Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Download Dalam PDF). Muat turun buku teks digital mata pelajaran sejarah form 4 (empat).

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Download Dalam PDF)

Buku Teks Sejarah Tingkatan

Pelajar di peringkat sekolah menengah kini mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Oleh itu, kandungan setiap mata pelajaran telah diperbaharui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan menepati piawai KSSM. Bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan buku teks digital, berikut dikongsikan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM sebagai rujukan.

Tema besar yang merangkumi 10 bab bagi pelajar Tingkatan 4 KSSM adalah Pembinaan Negara Bangsa. Seterusnya tema tersebut terbahagi kepada tida tajuk utama iaitu Nasionalisme di Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua, Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air dan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pelajar diharap dapat menghayati sejarah secara empati dan menjadi lebih patriotik dan kritis berdasarkan tema dan tajuk yang telah dirangkumkan.

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Digital – Dalam PDF)

Anda boleh memuat turun Buku Teks Digital Form 4 KSSM mengikut bab seperti pautan yang disediakan di bawah. Pelajar dan guru juga boleh merujuk info di bawah untuk membuat rujukan atau mengulangkaji pelajaran.

Muat Turun Buku Teks Digital Sejarah

Turut dikongsikan tajuk-tajuk kecil mengikut bab untuk rujukan pelajar berdasarkan buku teks mata pelajaran ini.

Bab 1 : Warisan Negara Bangsa

Kerajaan Alam Melayu mempunyai ciri-ciri pembentukan negara bangsa sebelum kedatangan Barat. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Funan dan Champa diwarisi oleh kerajaan Srivijaya, kemudiannya Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau. Ciri-ciri negara bangsa ini meliputi raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat.

Kesultanan Melayu Melaka meneruskan warisan ini dengan mengungguli sistem pentadbiran dan perundangan sebelum kedatangan Barat. Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka meliputi kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran. Di samping itu, hubungan pemerintah dengan rakyat yang wujud secara timbal balik kekal sebagai warisan bemilai sehingga kini.

  • Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
  • Ciri-ciri Negara Bangsa Kesulanan Melayu Melaka
  • Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-Undang
  • Peranan Pemerintah dan Rakyat

Bab 2 : Kebangkitan Nasionalisme

Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme diAsia dan Asia Tenggara termasuklah di negara kita. Gerakan nasionalisme berkembang seiring dengan cara. matlamat dan ketokohan pemimpin nasionalis. Perkembangan nasionalisme di negara kita tercetus daripada pelbagai faktor yang seterusnya memberikan kesan kepada usaha membina tamadun bangsa dan negara.

  • Maksud Nasionalisme
  • Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
  • Perkembangan Nasionalisme di Asia
  • Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
  • Latar Belakang Kemunculan Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
  • Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme di Negara Kita
  • Perkembangan Nasionalisme
  • Kesan Perkembangan Nasionalisme

Bab 3 : Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Perang dunia bermula di Eropah, kemudiannya merebak keAsia pasifik. pemerintahan tentera Jepun di negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam kalangan rakyat.

  • Nasionalisme Di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
  • Latar Belakang Perang Dunia
  • Perkembangan Perang Dunia Kedua
  • Perkembangan Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
  • Faktor Kedatangan Jepun Ke Negara Kita
  • Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
  • Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
  • Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
  • Keadaan Negara Selapas Kekalahan Jepun

Bab 4 : Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita

British Military Adrninistration (BMA) arau Penradbiran Tenrera British diisytiharkan di negara kita selepas tamatnva Perang Dunia Kedua. Selepas itu. British melaksanakan pentaclbiran Malayan Union di Tanah Melayu. Pelaksanaan Malayan Union )ang trencetuskan bantahan besar-besaran daripada penduduk tempatan rnenyebabkan British rnenggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Di Sarawak, Charles Vyner Brooke (V.vner Brooke) berlindak rlenyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.

Tindakan beliau mencetuskan reaksi rnenyokong dan menentang daripada penduduk tempatan. Majoriti penduduk Sarawak rrenentang penyerahan Sarawak kepada British. Keadaan di Sabah berbeza kerana British berjaya rnengambil alih Sabah daripada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) tanpa sebarang penentangan.

