Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah : Perbezaan & Contoh Ayat. Kata daripada percakapan seseorang yang disalin atau ditiru semula secara bulat-bulat.

Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah : Perbezaan & Contoh Ayat

Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah Perbezaan Contoh Ayat

Setiap tahun, para pelajar akan didedahkan kepada tahap pengajaran yang lebih tinggi daripada sebelum ini. Misalnya dalam pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar akan mempelajari tatabahasa yang lebih kompleks berbanding sebelum ini. Oleh itu, pastikan anda memberikan perhatian apabila guru mengajar di dalam kelas dan mengulang kaji pelajaran tersebut supaya difahami dan diingati. Berikut dikongsikan nota berkenaan Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah : Perbezaan & Contoh Ayat.

Kepelbagaian dan keunikan sesuatu bahasa merupakan satu elemen yang membezakan setiap bahasa pertuturan dan penulisan di dunia. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda kebanyakan ahli masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai tatabahasa dan hanya disedari apabila dipelajari di sekolah. Justeru, pemahaman terhadap bahasa kebangsaaan ini membantu memelihara kedaulatannya dan menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Ayat Cakap Ajuk Dan Ayat Cakap Pindah

Rujuk perkongsian berkenaan Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah : Perbezaan & Contoh Ayat di bawah. Anda juga boleh membuat latihan soalan yang diberikan untuk menguji tahap pemahaman terhadap topik yang dipelajari.

Maksud Cakap Ajuk

Ianya ialah ayat yang ditulis seperti suatu ujaran dibuat dan ditulis dengan tanda pengikat kata atau tanda petik (“…..”)

Tiada sebarang pindaan yang dilakukan.

Maksud Cakap Pindah

Cakap pindah ialah ayat yang ditulis semula dengan mengekalkan maksudnya tetapi mengubah bentuknya dan ditulis tanpa pengikat kata.

Cakap ajuk dan cakap pindah boleh ditukar antara satu sama lain. Perubahan perkataan adalah seperi berikut:

PERUBAHAN PERKATAAN
Cakap AjukCakap Pindah
saya, aku, hambadia, ia, nya, beliau
betabaginda
kami, kitamereka
anda, awak, kamu, engkausaya, dia, nya
diadia
beliaubeliau
merekamereka
iniitu
ituitu
sinisitu, sana, tempat itu
beginibegitu
demikian inidemikian itu
sekarangmasa itu, ketika itu
malam tadimalam semalamnya
semalamsemalannya
hari inihari itu
esokesoknya, keesokan harinya, hari itu

Perbezaan & Contoh Ayat

Contoh ayat yang diberikan di bawah adalah contoh ayat cakap ajuk dan diikuti dengan cakap pindah bagi ayat yang sama:

  • “Cuci tangan kamu” kata Cikgu Ahmad kepada Fauziah
    Cikgu Ahmad menyuruh Fauziah mencuci tangannya

 

  • “Jemputlah datang ke pejabat saya petang ini, Encik Sundra,” kata Encik Kassim
    Encik Sundra menjemput Encik Kassim ke pejabatnya pada petang nanti

 

  • “Mengapa kamu tidak hadir semalam, Hakim?” tanya cikgu Halim
    Cikgu Halim bertanya kepada Hakim sebab dia tidak hadir semalam

 

  • Kata nenek kepada Siti, ” Begini cara membuat kuih Bahalu.”
    Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu

 

  • “Berikan minuman ini kepada Hassan,” kata Faizal
    Faizal menyuruh agar minuman itu diberikan kepada Hassan

Langkah Menukarkan Ayat

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah untuk menukar ayat cakap ajuk kepada ayat pindah dan ayat cakap pindah kepada ayat ajuk.

A) Ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah

  1. Jangan ubah makna asalnya
  2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan
  3. Lakukan perubahan perkataan (rujuk di atas)
  4. Jangan gunakan “kata tanya”. Tukar pada fungsinya
  5. Tukar penggunaan “kata” atau “tanya” dalam ayat asal

B) Ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk

  1. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan
  2. Menggunakan dialog seperti wawancara
  3. Tukar semula kepada bentuk asal seperti di atas
  4. Jaga penggunaan tanda baca, tanda kata, tanda seru dan lain-lain

Latihan

1) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah.

Abu : Wah sedap betul mee ini, apa namanya?
Ali : Mee Pedas
Abu : Iyalah, mee ini memang pedas, tapi apa namanya?
Ali : Mee pedas. Si Dolah tu kata namanya Mee Pedas
Abu : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mee Pedaslah?
Ali : Iyalah. kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia

2) Tulis semula ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah.

Syakirah : Fatimah, mengapa Fatimah tidak datang ke sekolah semalam?
Fatimah : Fatimah minta maaflah, semalam saya ada hal di rumah.
Syakirah : Apa halnya? Ceritalah kepada saya. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Fatimah : Sebenarnya ibu Fatimah sakit.

3) Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk dengan mengekalkan susunan isi dalam petikan di bawah

Mak Kiah bertanya arah tujuan suaminya yang kelihatan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Samad mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli jawatankuasa rukun tetangga kampung. Mak Kiah memberitahu suaminya untuk makan nasi terlebih dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana takut dia akan lapar nanti. Pak Samad berkata dia hendak menyelesaikan urusan Majlis Maulidur Rasul yang akan diadakan pada malam ini.

4) Tukar petikan di bawah kepada ayat cakap ajuk dengan mengekalkan susunan isi ayat di dalam petikan

Kamarul bertanya kepada Redwan tentang keputusannya hendak berpindah ke bandar. Redwan menyatakan bahawa dia sudah nekad dengan keputusan tersebut dan tidak mahu kamarul memujuknya lagi. Kamarul berkata masih ada peluang untuk Redwan merealisasikan impiannya di kampung itu tetapi Redwan sudah bosan dengan kehidupan di kampung dan ingin bekerja makan gaji di bandar.

Semoga perkongsian berkenaan Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah : Perbezaan & Contoh Ayat membantu anda memahaminya dengan lebih baik.

Related : tanda penutup kata, perbualan seseorang yang telah ditulis, pindah tidak menggunakan tanda, menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah, cakap ajuk ialah percakapan, tanda pembuka kata keterangan, percakapan seseorang yang ditulis, cakap pindah tidak menggunakan, penutup kata ganti nama, mengubah maksud asalnya, bentuk ayat, contoh ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah, menukarkan kata ganti nama tempat,