Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad (Sinopsis, Tema, Latar, Persoalan). Nota komsas tingkatan 2 merangkumi watak perwatakan, plot, pengajaran.

Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad (Sinopsis, Tema, Latar, Persoalan)

cerpen talia dan raksasa qarqad nota sinopsis tema persoalan nilai pengajaran

Jenis penulisan selalunya terbahagi kepada dua iaitu fiksyen dan bukan fiksyen. Fiksyen adalah karya sastera yang dihasilkan berdasarkan imaginasi manakala bukan fiksyen adalah karya sastera yang ditulis berdasarkan logik dan peristiwa yang benar-benar berlaku. Bagi meluaskan daya pemikiran dan pemahaman pelajar terhadap Bahasa Melayu, komponen sasatera memainkan peranan yang penting. Oleh itu, berikut dikongsikan nota berkaitan Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad (Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai, Watak & Pengajaran) untuk rujukan para pelajar.

Untuk pengetahuan semua, cerpen ini ditulis oleh Zaniffa Azzura Abdullah, seorang perunding penerbitan sukuk lulusan sains perakaunan dan kewangan Universiti London. Cerpen ini dipilih untuk pelajar Tingkatan Dua kerana ia mempunyai jalan cerita yang menarik di samping menyampaikan mesej tentang kepentingan menjaga alam sekitar khususnya apabila melibatkan hutan dan orang asli.

Nota Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad (Sinopsis, Tema, Watak, Persoalan, Latar, Plot & Pengajaran)

Ikuti perkongsian berkaitan Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad (Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran) di bawah. Turut dikongsikan adalah nota berkaitan plot, gaya bahasa dan juga nilai-nilai.

Tema

Cerpen ini bertemakan konflik antara manusia dengan alam semula jadi. Misalnya manusia bandar yang rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula jadi untuk mengaut keuntungan semata-mata. Hutan belantara ditarah untuk pembalakan manakal bukit diruntuhkan untuk dijadikan kawasan perlombongan sehingga musnah habitat flora dan fauna. Kehidupan orang asli yang aman dan harmoni turut terancam.

Persoalan

1) Persoalan tentang kasih sayang terhadap keluarga

  • Dodo yang menyayangi kelaurganya sanggup ditembak Binjah semata-mata untuk menyelamatkan keluarganya

2) Persoalan tentang perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan

  • Talia merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera dan akhirnya telah diselamatkan oleh raksasa tersebut sewaktu perkampungan mereka hendak dimusnahkan oleh Binjah

3) Persoalan kepentingan alam semula jadi terhadap manusia 

  • Manusia banyak bergantung pada alam semula jadi

4) Persoalan kesusahan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman

  • Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta api untuk mendapatkan rawatan anaknya, Jini

5) Persoalan sikap ketamakan segelintir manusia

  • Binjah yang ingin melombong di perkampungan orang asli kerana tamak tetapi akhirnya terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad

6) Persoalan hubungan yang baik antara manusia dan haiwan

  • Talia yang baik hati telah merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera. Haiwan tersebut membantu kampungnya yang dimusnahkan oleh Binjah

Sinopsis

Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman bersama sukunya. Suatu hari, ketika Talia bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, dia bertemu dengan seekor katak raksasa yang cedera di bahagian kepalanya. kecederaan itu kelihatan seperti dilibas gergaji. Talia yang baik hati telah merawat katak tersebut menggunakan pucuk daun dalut. katak raksasa tersebut beransur pulih dan terus menghilang ke dalam hutan.

Talia pulang ke rumah dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada keluarganya. Ibu dan bapa Talia berkata itu hanyalah khayalan anaknya. Namun, selepas beberapa minggu suku keluarga yang lain juga berselisih dengan mahkluk yang sama di denai yang sama. Penduduk kampung menggelar katak raksasa itu sebagai Raksasa Qadqad kerana bunyinya. Suatu hari, Jini adik kepada Talia demam panas dan bapanya Dodo ingin membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dodo bercadang untuk mereka sekeluarga pergi ke bandar dengan menumpang kereta api.

