak, puisi tradisional, cerpen dan novel, salah satu komponen sastera yang perlu dipelajari oleh murid murid adalah drama. Di Tingkatan 2, murid akan berpeluang untuk mempelajari dan mengkaji drama bertajuk Mahkamah karya Awang Abdullah. Di bawah dikongsikan nota-nota ringkas berkenaan Drama Mahkamah : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran untuk rujukan semua.
Karya penulisan Awang Abdullah ini menduga pemikiran pembaca melalui aturan cerita yang ringkas dan tersusun. Maka mudah untuk pelajar Tingkatan 2 di peringkat Menengah Rendah untuk memahami dan mengkaji komponen sastera ini. Selain daripada drama, pengarang juga aktif dalam penghasilan skrip dan juga dunia persajakan.
Nota Drama Mahkamah : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran
Murid-murid boleh mengikuti perkongsian berkaitan Drama Mahkamah meliputi Sinopsis, Tema, Binaan Plot, Persoalan, Watak, Nilai & Pengajaran sebagai nota sebelum menghadapi pentaksiran atau ujian.
Turut dikongsikan adalah soalan-soalan latihan berkaitan drama yang dikaji oleh para pelajar.
Tema
Drama ini bertemakan keadilan dan kebenaran ketika membuat seseuatu keputusan
Persoalan
1) Keadilan dalam sesuatu perselisihan perlu ditegakkan
Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan
2) Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela diri
Bulat bin Leper yang merupakan seorang miskin telah menggunakan khidmat peguam bela yang disediakan untuk membela dirinya di mahkamah
3) Mahkamah adalah tempat untuk menegakkan keadilan
Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan
4) Keberanian untuk mengakui kesalahan diri sendiri
Akinomoto telah mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk
5) Kehidupan golongan yang bekerja di mahkamah sama seperti kehidupan golongan biasa
Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa.
6) Denda akan dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah melanggar undang-undang
Tertuduh II dikenakan denda menjaga anak beruk yang baru lahir sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa.
Sinopsis
Hakim memulakan perbicaraan apabila semua orang hadir di mahkamah. Tertuduh I diminta masuk oleh pegawai. Tertuduh, saya bersumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Bulat bin Leper, Tertuduh I. Di Taman Gagak Putih, dia dituduh membunuh Mek Teh binti Jali, seorang nenek berusia 99 tahun.
Bulat bin Leper menerima pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya tersebut. Walau bagaimanapun, dia tidak mengakui rasa bersalah. Untuk membela Bulat bin Leper, peguam bela dipanggil ke ruang perbicaraan. Ketika itu, Bulat bin Leper menyatakan bahawa dia berada di Taman Gagak Putih. Dia membuang kulit pisang selepas memakannya. Pendakwa raya menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah memotong kulit pisang seorang nenek semasa berjoging.
Nenek itu jatuh. Pinggang nenek tua itu patah akibat kejadian itu. Walau bagaimanapun, nenek tua itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya meminta Bulat bin Leper mengakui kenyataan itu. Bulat bin Leper masih enggan mengakui. Peguam bela bangun dan menentang tindakan pendakwa raya yang kelihatan cuba memberi tekanan kepada anak guamnya. Peguam bela menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang berangan pada masa itu. Bulat bin Leper membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa, tetapi pintunya sudah hancur.
Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, tindakan membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik Bulat bin Leper. Malah, Bulat bin Leper telah menunjukkan contoh yang baik.
Pendakwa raya menolak dakwaan peguam bela dengan menyatakan bahawa mereka cuba memutarbelitkan fakta. Peguam bela mengekalkan hujah bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah memakan sisa di dalam tong sampah dengan rakusnya sehingga kulit pisang jatuh ke jalan. Kambing itu menjadi sangat letih sehingga matanya menjadi kabur dan berpinar-pinar.
