Buku Teks Matematik Tingkatan 4 KSSM (Dalam PDF). Download muat turun mathematic digital text book form 4 (empat)

Buku Teks Matematik Tingkatan 4 KSSM (Dalam PDF)

Buku Teks Matematik Tingkatan KSSM

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 4 yang ingin membuat ulangkaji pelajaran dan merujuk kepada buku anda. Terdapat 10 bab yang telah disusun dan dirancang secara sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk matapelajaran Matematik Tingkatan 4 Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut dikongsikan Buku Teks Matematik Tingkatan 4 KSSM untuk rujukan semua.

Pada permulaan bab mata pelajaran ini, pelajar akan diperkenalkan kepada bahan ransangan yang berkaitan dengan kehidupan harian untuk meransang pemikiran pelajar tentang konsep sesuatu topik. Di samping itu, standard kandungan dan daftar kata turut disertakan untuk memberikan gambaran ringkas tentang kandungan bab.

Download Buku Teks Matematik Tingkatan 4 KSSM

Di bawah dikongsikan senarai bab yang perlu dipelajari oleh pelajar dan pautan untuk memuat turun buku ini buat rujukan.

Jaringan Kata

Sebelum membut rujukan, berikut dikongsikan senarai perkataan yang digunakan dalam subjek tertentu serta perkataan yang sama maksud dalam Bahasa Inggeris sebagai panduan:

  1. fungsi kuadratik = quadratic function
  2. paksi simetri = axis of symmetry
  3. pemboleh ubah = variable
  4. punca = root
  5. asas nombor = number base
  6. akas = converse
  7. hujah = argument
  8. sonsangan = inverse
  9. penafian = negation
  10. pernyataan majmuk = compound statement
  11. pengkuantiti = quantifier
  12. kesatuan = union
  13. persilangan = intersection
  14. pelengkap = complement
  15. unsur = element
  16. tatatanda set = set notation
  17. bucu = vertex
  18. gelung = loop
  19. ketaksamaan = linear inequality
  20. nyahpecutan = deceleration
  21. julat antara kuartil = interquartile range
  22. sisihan piawai = standard deviation
  23. pencilan = outlier
  24. kebarangkalian = probability
  25. aliran tunai = cash flow

Senarai Bab Matematik Tingkatan 4

Pelajar boleh merujuk senarai bab dalam mata pelajaran matematik Tingkatan 4 sebagai rujukan. Turut disertakan kemaslahatan setiap bab untuk makluman semua.

Bab 1 : Fungsi dan persamaan kuadratik dalam satu pemboleh ubah

Fungsi dan Persamaan Kuadratik banyak digunakan dalam bidang sains, perniagaan, sukan dan sebagainya. Dalam arena sukan, fungsi kuadratik menjadi penting dalam acara-acara sukan seperti lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing.

Dalam seni bina pula, binaan melengkung berbentuk parabola yang sebenarnya amat berkait rapat dengan penguasaan konsep kuadratik

  • Fungsi dan persamaan Kuadratik

Bab 2 : Asas nombor

Asas nombor adalah kunci untuk segala pengiraan dalam kehidupan harian. Antara bidang yang boleh diceburi ialah Sains Komputer dan bidang-bidang lain yang menggunakan teknologi maklumat sebagai asas penyelidikan dan pembangunan seperti bioteknologi, teknologi reka bentuk dan farmasi

  • Asas nombor

Bab 3 : Penaakulan Logik

Selain perbahasan, penaakulan logik juga sering diaplikasikan dalam bidnag elektronik terutamanya dalam kitaran elektronik. Penakulan Logik turut memainkan peranan penting dalam pengaturcaraan komputer dan reka bentuk perkakasan komputer. Dalam kehidupan kita, ia diaplikasikan dalam proses menyelesaiakn masalah kerana dapat mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan analitis dalam diri pelajar.

  • Pernyataan
  • Hujah

Bab 4 : Operasi set

Operasi set digunakan untuk menwakili, mengumpul dan mengkaji data yang serupa dalam kehidupan harian. Ilmu ini menjadi asas kepada bidang yang memerlukan analisis seperti pengaturcaraan, statistik, ekonomi, pasaran shaam dan sebagainya.

  • Persilangan Set
  • Kesatuan Set
  • Gabungan Operasi Set

Bab 5 : Rangkaian dalam Teori Graf

Rangkaian digunakan untuk mengaitkan objek-objek dalam bidang yang sama berdasarkan kehendak bidang tersebut. Rangkaian digunakan secara meluas dalam bidang pengangkutan, komputer, sosial, perniagaan, perubatan, sains, penyiasatan dan permainan

  • Rangkaian

Bab 6 : Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah

Pengetahuan dalam ketaksamaan linear merupakan asas kepada bidang pengaturcaraan linear. Pengetahuan ini sangat penting dalam bidang perniagaan, dunia korporat dan bidang-bidang lain yang memerlukan hasil optimum iaitu keuntungan maksimum dengan kos yang minimum.

  • Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
  • Sistem Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah

Bab 7 : Graf Gerakan

Pengetahuan dalam gerakan sanagt penting dalam bidnag automobil, sains sukan, fizik, kejuruteraan, astronomi dna sebagainya

  • Graf Jarak-Masa
  • Graf Laju-Masa

Bab 8 : Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul

Statistik membantu manusia untuk membuat kajian secara efektif, membina kemahiran berfikir secara kritis dan analitis serta memudahkan seseorang membuat keputusan yang tepat dengan berpandukan data.

Sehubungan dengan itu, penguasaan ilmu statistik membolehkan kita untuk melakukan penambahbaikan secara berfokus serta membuat ramalan atau andaian secara berasas. Kemahiran ini sudah tentu amat penting dalam dunia kerjaya dan kehidupan seharian.

  • Serakan
  • Sukatan Serakan

Bab 9 : Kebarangkalian Peristiwa Bergabung 

Kebarangkalian digunakan dalam bidang sukan dan juga insurans untuk menentukan premium. Ilmu kebarangkalian juga diaplikasikan dalam bidang pengeluaran dan perniagaan terutamanya dalam pengurusan risiko.

  • Peristiwa Bergabung
  • Peristiwa Bersandar dan Peristiwa Tak Bersandar
  • Peristiwa Saling Eksklusif dan Peristiwa Tidak Saling Eksklusif
  • Aplikasi Kebarangkalian Peristiwa Bergabung

Bab 10 : Matematik Pengguna : Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan yang efisien diperlukan dalam kehidupan seharian. Pengetahuan tentang pengurusan kewangan boleh diaplikasikan dalam bidang perakaunan, bursa saham, perniagaan dan sebagainya.

  • Perancangan dan Pengurusan Kewangan

Pautan Muat Turun

Pelajar boleh memuat turun salinan digital matapelajaran Matematik Form 4 pada pautan yang disediakan dibawah:

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan mengulangkaji pelajaran