Setibanya mereka di stesen kereta api, mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Dodo menyatakan hasrat untuk menumpang kereta api untuk ke hospital tetapi dia dimarahi oleh lelaki tersebut. Kemudian, pemandu kereta api itu keluar dan telah memberitahu lelaki tersebut bernama Binjah bahawa terdapat serangan katak raksasa di kem balak timur. Seramai tujuh orang mati dan dua puluh orang lagi cedera. Sehari sebelum itu, pembalak telah menimpa sarang katak raksasa dan banyak keluarga haiwan tersebut terperangkap. Mandur balak bertindak untuk menetak semua katak raksasa yang terperangkap. Namun, malang tidak berbau. kembalak tersebut diserang bailk.

Sekumpulan katak raksasa tiba-tiba muncul di stesen kereta api dan menyerang kereta api tersebut. Nijah dan para pekerjanya serta Sidek berlari masuk ke dalam sebuah bangunan. Namun, Talia dan sekeluarga tidak diserang. Binjah memerhati dan melihat Talia mempunyai tanah warna ungun pada tangan, kuku, kaki dan rambutnya.Akhirnya Talia dan keluarganya berjaya menaiki kereta api untuk ke hospital.

Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Dodo dan Jini sudah boleh pulang ke rumah. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah untuk melombong di kawasan sekitar Bukit Ungu. Binjah berbalah dengan Tuk Sibat Tetapi Binjah degil dan membawa bersama pengikut-pengikutnya beserta jentera berat untuk memusnahkan kampung Talia. Penduduk kampung cuba menghalang tetapi tidak boleh sehingga Binjah melepaskan dua das tembakan dan satunya menembusi lengan kiri Dodo.Talia menjerit meminta tolong daripada Raksasa Qadqad. Tiba-tiba sekumpulan raksasa katak menyerang Binjah dan pengikutnya. Akhirnya keadaaan di kampung kembali tenang dan Raksasa Qadqad hilang selepas peristiwa tersebut.

Watak & Perwatakan

1) Talia

  • Watak utama dan seorang budak perempuan  berketurunan orang asli
  • Anak kepada Dodo dan Misa
  • Seorang yang mempunyai sifat belas kasihan apabila merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
  • Menghormati ibu dan bapanya dan menyayangi keluarga dan ahli sukunya

2) Raksasa Qadqad

  • Seekor binatang yang menyerupai katak tetapi lebih besar
  • Terdapat sepasang tanduk di kepalanya dan mempunyai taring
  • Merupakan penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu
  • Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat

3) Dodo

  • Ayah kepada Talia dan Jini serta suami kepada Misa
  • Seorang yang bertanggungjawab ke atas keluarganya kerana bersusah ppayah membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Seorang yang berani kerana mempertahankan keluarga dan kampungnya daripad diancam oleh Binjah dan pengikutnya

4) Binjah

  • Seorang peniaga yang tamak untuk melombong hasil bumi tanpa mengira kesannya
  • Seorang yang tidak bertimbang rasa kerana sanggup membakar rumah orang asli
  • Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi

5) Sidek

  • Bekerja dengan Binjah
  • Seorang yang baik hati kerana membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital
  • Seorang yang prihatin dengan membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah yang mahu memusnahkan kampung orang asli di Bukit Ungu

6) Tuk Sibat

  • Ketua suku kaum orang asli di Bukit Ungu
  • Seorang yang berani kerana mendepani Binjah dan pengikutnya yang menyerang tempat tinggal sukunya
  • Seorang yang bertanggungjawab kerana menentang Binjah yang ingin melombong ke atas kawasan tempat tingggalnya