Kulit pisang tidak kelihatan kepada kambing sehingga kulit pisang terkais di atas jalan raya. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan jatuh apabila dia melalui jalan itu. Nenek tua itu kemudiannya meninggal dunia. Jadi, Bulat bin Leper tidak bersalah. Kambing yang kurus itu bertanggungjawab. Oleh itu, kambing itulah yang sepatutnya dihukum dan peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat
Pendakwa raya juga meminta Bulat bin Leper dihukum dengan berat. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah berkhidmat kepada manusia dan bukannya haiwan. Peguam bela menentang kenyataan pendakwa raya. Peguam bela berpendapat bahawa setiap haiwan mesti mempunyai tuan. Tuan kambing harus dihukum. Kambing itu harus menjadi milik pihak berkuasa jika tidak ada yang mahu mengaku. Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah selepas memeriksa hujah pendakwa raya dan peguam bela.
Mahkamah berehat dan bersidang semula selepas dua minit. Tertuduh II telah dipanggil. Tertuduh II kurang mahir dalam menggunakan bahasa Melayu. Apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami, seisi mahkamah kecuali hakim ketawa. Hakim meminta pegawai menghubungi penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Akinomoto, Tertuduh II. Akinomoto telah dituduh mencuri beruk subsidi kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun pada 20 Mac 1988. Akinomoto tidak memahami perkataan “beruk subsidi.” Akibatnya, hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi. Pendakwa Raya menggunakan kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World untuk menjelaskan istilah tersebut.
Akinomoto berkata bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim kemudian bersetuju bahawa bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan di dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.
Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya. Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.
Binaan Plot
1) Permulaan
Hakim memulakan perbicaraan selepas semua hadir ke dalam mahkamah. Pegawai meminta Tertuduh I masuk dan mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat Bin Leper. Pertuduhannya menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur 99 ahun di Taman Gagak Putih. Tertuduh I mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma telah dipanggil untuk membela Tertuduh I
2) Perkembangan
Tertuduh I telah mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu dan makan sebiji pisang lalu membuang kulitnya. Tetapi dia tidak mengaku menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela kemudian membangkitkan isu tentang seekor kambing yang telah memakan sisa buang di dalam tong sampah secara rakus lalu mengakibatkan kulit pisang tercampak ke jalanraya. Kemudian Mek Teh melalui jalan itu, terpijak kulit pisang dan terjatuh sehingga meninggal dunia. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Tertuduh I. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan Tertuduh I tidak bersalah.
3) Perumitan
Tertuduh II (Akinomoto) pula dipanggil masuk dan mengangkat sumpah. Dia tidak pandai berbahasa Melayu dan berbicara dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan bahawa Tertuduh II telah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Tertuduh II tidak faham akan istilah beruk subsidi. Pendakawa raya berbicara dalam bahasa Inggeris tetapi Tertuduh II tidak faham lalu meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Tertuduh II memahami tentang istilah beruk subsidi dan mengaku bersalah.
4) Peleraian
Hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil dan saksama dan memerintahkan Tertuduh II supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Tertuduh II juga perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh.
Teknik Plot
- Dialog : Hakim: Siapa nama kamu? Tertuduh I: Bulat Bin Leper, tuan.
