Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah (Rumi). Bacaan sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar / selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah.

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah (Rumi)

Umat Islam menyambut tahun baharu mengikut kalendar Hijrah yang menandakan peristiwa penting penghijrahan Nabi Muhammad. Peristiwa bersejarah yang berlaku pada 1 Muharam di mana Nabi Muhammad berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi diambil kira sebagai permulaan kalendar Hijrah. Di bawah dikongsikan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah (Rumi) untuk panduan semua umat Islam.

Oleh itu, amalan doa di awal dan akhir tahun merupakan perkara yang baik untuk diamalkan walaupun tidak diwajibkan. Memohon keampunan ke atas dosa yang telah dilakukan sebelum ini dan memohon amalan kita diterima sepanjang tahun, seterusnya berdoa untuk melawan nafsu serta syaitan pada tahun baru yang akan datang. Berdoa adalah inti ibadah kita yang sangat dituntut malah tiada larangan untuk kita berdoa pada waktu tertentu.

Doa akhir tahun dan awal tahun hijrah

Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah (Dalam Rumi)

Peristiwa hijrah perlu sentiasa diingatkan kepada masyarakat Islam hari ini kerana pelbagai iktibar yang boleh diambil sebagai panduan kehidupan hari ini. Antaranya adalah sentiasa berusaha berhijrah ke arah yang lebih baik demi kemajuan dan kesejahteraan hidup. Penghijrahan juga melibatkan pengorbanan yang mendorong ke arah perubahan yang lebih baik untuk diri kita.

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan bacaan doa dalam Arab dan Rumi beserta maksudnya untuk pemahaman yang menyeluruh. Semoga kita berpeluang untuk mengamalkan doa ini sebagai salah satu amalan yang diterima Allah SWT.

Doa Akhir Tahun

doa akhir tahun arab

Bacaan Doa Dalam Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Maa ‘Amilna Fii Hazihis-sanati Mimma NahaiTana ‘Anhu, Falam Natub Minhu Walam TarDhoHu Walam TanSaHu
WahaLumTa ‘AlaiNa Ba’da QudRotika, ‘Ala ‘UQuuBatiNaa, Wada-‘UtaNa Ilat-taubati Minhu Ba’da Jur-AaTina ‘Alaa Ma’-Siyatika
FainNana NasTaghFiruka FaghFirLana, Wamaa ‘Amilna FiiHaa Mimma TarDhoHu Wawa ‘AdTana ‘AlayHis-TsaWab, FanasAlukallaHumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikram
An TataQobBalahu Minna Walaa TaqTogh RajaaAna Minka Ya Karim,

Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Maksud Doa:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu

Oleh yang demikian kami memoohon keampunan Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahalanya kerananya, maka kami memohon kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Doa Awal Tahun (Jawi)

doa awal tahun hijrah bahasa arab

Bacaan Doa Awal Tahun Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu-Awwal
Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.
Ya Dzaljalaali Wal Ikram, Ya Arhamar-rohimiin,

Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Maksud Doa:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Agung dan kemurahan Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada Mu pertolongan mengalahkan runtungan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan dan kami memohon kepada Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami nabi Muhammad beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amalan Bulan Muharram

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Muharram menurut pendapat umum ulama adalah berpuasa sunat pada 10 Muharram. Amalan yang dikenali sebagai puasa hari Asyura yang bermaksud sepuluh menandakan pelbagai nilai sejarah bagi umat Islam. Kita juga disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah yang bermaksud membezakan anatra kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Di Malaysia, awal Muharram disambut dengan cuti umum serta sambutan rasmi peringkat kebangsaan yang lazimnya dianjurkan di ibu kota, Kuala Lumpur dan akan disiarkan secara rasmi serta langsung di RTM.

Semoga perkongsian Doa dia atas dapat memberi manfaat dan hikmah kepada kita untuk menambahkan amalan dan beristiqamah menjelang tahun baru Hijrah.

Rel : rasulullah saw, untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah, nabi muhammad saw, ya allah engkaulah tuhan yang maha esa,