Takwim Penggal Persekolahan dan cuti persekolahan tahun 2023 bagi Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut adalah tarikh cuti sekolah 2023 melibatkan sekolah-sekolah di Malaysia yang dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu A dan B. Juga dikongsikan senarai cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM pada tahun 2023 melibatkan perayaan-perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.
Dengan adanya Takwim Penggal Persekolahan dan “School holidays” ini dapat membantu ibu bapa dalam membuat perancangan aktiviti bersama anak-anak dan keluarga dengan memadankan dengan Kalendar 2022 Malaysia (Kalendar Cuti Umum 2022). Ianya termasuklah merancang percutian, kenduri, majlis perkahwinan, balik kampung dan sebagainya.
Isi Kandungan
Takwim Penggal Persekolahan 2023 dan Cuti Sekolah KPM
Berikut adalah perincian kalendar takwim penggal persekolahan berserta tarikh “school holiday” melibatkan sesi persekolahan tahun 2023.
Maklumat memaparkan tarikh mula dan akhir persekolahan merangkumi cuti pertengahan penggal 1, 2 & 3 , cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun.
Takwim Penggal Persekolahan 2023 KPM dibahagikan kepada Negeri Kumpulan A dan B berdasarkan kepada hari kelepasan mingguan setiap negeri iaitu Kumpulan A (Jumaat dan Sabtu) dan Kumpulan B (Sabtu dan Ahad).
Secara ringkasnya, sekolah-sekolah di Malaysia yang terbahangi kepada dua kumpulan akan memulakan dan mengakhiri penggal persekolahan pada tarikh berikut :-
- > 19/20 Mac 2023 (Ahad/Isnin) : Tarikh Mula Persekolahan
- > 8/9 Februari 2024 (Khamis/ Jumaat) : Tarikh Akhir Persekolahan
KUMPULAN A | |||
Sekolah-sekolah yang berada dalam kumpulan A iaitu sekolah di negeri-negeri cuti hujung minggu jatuh pada hari Jumaat & Sabtu iaitu negeri | |||
> Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah | |||
Penggal Persekolahan | |||
> Penggal pertama persekolahan : 19 Mac 2023 hingga 25 Mei 2023 | |||
> Penggal kedua persekolahan : 4 Jun 2023 hingga 24 Ogos 2023 | |||
> Penggal ketiga persekolahan : 3 September 2023 hingga 8 Februari 2024 | |||
Cuti Sekolah | |||
> Cuti pertengahan penggal 1 : 21 April 2023 sehingga 29 April 2023 (9 hari) | |||
> Cuti penggal 1 : 26 Mei 2023 sehingga 3 Jun 2023 (9 hari) | |||
> Cuti penggal 2 : 25 Ogos hingga 2 September 2023 (9 hari) | |||
> Cuti penggal 3 : 15 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (18 hari) | |||
> Cuti Akhir Tahun dari 9 Februari 2024 hingga 9 Mac 2023 (30 hari) | |||
![]() |
Untuk sekolah-sekolah di Kumpulan B pula adalah seperti berikut :-
KUMPULAN B | |||
Sekolah dalam Kumpulan B dimana sekolah terletak di negeri-negeri cuti weekend hujung minggu jatuh pada hari Sabtu & Ahad. Sekolah di Kumpulan B adalah sekolah di negeri | |||
> Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak, Sabah, Labuan | |||
Penggal Persekolahan | |||
> Penggal pertama persekolahan : 20 Mac 2023 hingga 26 Mei 2023 | |||
> Penggal kedua persekolahan : 5 Jun 2023 hingga 25 Ogos 2023 | |||
> Penggal ketiga persekolahan : 4 September 2023 hingga 9 Februari 2024 | |||
Cuti Sekolah | |||
> Cuti pertengahan penggal 1 : 22 April 2023 sehingga 3 April 2023 (9 hari) | |||
> Cuti penggal 1 : 27 Mei 2023 sehingga 4 Jun 2023 (9 hari) | |||
> Cuti penggal 2 : 26 Ogos 2023 hingga 3 September 2023 (9 hari) | |||
> Cuti penggal 3 : 16 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (17 hari) | |||
> Cuti Akhir Tahun dari 10 Februari 2024 hingga 10 Mac 2024 (30 hari) | |||
![]() | |||
> Download Takwim Penggal Persekolahan 2023 (Kumpulan A & B – dalam PDF) |
Selain peruntukkan cuti sediada, KPM juga ada memperuntukkan cuti perayaan bersempena dengan sambutan beberapa perayaan utama yang disambut oleh penduduk berbilang kaum di Malaysia.
TERKINI: KPM mengisytiharkan 19 April 2023 (Rabu) sebagai cuti khas sempena musim perayaan untuk semua warga KPM – Menteri Pendidikan
CUTI PERAYAAN KPM 2023 | |||
![]() *Hari Raya Aidilfitri telah diisytiharkan pada tarikh yang akan dikemaskini | |||
> Download Rumusan Cuti Perayaan 2023-2024 KPM |
Tahun 2022/2023
NOTA
- > Cuti Persekolahan : Sekolah hendaklah menurut semua Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri yang diwartakan bagi negeri di mana terletaknya sekolah itu, yang jatuh pada hari sekolah semasa penggal sekolah.
- > Cuti Peristiwa : Guru Besar / Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi empat hari (4) bagi mana-mana satu tahun. Cuti peristiwa itu tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.
- > Daftar Kehadiran Murid • Kehadiran murid ke sekolah semasa hari sekolah hendaklah direkodkan dalam daftar kedatangan murid pada setiap hari yang murid itu hadir. Nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah hendaklah dibatalkan dari daftar itu pada hujung sesuatu bulan yang berkenaan.
- > Guru Besar / Pengetua / Pendaftar boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang murid yang gagal hadir sekolah bagi tempoh tiga hari berturut-turut tanpa apa- apa sebab munasabah.
- > Kuasa Menutup Sekolah : Guru Besar / Pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah bagi tempoh tertentu jika berlaku darurat atau bencana alam. Hari sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain.
Moga perkongsian takwim kalendar persekolahan dan cuti perayaan 2023-2024 dari Laman web KPM boleh dijadikan panduan berguna buat ibu bapa dan murid sepanjang tahun 2023-2024.
Related : penggal persekolahan tahun 2020 kementerian pendidikan malaysia kpm pindaan takwim, tahun bagi sekolah, melibatkan cuti pertengahan penggal, membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid, dikurangkan daripada 42 hari, kedah kelantan dan terengganu, 42 hari kepada 14, 5 hari, dikurangkan daripada 41 hari 41 hari kepada 13, persekutuan kuala lumpur labuan, dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, johor kedah kelantan dan terengganu, sabah sarawak, pulau pinang perak selangor sembilan melaka pahang sabah kuala lumpur labuan putrajaya johor kelantan dan terengganu perlis pulau pinang perak, negeri kumpulan b, 2022 akan bermula, 3 januari 2022, sesi persekolahan penggal 3, 2 januari 2022, kalendar akademik sesi persekolahan sesi 2022/2023 tarikh cuti umum dan negeri serta perkara perkara cuti masih tertakluk kepada pindaan rasmi oleh bahagian kabinet perlembagaan dan perhubungan antara kerajaan jabatan perdana menteri takwim cuti sekolah, merancang aktiviti, perlis pulau pinang perak selangor negeri sembilan melaka pahang sabah sarawak, kuala lumpur labuan melaka negeri sembilan pahang perlis pulau pinang perak putrajaya sabah sarawak selangor, kumpulan a johor kedah kelantan,