Cerpen Menuai Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak & Pengajaran. Nota, contoh soalan serta jawapan karya Salina Ibrahim komsas tingkatan 2

Cerpen Menuai Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak & Pengajaran

cerpen menuai emas nota sinopsis tema persoalan nilai pengajaran

Untuk memastikan pelajar menguasai pendidikan Bahasa Melayu, terdapat beberapa jenis pembelajaran seperti penulisan karangan, tatabahasa dan kompenen sastera. Setiap aspek mata pelajaran ini penting untuk perkembangan pengetahuan pelajar mengikut tahap masing-masing. Sebagai rujukan, berikut dikongsikan nota-nota Cerpen Menuai Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak & Pengajaran beserta contoh soalan & jawapan.

Untuk makluman semua, cerpen ini merupakan hasil karya Salina Ibrahim. Beliau banyak menghasilkan karya yang mempersoalkan dunia remaja di mana dapat memberikan moral yang positif serta bijaksana. Intipati yang terkandung dalam cerpen mampu memberikan nilai dan pengajaran yang baik kepada pelajar. Antara cerpen lain yang ditulis ialah 140 Aksara, Adik Kakak, Anak-anak Kota Batu dan Dahlia Ini Suatu Perjuangan.

Nota Cerpen Menuai Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Binaan Plot, Watak & Pengajaran

Di bawah dikongsikan nota-nota untuk Cerpen Menuai Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak & Pengajaran supaya menjadi rujukan untuk para pelajar sebelum menduduki peperiksaan atau ujian.

Tema

Tema yang diketengahkan dalam novel ini adalah tema kemajuan dalam bidang pertanian iaitu penanaman padi. Bidang penanaman padi sering diperkecilkan malah diperlekeh oleh masyarakat sebagai suatu aktiviti yang tidak mendatangkan keuntungan. Dengan ilmu dan sikap positif yang dimiliki oleh Alif dan keluarganya, kemajuan dalam bidang penanaman padi tersebut dapat dicapai

Persoalan

1) Persoalan menjual tanah sawah untuk projek perumahan

  • Bang Man dan beberapa pemilik tanah sawah berhasrat untuk menjual tanah mereka kepada syarikat perumahan

2) Persoalan kejayaan akan terhasil dengan ilmu, kegigihan serta kesabaran

  • Alif yang bersabar dan bekerja kuat dalam mengusahakan tanaman padi akhirnya berjaya menikmati hasil yang baik

3) Persoalan lulusan universiti yang tidak bekerja makan gaji sahaja

  • Alif membuktikan bahawa walaupun di mempunyai kelulusan dalam bidnag ekonomi di universiti, dia juga mampu untuk bekerja sendiri sebagais eorang petani moden

4) Persoalan seseorang yang mempertahankan tanah miliknya

  • Alif mempunyai pendirian dan wawasan yang tinggi untuk mempertahankan tanah sawah miliknya.

5) Persoalan golongan muda yang tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi

  • Bangman dan pemilik tanah sawah yang lain beranggapan tiada orang berminat untuk mengusahakan penanaman padi dan ingin menjual tanah mereka

6) Persoalan bidang pertanian seperti penanaman padi yang perlu diusahakan dengan betul untuk mendapatkan keuntungan

  • Pegawai pertanian menasihati Alif untuk tidak memandang rendah kepada bidang pertanian kerana jika diuruskan dengan betul akan memberikan pulangan yang lumayan.

Sinopsis

Cerpen ini bermula apabila seorang pemuda, Alif terkenang akan perbualan antara dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata warna kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak laam lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya kerna didikan untuk bersyukur, sabar dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal Tuk Ketua. Beliau bertanya kepada Alif tentang waktu jentera tuai padi akan datang? Alif menjawab jentera tersebut akan tiba pada hari esok dan kerja menuai akan bermula esok.

Alif menyusuri permatang sawahnya dan teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Abang Man dan beberapa pemilik tanah sawah yang lain datang ke rumahnya dan berharap Alif melepaskan tapak sawah milikny untuk menjalankan projek perumahan. Alif tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sehingga menyebabkan kemarahan Abang Man dan yang lain-lain. Abang Man meminta Mak Wan, emak kepada Alif untuk menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya ke syarikat perumahan. Dia juga dengan sinis mengherdik Alif tentang kenapa lulusan universiti sepertinya ingin membuat kerja kampung. Malah menuduh Alif tidak lulus peperiksaan sehingga gagal mendapatkan kerja makan gaji.