Binaan Plot

1) Permulaan

Ketika bermain-main di lereng Bukit Ungu, Talia telah terserempak dengan seekor Katak Raksasa. Bhaagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji dan Talia berasa kasihan terhadap keadaan katak tersebut. Dia bertindak untuk memberikan rawatan kepada katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut kembali pulih dan terus menghilangkan diri ke dalam hutan

2) Perkembangan

Jini, adik kepada Talia demam panas dan bapa mereka, Dodo ingin membawa JIni ke hospital. Dodo mencadangkan mereka menumpang kereta api untuk ke bandar. Apabila mereka ingin ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh Binjah dan memarahi Dodo. SIdek, pemandu kereta api memberitahu kepada BInjah bahawa terdapat serangan kumpulan katak raksasa di kem balak timur dan tiba-tiba sekumpulan kataka raksasa muncul dan menyerang stesen kereta api tersebut. Tetapi Binjah hairan melihat katak tersebut tidak menyerang Dodo sekeluarga kerana mereka berkemungkinan mempunyai tanah berwarna ungu di tangan, kuku, kaki dan rambut. Akhirnya keluarga Talia dibenarkan untuk naik ke atas kereta api. Sidek memberitahu kepada Dodo tentang rancangan Binjah untuk melombong di Bukit Ungu dan ingin menyerang kampung mereka.

3) Klimaks

Binjah dan pengikutnya telah membawa jentera berat untuk memusnahkan kampung Talia. Binjah menyuruh orang upahannya untuk membakar sebuah pondok yang berdekatan di situ. Penduduk kampung serta Dodo dan Sidek mencuba untuk halang mereka. Binjah telah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka dan satu daripada menembusi lengan kiri Dodo.

4) Peleraian

Talia meminta pertolongan Raksasa Qadqad. Muncul beratus-ratus ekor raksasa Qadqad daripad ahutan dan menyerang Binjah dan rakan-raknnya. Serangan tersebut telah mengorbankan Binjah dan pengikutnya. Selepas peristiwa tersebut, Raksasa Qadqad terus lenyap dan penduduk kampung orang asli terselamat daripada dimusnahkan tempat tinggal mereka.

Teknik Plot

  1. Imbas kembali
  2. Dialog
  3. Pemerian

Latar

Latar Masa

  1. Waktu siang
  2. Waktu tengah hari
  3. Waktu matahari tergelincir
  4. Tiga hari

Latar Tempat

  1. Bukit Ungu
  2. Rumah Talia
  3. Stesen kereta api
  4. Kawasan Perlombongan
  5. Hospital
  6. Balai polis

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat orang asli
  2. Masyarakat yang menyayangi haiwan
  3. Masyarakat yang mementingkan tanggungjawab
  4. Masyarakat yang tamak dan tidak berperikemanusiaan

Gaya Bahasa

  1. Inversi – lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi
  2. Personafikasi – matarahi mula tergelincir, ditelan hutan belantara
  3. Simile – bagaikan bola bertanduk yang terbang laju, gempal macam disumbat air, bagai butir gula dihurungi semut manusia
  4. Sinkope – Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu, kami ada padi saja
  5. Repitisi – “Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut

Nilai

1) Nilai baik hati – Talia dengan baik hati telah menolong dan merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera pada bahagian kepalanya

2) Nilai tanggungjawab – Dodo bersusah payah menghantar anaknya ke bandar untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya demam

3) Nilai kasih sayang – Dodo dan Misa bersama-sama melindungi anak-anak mereka ketika Raksasa Qadqad datang menyerang kawasan lombong

4) Nilai keberanian – Tuk Sibat berani mempertahankan tempat tingggal sukunya daripada diserang oleh Binjah

5) Nilai tolong-menolong – Sidek memberikan pertolongan kepada keluarga Dodo dengan menumpangkan mereka pulang dari bandar menggunakan kereta api yang dipandunya