- Pemerian : Penterjemah masuk dengan agak lambat sambil membetulkan kain sarung dan tali lehernya
- Saspen : Hakim meminta supaya Bulat bin Leper dibela peguam percuma tetapi memberikan mereka tampoh seminit sahaja untuk berunding
Watak dan Perwatakan
1) Hakim
- Hakim di mahkamah yang duduk di bahagian hadapan sebuah bilik mahkamah beserta meja yang tinggi
- Seorang yang adil apabila mengarahkan Bulat Bin Leper untuk mendapatkan khidmat percuma
- Seorang yang rasional kerana mendengar hujah-hujah daripada semua pihak sebelum membuat keputusan
- Seorang yang prihatin setelah mengarahkan Akinomoto untuk memulangkan ibu beruk selepas melahirkan anaknya
2) Pendakwa raya
- Bertugas sebagai seorang yang mensabitkan kesalahan tertuduh di mahkamah
- Merupakan seorang yang berintelaktual kerana boleh menerangkan maksud istilah dan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- Seorang yang komited apabila mendakwa Bula Bin leper dan Akinomoto di mahkamah berdasarkan bukti yang diperoleh
3) Bulat Bin Leper/ Tertuduh I
- Seorang miskin yang tertuduh menyebabkan kematian Mek Teh
- Berani untuk hadir ke mahkamah dan berhadapan dengan hakim dan pendakwa raya
- Seorang yang bertanggungjawab apabila membuang kulit pisang yang dimakan ke dalam tong sampah yang disediakan
4) Akikino-komokotoko/ Tertuduh II
- Juga dipanggil Akinomoto dan dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia
- Tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh memahami bahasa tersebut
- Seorang yang prihatin apabila memberitahu bahawa beruk tersebut sednag hamil
- Seorang yang berani untuk mengaku salah dan menerima denda yang dikenakan dengan baik
5) Peguam bela
- Peguam yang berkhidmat secara percuma untuk tertuduh yang memerlukan
- Seorang yang tidak menepati masa kerana masuk ke ruang perbicaraan lambat
- Seorang yang bijak selepas berjaya melepaskan Tertuduh I daripada tuduhan yang menyebabkan kematian seseorang
Latar
Latar Masa
- 10 Januari 1988, antara jam 8 pagi hingga 9 pagi : kematian Mek Teh dan waktu Bulat Bin Leper berada di Taman Gagak Putih
- 20 Mac 1988 : Akinomoto dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun
- 1 minit : Hakim memberi tempoh satu minit kepada peguam bela untuk berunding dengan Tertuduh I
- 2 minit : Mahkamah mengambil masa untuk berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk pendakwa raya merujuk kamus
- Waktu pagi : sidang perbicaraan dijalankan pada waku pagi
Latar Tempat
- Mahkamah : tempat berlansungnya perbicaraan kes-kes mahkamah
- Taman Gagak Puith : tempat kejadian kematian Mek Teh meninggal dunia dan dimana Bulat Bin Leper makan sebiji pisang
- Stor JKK Ulu Dungun : Tempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang inteklektual : Hakim, peguam bela dan pendakwa raya menunjukkan masyarakat yang intelektual apabila melaksanakan perbicaraan yang adil
- Masyarakat yang berani kerana benar : Bulat bin Leper hadir ke mahkamah untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah ke atas tuduhan yang dikenakan
- Masyarakat yang baik hati : Tertuduh II walaupun telah bersalah mencuri seekor beruk subsidi, dia tetap prihatin untuk menjaga haiwan yang sedang hamil tersebut
- Masyarakat yang miskin : Tertuduh I atau Bulat bin Leper seorang yang miskin dan tidak mampu untuk mengupah peguam bela maka mahkamah menyediakan perkhidmatan peguam bela percuma
- Masyarakat yang adil : Hakim membuat keputusan secara adil selepas mendengar hujah di pihak pendakwa raya dan juga peguam bela
- Masyarakat yang bertanggungjawab : Pendakwa raya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menuduh kesalahan yang telah berlaku dengan bukti-bukti yang diperoleh
Gaya Bahasa
- Bahasa Inggeris : The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysians World
- Peribahasa : Malang tak berbau
- Sinkope : Oh, itu tak jadi masalah. tapi siki saja, tau
- Repetisi : cakap…cakap… apakah kamu sudah…
- Simile : Pegawai : Bernada selamba tetapi tidak keras seperti jekahan Hakim tadi
- Imejan : Hakim mengeluarkan kad kuning
Nilai
1) Berani : Tertuduh I berani mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim mahkamah
2) Keadilan : Hakim mambuat keputusan secara adil setelah mendengar hujah pendakwa raya dan peguam bela
3) Tanggungawab : Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang ke dalam tong sampah
4) Prihatin : Tertuduh II memberitahu bahawa beruk yang dicuri itu sedang hamil
5) Bijaksana : Pendakwa raya bijak untuk berbicara dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu apabila tertuduh tidak faham
6) Tegas : Hakim mahkamah memerintahkan denda dan hukuman kepada mereka yang bersalah
Pengajaran
1) Kita seharusnya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada kita dengan baik kerana kita diberikan amanah oleh orang yang percaya akan kemampuan kita
2) Kita perlu memberi ruang kepada semua pihak untuk menceritakan masalah yang dihadapi sebelum membuat keputusan mengenai masalah tersebut
3) Kita perlu bersikap rasional pada setiap masa agar segala tindakan yang diambil munasabah dan bermanfaat
4) Kita hendaklah banyak membaca dan mendalami ilmu pengetahuan suapay dapat memberikan pendapat dan idea yang bernas
5) Kita digalakkan untuk menggunakan Bahasa Melayu terutamanya dalam urusan rasmi supaya bahasa kebangsaan kita dimartabatkan
6) Kita seharusnya berani dalam menegakkan kebenaran lebih-lebih lagi apabila kebenaran itu melibatkan diri kita sendiri.