Emak Alif bersuara dan menyuruh mereka pulang dahulu. Dia akan berbincang dengan anak-anaknya. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan lepaskan dua petak sawah tersebut jika itu kemahuan emaknya. Namun, Mak Wan menegaskan supaya Alif tidak melepaskan petak tersebut. Alif terus bertekad untuk mempertahankan petak sawah milik keluarganya dan ingin mengerjakan tanaman padi. Dia berfikir bahawa kebanyakan pemilik petak sawah hendak menjual tanah milik mereka kerana mereka sudah tiada tenaga pekerja untuk menguruskan tanaman sawah kerana anak-anak mereka kebanyakannya bekerja di bandar.

Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. dua petak sawahnya bersebelahan dan jika dia tidak lepaskan petak sawah tersebut pasti Abang Man akan mempunyai masalah. Oleh sebab itu Abang Man marah kepada Alif. Lamunan ALif terhenti dan menarik nafas lega apabila melihat padinya menguning. Dia teringat perbualannya dengan seorang pegawai pertanian untuk tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Kata-kata motivasi ini terpahat dalam hati Alif dan berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi.

Alif menyusuri sawah padi bersama-sama Tuk Ketua. Segala pengorbanannya membuahkan hasil walaupun pernah diserang oleh Abang Man dan beberapa orang kampung yang lain. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan tersebut dibatalkan dan Alif ketika itu mengatakan bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan dan jika doa itu salah, dia menyuruh Abang Man untuk membuat laporan polis. Abang Man terkedu dan Alif juga telah meminta izin kepada semua tuan tanah untuk dia menjadikan petak-petak sawah yang ada sebagai estet padi. Projek estet padi seluas 58.609 hektar yang melibatkan 15 orang pemilik tanah kini membuahkan hasil. Alif bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.

Watak Perwatakan

1) Alif

  • Anak kepada Mak Wan
  • Seorang lepasan universiti berkelulusan dalam bidang ekonomi
  • Memilih untuk menjadi seorang petani berbanding bekerja makan gaji
  • Seorang yang gigih dan mempunyai wawasan yang tinggi
  • Seorang yang yakin dengan kebolehan diri serta berani menghadapi cabaran
  • Menghormati dan menyayangi ibu serta bapanya

2) Mak Wan

  • Merupakan ibu kepada Alif
  • Seorang yang tegas dan mempunyai pendirian yang teguh
  • Menyokong usaha anaknya dalam mempertahankan tanak sawah milik mereka

3) Tuk Ketua

  • Ketua kampung di tempat tinggal Alif
  • Seorang yang tenang dan berhemah tinggi apabila menghadapi masalah
  • Menyokong usaha Alif yang ingin mengusahakan tanah sawah

4) Abang Man

  • Penduduk kampung yang sama dengan Alif dan Tuk Ketua
  • Tisak senang dengan Alif kerana menghalang projek perumahan yang ingin dilakukannya di atas tanah sawah
  • Mempunyai sifat panas baran dan sukar untuk dibawa berbincang
  • Seorang yang tidak berhemah dan tidak berfikiran jauh

Binaan Plot

1) Permulaan

Pada suatu pagi, Alif yang sedang melawat sawah padinya terkenang kata-kata abah, jika kita berbudi kepada tanah, kita akan menuai emas kerana padi yang masak itu kuning seperti emas. Kemudian dia terkenang kata-kata ibunya untuk sentiasa bersyukur, sabar dan reda. Tuk Ketua menyapa Alif, dan bertanya tentang waktu jentera tuai padi akan sampai. Alif memberitahu Tuk Ketua bahawa kerja menuai padi akan dimulakan esok.

2) Perkembangan

Setahun sebelum itu, Alif bergaduh dengan Bang Man di rumahnya. Hal ini kerana Bang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah ingin menjual tanah mereka untuk dijadikan tapak projek perumahan. Alif yang eggan untuk melepaskan dua petak sawah miliknya sedangkan pemilik tanah sawah yang lain telah bersetuju untuk melepaskan tanah mereka kepada syarikat perumahan.

Bang Man meminta Mak Wan suapaya menasihati anaknya untuk bersetuju menjual tanah milik mereka serta menyindir Alif yang memilih untuk bekerja di kampung sedangkan dia berkelulusan universiti. Dia turut menuduh Alif tidak lulus peperiksaan. Mak Wan dan Tuk Ketua yang terkejut dengan kenyataan itu menyuruh mereka yang berkumpul dirumah Alif untuk pulang. Mak Wan berkata dia akan berbincang dengan anak-anaknya. Alif pula ketika itu teringat perbualannya dengan pegawai pertanian untuk tidak memandang ringan terhadap bidang pertanian.

