Buku Teks Sains Tingkatan 5 KSSM (Muat Turun Digital/ PDF). Download BAB 1 hingga BAB 9 yang telah disusun dan dirancang secara sistematik.

Buku Teks Sains Tingkatan 5 KSSM (Muat Turun Digital/ PDF)

Buku Teks Digital Sains Tingkatan KSSM muat turun pdf

Perhatian kepada pelajar Tingkatan Lima (5) yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah anda mencari salinan digital buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Sains untuk membuat rujukan atau ulangkaji?. Sekiranya ya, berikut dikongsikan Buku Teks Sains Tingkatan 5 KSSM (Digital/ PDF) untuk para pelajar dan juga guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggubal buku teks ini berdasarkan pendekatan holistik bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan murid yang bijak, kreatif, inovatif dan mempunyai nilai-nilai murni. Selain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik juga didedahkan melalui aktiviti dan projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi.

Muat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 5 KSSM (Digital/ PDF)

Untuk makluman semua, terdapat empat tema yang diketengahkan dalam buku teks ini iaitu Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup, Penerokaan Unsur dalam Alam, Tenaga dan Kelestarian Hidup, Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas. Daripada empat tema tersebut dibahagikan kepada sembilan bab yang akan dipeajari oleh murid-murid.

Matapelajaran Sains Tingkatan 5 KSSM Mengikut Bab

Anda boleh merujuk perkongsian di atas dan memuat turun pada pautan yang disediakan mengikut bab. Turut dikongsikan adalah tajuk-tajuk kecil pembelajaran setiap bab.

Bab 1 : Mikroorganisma

  1. Dunia Mikroorganisma
  2. Mikroorganisma berfaedah
  3. Pencegah dan rawatan penyakit yang disebabkan oleh Mikroorganisma

Bab 2 : Nutrisi dan Teknologi Makanan

  1. Gizi Seimbang dan Nilai Kalori
  2. keperluan Nutrien oleh Tumbuhan
  3. Kitar Nitrogen
  4. Teknologi Pengeluaran Makanan
  5. Teknologi Pemprosesan Makanan
  6. Makanan Kesihatan dan Supleman Kesihatan

Bab 3 : Kelestarian Alam Sekitar

  1. Kitaran Hayat Produk
  2. Pencemaran Alam Sekitar
  3. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Bab 4 : Kadar Tindak Balas

  1. Pengenalan Kadar Tindak Balas
  2. Faktor yang mempengaruhi Kadar Tindak Balas
  3. Aplikasi Konsep Kadar Tindak Balas

Bab 5 : Sebatian Karbon

  1. Pengenalan Sebatian Karbon
  2. Hidrokarbon
  3. Alkohol
  4. Lemak
  5. Minyak Sawit

Bab 6 : Elektrokimia

  • Sel Elektrolitik
  • Sel Kimia

Bab 7 : Cahaya dan Optik

  • Pembentukan Imej oleh Kanta
  • Peralatan Optik

Bab 8 : Daya dan Tekanan

  • Tekanan dalam Bendalir

Bab 9 : Teknologi Angkasa Lepas

Muat Turun Buku Teks Digital Sains Tingkatan 5

Untuk memuat turun Buku Teks Sains Tingkatan 5 KSSM (Digital/ PDF) yang lengkap, klik pada pauan berikut:

Peraturan Makmal dan Langkah Keselamatan

Dalam Buku Teks ini terdapat beberapa eksperimen yang perlu dijalankan di dalam makmal. Oleh itu, semua murid perlu mematuhi peraturan dan langkah keselamatan di dalam makmal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Sebelum masuk ke dalam makmal

1. Dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.
2. Jangan bawa beg atau barang lain ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.

Semasa di dalam makmal

1. Buka semua tingkap dan pintu.
2. Dilarang berlari atau bermain.
3. Dilarang makan atau minum
4. Dilarang menjalankan sebarang eksperimen atau prosedur tanpa kebenaran guru.
5. Ikut semua prosedur dalam eksperimen dengan bimbingan guru.
6. Ambil langkah keselamatan seperti membaca arahan dan simbol amaran pada label botol reagen sebelum menggunakan bahan kimia di dalamnya.
7. Ambil langkah mencegah kebakaran seperti menjauhkan diri, buku, baju, rambut dan bahan-bahan lain yang mudah terbakar daripada api.

Kecemasan

1. Ambil tahu kedudukan dan kaedah penggunaan alat pemadam kebakaran dan peti kecemasan.
2. Jika mata terkena bahan kimia, bilas mata serta-merta dengan menggunakan air yang mengalir.
3. Jika kulit atau baju anda terkena tumpahan bahan kimia, bilas dengan menggunakan air yang banyak dengan segera.
4. Jika tertelan bahan kimia, keluarkan bahan tersebut daripada mulut dan berkumur dengan air yang banyak. Laporkannya kepada guru dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan.
5. Jika baju terkena api, jangan cemas, cuba gulingkan badan di atas lantai atau letakkan selimut kebakaran di atas badan untuk memadamkan api.
6. Laporkan semua kemalangan kepada guru dengan segera.

Sebelum keluar dari makmal

1. Tutup atau padam semua bekalan air, gas dan elektrik.
2. Bersih dan kemas semua radas yang telah digunakan.
3. Kembalikan radas dan bahan kimia ke tempat asalnya.
4. Lupuskan bahan sisa eksperimen mengikut kategori.
5. Basuh tangan anda.

Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan atau pentaksiran.