7) Kita hendaklah juga berani mengakui kesilapan atau kesalahan yang dilakukan suapay tidak menyusahkan pihak lain
8) Kita perlu bersimpati dengan golongan miskin dan memberikan bantuan yang sepatutnya kepada mereka
Soalan Latihan
1) Berdasarkan drama di atas, nyatakan tema yang dikemukakan oleh pengarang
Tema yang telah dikemukakan oleh pengarang drama ini adalah keadialn dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan tanpa mengira latar belakang seseorang.
2) Apakah kes yang sedang dibicarakan dalam Mahkamah tersebut?
Kes yang dibicarakan dalam Mahkamah tersebut adalah kes Bulat Bin Leper sebagai Tertuduh I didakwa menyebabkan kematian Mek Teh manakala kes kedua mengenai Tertuduh II yang didakwa mencuri beruk subsidi milik kerajaan
3) Berdasarkan petikan drama ini, apakah tujuan pengarang menggunakan unsur sinis dalam pembicaraan kes kedua?
Pada pendapat saya, pengarang menggunakan unsur sinis dalam pembicaraan kes kedua kerana ingin menyedarkan masyarakat tentang kedaulatan bahasa kebangsaan kita. Selain itu, pengarang juga ingin mengingatkan masyarakat untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita kerana kalau bukan kita siapa lagi yang akan melakukannya.
4) Senaraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Antara alangkah yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah dengan memastikan setiap penjawat awam menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi. Tambahan pula, kerajaan boleh menggalakkan kandungan seperti iklan dan drama yang menggunakan bahasa kebangsaan daripada mereka yang terlibat.
5) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam drama Mahkamah
Terdapat banyak pengajaran yang boleh diperoleh daripada drama ini antaranya ialah kita perlu bersikap rasional apabila menjalankan tugas harian. Selain itu, kita juga perlu berani dalam menegakkan kebenaran yang kita ketahui.
6) Pada pendapat anda, mengapa perbicaraan di dalam mahkamah selalunya mengambil tempoh masa yang lama?
Saya berpendapat bahawa perbicaraan di dalam mahkamah mengambil masa yang lama kerana pihak pendakwa raya perlu mengumpul bukti-bukti yang kukuh untuk menuduh pesalah laku. Selain itu, pihak tertuduh pula boleh memberikan pelbagai jenis hujahan untuk mengelak daripada disabit bersalah atau dikenakan hukuman yang berat. Akhir sekali, Hakim perlu membuat keputusan yang terbaik selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Semoga perkongsian berkaitan Drama Mahkamah : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak & Pengajaran membantu para pelajar.
Related : untuk membela keputusan bahawa bulat bin leper tidak bersalah, sedar bahawa bulat bin leper tidak bersalah, didakwa mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan malaysia dari stor jkk ulu dungun, 10 januari 1988 antara jam 8.00, bersetuju bahawa bulat bin leper tidak bersalah, pegawai meminta pendakwa raya dan peguam bela hakim membuat keputusan, makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya, beliau meminta pendakwa raya dan peguam bela hakim membuat keputusan, 99 tahun di dalam tong sampah itu dengan rakusnya,
Senarai Tajuk Kecil Artikel