Senarai Buffet Ramadhan Kelantan 2024 (Harga Dan Lokasi). Iftar buffet berbuka puasa sekitar bandar Kota Bharu murah dan menarik.

Senarai Buffet Ramadhan Kelantan 2024 (Harga Dan Lokasi)

Syukur ke hadrat ilahi pada 12 Mac 2024 ini seluruh umat islam di seluruh Malaysia akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja. Hukum berpuasa adalah wajib ke atas umat islam seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran di mana berpuasa di bulan Ramadhan adalah Rukun Islam ketiga. Sepanjang bulan yang mulia ini, terdapat banyak pakej berbuka puasa yang akan dibuka untuk tempahan. Oleh itu, dikongsikan senarai buffet Ramadhan Kelantan tahun 2024 untuk rujukan semua terutama untuk warga bandaraya Kota Bharu.

Pihak hotel, resort dan restoran telah menyediakan banyak pakej buffet ramadhan bagi memudahkan warga Kelantan. Terutama penduduk Kota Bharu untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pakej buffet Ramadhan yang menarik dan berpatutan.

Senarai Buffet Ramadhan Kelantan Harga Dan Lokasi Terkini

Sejarah Negeri Kelantan

Negeri Kelantan Darul Naim terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan dengan 4 buah wilayah iaitu Thailand (Pattani) di timur laut, Perak (Hulu Perak) di barat, Pahang (Kuala Lipis) di selatan dan Terengganu (Besut) di timur/ tenggara. Di timur Kelantan ialah Laut Cina Selatan. Keluasan negeri Kelantan ialah 14,931 kilometer persegi. Ia meliputi 4.4% daripada keluasan Malaysia.

Nama negeri Kelantan berasal dari ‘gelam hutan’ atau Melaleuca Leucadendron iaitu sejenis pokok gelam yang tumbuh di sekitar pantai negeri itu. Negeri Kelantan dianggap sebagai sebuah negeri tertua di Semenanjung Tanah Melayu. Kelantan dikatakan telah didiami oleh manusia 2,000 atau 3,000 tahun Sebelum Masihi, hasil kajian yang diketuai oleh Dr G. de G Sieveking di Gua Cha pada tahun 1953.

Negeri Kelantan mempunyai ciri-ciri budayanya yang tersendiri, terkenal sebagai lubuk budaya, pusat pengajian dan pemancaran Islam serta pusat tradisi intelektualisme yang kukuh. Terdapat banyak gelaran untuk Kelantan seperti ‘Tanah Rendah Sekebun Bunga’, ‘Negeri Serambi Mekah’,‘Negeri Che Siti Wan Kembang’.

Negeri Kelantan mempunyai 10 jajahan yang dibahagikan kepada beberapa daerah. Daerah pula dibahagikan kepada mukim. Struktur pentadbiran yang demikian ini berbeza daripada struktur pentadbiran negeri-negeri lain di Malaysia yang terbahagi kepada daerah-daerah dan mukim-mukim. Jajahan-jajahan di Kelantan ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Bachok,Machang, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai, Ulu Kelantan dan Gua Musang.

Ibu negeri Kelantan ialah Kota Bharu. Bandar ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Di Bandar ini beca roda tiga yang dikenali sebagai teksi sangat popular sebgai kenderaan jarak dekat. Terdapat tempat-tempat menarik untuk dilawati di bandar ini serta di kawasan sekelilingnya. Antaranya ialah Pasar besar Siti Khadijah, Istana Balai Besar, Istana Jahar.

Buffet Ramadhan Kelantan 2024 (Senarai Lokasi Dan Harga Iftar)

Senarai pakej berbuka puasa di Kelantan yang dikongsikan di bawah ini menyenaraikan lokasi tempat-tempat yang menyediakan hidangan buffet ramadhan di seluruh Kelantan.

Turut disertakan adalah maklumat harga, alamat, nombor telefon dan laman sesawang rasmi atau Facebook.​

  • Klik pautan INFO yang dikongsikan untuk mendapatkan maklumat lanjut pakej Berbuka Puasa

Kelantan terkenal dengan makanan dan kuih tradisionalnya seperti Nasi Kak Wok, Nasi Kerabu, Nasi Air Dingin, kuih akok, kuih tahi itik, pulut panggang, lompat tikam, badak berendam dan banyak lagi.

Senarai Buffet Ramadhan Kelantan 2024

*Berikut adalah senarai buffet Ramadhan untuk tahun 2024.

DEWASA (RM)KANAK-KANAK/WARGA EMAS (RM)TEL DAN ALAMATINFO
1. Grand Riverview Hotel Kota Bharu
1085409-7439988 ext 2084
Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu
pautan info 1
2. Holiday Villa Hotel & Suites, Kota Bharu
855009-747 4004
PT 968 Jalan Kuala Krai Wakaf Che Yeh
15100 Kota Bharu
pautan info 1
3. Hotel Perdana, Kota Bharu
11809-745 8888
Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu 
pautan info 1
4. Ridel Hotel Kota Bharu
??019-9135774
Lot A-05-01, Blok A, Pelangi Mall, Jalan Pasar Lama, 15000 Kota Bharu
pautan info 1
5. Royal Guest House Kota Bharu
??012-954 8311/09-743 0008
Jalan Istana, 15300 Kota Bharu, Kelantan
pautan info 1
6. Tok Aman Bali Resort
7543012-2052213
Lot 6264 (1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak 16700, Pasir Puteh
pautan info 1
7. The Grand Renai Hotel Kota Bharu
12855011-3137 3186
Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan
pautan info 1
8. Crown Garden Hotel Kota Bharu
??09-7432224
Pt 302 & 303, Jln Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Kelantan
pautan info 1

*Lokasi Buffet di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa

Diharapkan perkongsian Senarai Buffet Ramadhan 2024 dapat membantu warga Kelantan dalam memilih lokasi berbuka puasa yang bersesuaian. Selamat berpuasa diucapkan. Semoga dipermudahkan perjalanan ramadhan kita.