Pengajaran

1) Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan haiwan dan juga alam sekitar kerana mereka juga tinggal di dalam ekosistem yang sama dengan kita

2) Kita perlu bertanggungjawab ke atas keluarga kita dari segi kebajikan, keselamatan dan kesihatan mereka

3) Kita digalakkan untuk mengamalkan sikap baik hati dalam kehidupan seharian kerana kebaikan yang diberi akan dibalas dengankebaikan pada masa akan datang

4) Kita seharusnya berushaa untuk memelihara alam sekitar kita kerana ia merupakan habitat yang penting untuk flora dan fauna

5) Kita hendaklah mempertahankan hak dan kepunyaan kita daripada dirampas orang lain yang ingin mengaut keuntungan

Latihan Soalan

Di bawah adalah soalan-soalan berkaitan dengan cerpen di atas untuk latihan semua:

1) Pada pendapat anda, mengapakah Dodo menganggap bahawa cerita Talia mengenai katak raksasa hanya khayalan semata-mata?

  • Saya berpendapat Dodo menganggap cerita Talia hanya khayalan semata-mata kerana mereka tidak pernah terserempak dengan katak raksasa. Lebih-lebih lagi apabila Talia berkata dia merawat seekor daripadanya kerana kecederaan di bahagian kepala.

2) Pada pendapat anda, wajarkah alam sekitar dimusnahkan untuk tujuan pembangunan?

  • Pada pendapat saya, inovasi sains dan teknologi pada hari ini membolehkan kita untuk membuat pembangunan di kawasan sedia ada maka alam sekitar yang tidak dibangunkan boleh dipelihara.

3) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam cerpen ini

  • Antara nilai yang terdapat dalam cerpen ini adalah nilai kasih sayang seperti yang ditunjukkan oleh Dodo apabila dia sanggup menghantar anaknya yang demam panas ke hospital walaupun jauh. Selain itu, nilai berani yang ditunjukkan oleh Tuk Sibat untuk mempertahankan kampungnya daripada diserang.

4) Huraikan perwatakan Talia

  • Talia merupakan seorang yang baik hati apabila membantu merawat seekor katak raksasa yang tercedera di bahagian kepala menggunakan ilmu yang dia ketahui. Selain itu, Talia juga seorang yang mengasihi keluarganya kerana telah meminta bantuan Raksasa Qarqad apabila keluarganya diserang.

5) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen Talia dan Raksasa Qarqad

  • Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen ini adalah persoalan untuk memusnahkan alam sekitar untuk mengaut keuntungan seperti yang ingin dilakukan oleh Binjah terhadap orang asli di Bukit Ungu. Selain itu, persoalan perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan terbukti apabila Talia diselamatkan oleh Raksasa Qarqad semasa Binjah menyerang kampungnya sebagai balasan ke atas perbuatan baik Talia semasa merawat seekor Raksasa Qarqad sebelum ini.

Diharapkan perkongsian berkaitan Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad (Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran) dapat membantu para pelajar untuk membuat rujukan.

Related : perbuatan yang tinggal di kawasan pedalaman, diruntuhkan untuk mendapatkan rawatan anaknya jini, sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan, pemandu kereta api untuk ke bandar, membantu dodo berpendapat bahawa jini perlu, mengawasi bijih yang tinggal di kawasan pedalaman, menurut sidek memberitahu dodo tentang hasrat binjah yang mahu, pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan, melompat lantas mendarat di bahu dodo, anehnya haiwan itu cuma berkelip kelip memandang, mandur kem balak timur yang kacau bilau, bertemu dengan menggunakan pucuk daun dalut, meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi cedera, diruntuhkan untuk memusnahkan perkampungan orang asli, selepas peristiwa itu cuma berkelip kelip memandang, pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli, mahu melombong di bukit ungu, diceritakan oleh talia di denai yang sama heboh diperkatakan, satu daripadanya serangan kumpulan katak raksasa, merawat anak raksasa muncul dari dalam hutan,