3) Klimaks

Susulan peristiwa tersebut, Bang Man dan beberapa orang kampung menyerang rumah Alif. Mereka menyalahkan Alif atas kegagalan projek perumahan tersebut untuk mendapat kelulusan. Alif hanya berdoa kepada Tuhan untuk membatalkan projek tersebut. Jika doa itu salah, Alif meminta Bang man untuk membuat laporan polis. Kenyataan itu membuatkan Bang Man tergamam. ALif kemudian meminta restu daripad asemua tuan tanah untuk menjadikan petak-petak sawah mereka sebagai estet padi

4) Peleraian

Alif yang mengusahakan projek estet padi seluas 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini telah menampakkan hasil. Seluruh kawasan sawah itu sedang menguning dan Alif tidak sabar untuk menuai emas tersebut pada hari esok.

Teknik Plot 

  1. Dialog : “Kalau emak mahu saya lepaskan dua petak tu, saya akan lepaskan.”
  2. Imbas Kembali : Alif teringat akan perkara yang pernah berlaku setahun yang lalu. Dia cuba memutar pita ingatan semula.
  3. Pemerian : Alif tersentak ketika gegendangnya ditujah bunyi hon singkat tetapi keras. Sebuah motosikal hampir melanggarnya.
  4. Monolog : Alif berterima kasih kepada emak kerana mendidiknya dengan nilai kesabaran, kesyukuran dan reda dengan ketentuan Allah

Latar

Latar Masa

  • Setahun lalu – Bang Man dna pemilik tanah sawah yang lain datang ke rumah Mak Wan
  • Awal pagi – Alif menyusuri permatang sawah sebelum disapa oleh Tuk Ketua

Latar Tempat

  • Petak-petak sawah di Seberang Perak – Alif berkunjung ke kawasan ini untuk mengumpul pengalaman dan maklumat demi memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya
  • Petak bendang – Alif disapa oleh Tuk Ketua ketika dia sedang menyusuri permatang sawah
  • Anjung rumah Mak Wan – Beberapa orang pemilik tanah membuat perbincangan

Latar Masyarakat

  • Masyarakat yang berazam tinggi. Alif seorang yang berazam tinggi untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya walaupun masih muda
  • Masyarakat petani. Alif dan penduduk kampungnya menjalankan kerja penanaman padi
  • Masyarakat yang optimis. Mak Wan sentiasa mendidik dan mengingatkan anaknya, Alif untuk bersabar, syukur dan reda dalam kehidupan
  • Masyarakat yang berhemah tinggi. Tuk Ketua yang merupakan ketua kampung menyokong usaha untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampung itu
  • Masyarakat yang agresif. Bang Man bercakap kasar terhadap Alif kerana enggan melepaskan tapak sawahnya untuk projek perumahan

Gaya Bahasa

  1. Diksi : kilogram, sehektar, krisis
  2. Bahasa Arab : alhamdulillah, Allah
  3. Simile : kuningnya seperti emas, bagaikan disua bahan api, hati yang terasa seperti mahu luruh
  4. Metafora : pita ingatan, ufuk batin, mata layu
  5. Peribahasa : bendera putih, tersenyum-senyum kambing
  6. Personafikasi : petak-petak yang telah menyajikan uji semangat leluhurnya, salam dingin yang mencengkam, dia merasai
  7. Sinkope : Dia seorang saja yang tak beri kata putus, Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah

Nilai

1) Nilai keyakinan : Alif yakin dengan kebolehan dirinya untuk menjadi seorang petani moden dan mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya

2) Nilai kegigihan : Alif gigih mencari pengalaman dan mengumpul maklumat untuk memajukan estet padi yang diusahakan di kampungnya

3) Nilai keberanian : Alif berani untuk mempertahankan tanah dan hak miliknya keluarganya

4) Nilai kepimpinan : Tuk Ketua bijak untuk mengurus kerenah penduduk kampungnya dan menyokong usaha memajukan kampung tersebut

5) Nilai baik hati : Pegawai Pertanian yang berjumpa dengan Alif berkongsi maklumat sebaik mungkin untuk membantu usaha Alif dan memberikan kata-kata semangat

6) Nilai berdirkari : Walaupun Alif seorang graduan universiti, dia mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dan tidak makan gaji

Pengajaran

1) Kita digalakkan untuk mencari ilmu pengetahuan dan menguasainya agar setiap yang kita kerjakan memberikan hasil yang terbaik

2) Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri sendiri kerana diri kita sendiri adalah penghalang kepada kejayaan

3) Kita disarankan untuk sentiasa berhemah dan memberi kerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah demi memperoleh manfaat bersama

4) Kita hendaklah berkongsi pengalaman dan maklumat serta memberikan semangat kepada mereka yang berhasrat untuk memajukan diri dalam sesuatu bidang

5) Kita mestilah bersifat adil dan tegas dalam menjadi seorang pemimpin supaya kepimpinan yang diamanahkan dapat dilaksana dengan baik.

6) Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan untuk berjaya

Koleksi Soalan Cerpen Menuai Emas

Berikut adalah soalan-soalan berkaitan cerpen di atas untuk panduan semua :

1) Nyatakan dua perwatakan Alif berdasarkan cerpen di atas

Berdasarkan cerpen ini, Alif merupakan seorang watak yang berani kerana mempertahankan tanah milik keluarganya dan memilih untuk bekerja sebagai petani berbanding bekerja di pejabat. Selain itu, Alif seorang yang menghormati ibu dan bapanya kerana mendengar nasihat dan pendapat mereka berdua.

2) Huraikan konflik yang dihadapi oleh penduduk kampung di dalam Cerpen.

Konflik yang berlaku antara penduduk kampung di dalam Cerpen ini adalah apabila beberapa pemilik tanah sawah bercadang untuk menjual tanah mereka ata tujuan membangunkan projek perumahan. Tetapi, Alif seorang anak muda enggan untuk melepaskan petak sawah miliknya.

3) Kongsikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menarik minat golongan muda supaya melibatkan diri dalam sektor pertanian?

Pada pendapat saya, langkah untuk menarik minat golongan muda supaya melibatkan diri dalam sektor pertanian adalah dengan menyediakan bimbingan oleh pihak berkaitan. Selain itu, kerajaan boleh memudahkan proses pinjaman untuk permulaan bagi golongan muda yang tidak mempunyai modal. Akhir sekali, langkah yang boleh dilaksanakan adalah melalui kempen kesedaran di setiap media arus perdana dan sosial.

4) Huraikan persoalan yang terdapat dalam Cerpen Menuai Emas

Berdasarkan cerpen Menuai Emas, antara persoalan yang terkandung dalam karya tersebut adalah persoalan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan. Persoalan ini timbul apabila kebanyakan pemilik tanah sawah ingin menjual tanah mereka untuk mendapatkan keuntungan dan tiada yang ingin mengusahakan sawah. Selain itu, persoalan lulusan universiti tidak semestinya makan gaji kerana Alif membuktikan bahawa dia mampu bekerja sendiri dan memberikan sumbangan kepada ekonomi kampungnya.

5) Apakah pengajaran yang yang dapat diperoleh daripada cerpen Menuai Emas?

Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh daripada cerpen Menuai Emas, antaranya adalah kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri sendiri. Sebagai contoh, Alif yang merupakan graduan universiti tetapi yakin untuk mengusahakan tanaman padi di kampungnya dan berjaya membuahkan hasil. Selain itu, kita hendaklah mempunyai hemah yang tinggi dalam kehidupan dan tidak menyelesaikan masalah dengan ugutan, kekerasan atau kata-kata kesat. Misalnya, Abang Man yang mengherdik dan mengugut Alif yang enggan melepaskan tanah sawahnya untuk projek perumahan.

6) Apakah teknik plot yang digunakan dalam cerpen Menuai Emas?

Antara teknik plot yang digunakan dalam cerpen Menuai Emas, teknik pemerian. Cntohnya, Alif berazam untuk mengisi kemajuan negara dengan caranya sendiri iaitu memajukan bidang pertanian. Selain itu, teknik imbas kembali juga digunakan iaitu Alif teringat akan kata-kata ayahnya tentang balasan baik jika berbudi kepada tanah. Akhir sekali, teknik yang digunakan dalam cerpen ini adalah teknik monolog apabila Alif berterima kasih kepada emak kerana mendidiknya dengan nilai kesabaran, kesyukuran dan reda denagn ketentuan Allah.

Semoga perkongsian nota Cerpen Menuai Emas : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak & Pengajaran membantu para pelajar.

Related : mendidiknya tentang makna syukur sabar dan reda, projek estet padi mini, lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji, persoalan yang terdapat dalam cerpen, penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan, berkelulusan universiti dalam bidang ekonomi, wajah abang man dan beberapa orang pemilik tanah sawah, menasihati alif meminta abang man membuat laporan, dua petak sawah untuk dijadikan projek perumahan, berazam untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya, persoalan yang terdapat dalam bidang pertanian iaitu penanaman padi,