  • British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British
  • Gagasan Malayan Union
  • Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union
  • Penyerahan Sarawak oleh Brooke kepada British
  • Penentangan Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak
  • Penyerahan Sabah Kepada British
  • Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sabah Kepada British

Bab 5 : Persekutuan Tanah Melayu 

Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan oleh British untuk menggantikan Malayan Union. Pelbagai faktor yang mendorong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berbeza daripada Malayan Union diterima oleh penduduk tempatan. Pembentukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggambarkan toleransi penduduk negara ini menuntut kemerdekaan.

  • Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Bab 6 : Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat

Bab ini menceritakan tentang perkembangan pengaruh komunis di negara kita sebelum berlakunya Perang Dunai Kedua. Pelbagai tindakan untuk melumpuhkan ekonomi dan menggugat kestabilan politik dilakukan oleh komunis. Matlamat mereka adalah untuk merampas kuasa daripada British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis. Namun, British berjaya menawan hati dan fikiran rakyat tempatan untuk bersama melawan ancaman komunis. Pada zaman darurat, pelbagai kesan berlaku pada politik, ekonomi dan sosial negara.

  • Latar Belakang Pengaruh Komunis Di Negara Kita
  • Ancaman Komunis Di Negara Kita
  • Usaha Menangani Ancaman Komunis
  • Kesan Zaman Darurat Terhadap Negara Kita

Bab 7 : Usaha ke Arah Kemerdekaan

Selepas Perang Dunia Kedua, kesedaran politik mencetuskan aspirasi rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Idea negara merdeka dicetuskan oleh pelbagai golongan untuk membentuk negara berdaulat. Usaha mencapai kemerdekaan dilakukan bagi memenuhi gesaan British supaya perpaduan rakyat berbilang kaum dapat diwujudkan sebagai prasyarat untuk merdeka Maka, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC), pembentukan Sistem Ahli dan sistem pendidikan kebangsaan serta kerjasama parti politik dilakukan untuk mencapai kemerdekaan.

  • Latar Belakang Idea Negara Merdeka
  • Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
  • Pembentukan Sistem Ahli
  • Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan
  • Penubuhan Parti Politik

Bab 8 : Pilihan Raya

Pelajar dikehendaki memahami kronologi proses pilihan raya di negara kita. Meneroka bukti kesanggupan penduduk di negara kita untuk berkongsi kuasa dan bertolak ansur dalam pilihan raya. membuat interpretasi kepentingan penubuhan Majlis Mensyuarat Persekutuan dan membuat rasionalisasi peranan kabinet pertama dalam membentuk perpaduan negara

  • Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
  • Proses Pilihan Raya Umum Pertama
  • Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
  • Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Kesungguhan rakyat, para pemimpin dan Raja-raja Melayu dalam usaha menuntut kemerdekaan telah membawa misi kemerdekaan ke London. Misi rombongan ini berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu.

Berikutan persetujuan ini dan setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, maka Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan tanah melayu dibentuk akhirnya menghasilkan Perlembagaan Persekutuan tanah melayu 1957. Sementara itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani bagi membentuk sebuah negara yang merdeka. Perjanjian tersebut mengandungi nilai toleransi dan pengorbanan serta permuafakatan rakyat demi kestabilan dan kemakmuran negara.

  • Usaha Rundingan Kemerdekaan
  • Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Bab 10 : Pemasyhuran Kemerdekaan

Merdeka yang ditakrifkan sebagai kebebasan dan usaha mendaulatkan nuda dan bangsa telah diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Tarikh 31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah bagi negara kita. Bagi memastikan detik ini dingati, pelbagai persediaan telah dibuat. Generasi kini perlu menghayati pengorbanan, mempertahankan perpaduan dan nilai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi supaya negara kekal berdaulat.

  • Pengertian Kemerdekaan
  • Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
  • Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
  • Kesan Kemerdekaan Terhadap Negara Kita
  • Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

Diharapkan perkongsian Buku Teks Digital di atas dapat membantu pelajar untuk merujuk sebelum menghadapi peperiksaan atau ulangkaji pelajaran.

Related : pengenalan buku, penting untuk,