Kerajaan Perpaduan yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022, mengumumkan penerusan inisatif bantuan tunai kepada rakyat seperti BSH, BPN, BPR dan BKM. Kerajaan akan menyalurkan bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk memanfaatkan hampir 9 juta penerima.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-15 Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022, beliau telah membahas rang undang-undang RUU kumpulan wang disatukan perbelanjaan masuk akaun 2022. Selain itu, beliau turut mengumumkan penyaluran awal bayaran Fasa 1 pada Januari ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
Isi Kandungan
STR Sumbangan Tunai Rahmah 2023
Bantuan Tunai Rakyat kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah atau STR berdasarkan pengumuman Perdana Menteri pada 16 Januari 2023.
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan bantuan meliputi pautan borang permohonan, semak status kelayakan dan tarikh pembayaran untuk makluman semua rakyat Malaysia dan penerima bantuan.
Tarikh Permohonan Baru Dan Kemaskini
Untuk permohonan secara dalam talian, permohonan dibuka mulai tarikh:
- 1 Mac – 31 Mac 2023
Untuk permohonan manual / fizikal, permohonan dibuka mulai tarikh:
- 8 Mac – 31 Mac 2023
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Cara Permohonan STR
Sepertimana bantuan tunai sebelum ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menggunakan maklumat sedia ada. Permohonan baru dibuka begitu juga dengan permohonan kemaskini maklumat jika berlaku perubahan kategori isi rumah pada tarikh yang dimaklumkan
- Klik Permohonan Baharu dan lengkapkan Maklumat Pemohon
- Jika Status Perkahwinan Pemohon adalah Kahwin, isi Maklumat Pasangan dengan lengkap
- Pemohon yang mempunyai anak perlu mengisi Maklumat Anak
- Klik butang teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat
- Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu dan buat pengesahan dengan menekan butang Sahkan Captcha
- Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan dan pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian tandakan butang berikut untuk menghantar permohonan
- Klik butang Hantar dan satu paparan pengesahan permohonan akan dipaparkan dan pemohon boleh mencetak salinan permohonan
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah juga boleh dilakukan secara manual dengan mengisi borang permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR LHDNM
- Pejabat LHDNM
Muat Turun Borang :-
- BK-01 (Borang Permohonan Baharu)
- BK-02 (Borang Kemaskini Maklumat Pemohon)
- BK-04 (Borang Serahan Dokumen)
- BK-05 (Borang Pembatalan Permohonan)
Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat LHDNM/ Pejabat Satelit LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau hantar secara pos dalam tempoh permohonan ke alamat:
- Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
Selangor
Senarai Dokumen Sokongan
Permohonan baharu STR secara online dan manual perlu mengemukakan salinan dokumen sokongan pemohon, pasangan, anak jika berkaitan seperti di bawah:
1. Pemohon
- a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- c. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2. Pasangan
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
3. Anak
- Anak Kandung – Salinan Sijil Lahir; dan Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat – Salinan MyKad / MyKid; dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Dokumen yang lengkap bersama Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dihantar ke Pejabat LHDNM atau dimuat naik ke sistem STR semasa permohonan dibuat secara atas talian.
Syarat Kelayakan
Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh menyemak syarat kelayakan megikut kategori sebaik sahaja dimaklumkan oleh LHDNM. Jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima bantuan juga akan dikongsikan berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kewangan dan LHDNM.
Menerusi pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini, berikut adalah maklumat berkaitan bantuan keluarga malaysia bkm yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan.
Kategori baharu bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima orang anak atau lebih layak untuk mendapat bantuan kewangan sehingga RM2,500.
Manakala isi rumah yang yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai satu sehingga empat orang anak layak menerima bantuan kewangan dari RM1,000 hingga RM2,000
Golongan warga emas bujang dan bujang layak mendapat bantuan kewangan daripada RM350 hingga RM600
Bantuan tambahan bagi ibu dan bapa tunggal yang berada dalam ketegori yang ditetapkan layak mendapat bantuan kewangan RM500
Perincian pemberian bantuan mengikut kategori adalah seperti berikut :
- Kategori pendapatan isi rumah, kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 anak atau lebih
- RM1,000 hingga RM2,000 : 1 hingga 4 anak
- Kategori pendapatan isi rumah RM2,500 hingga RM5,000
- RM500 hingga RM1,250 : 1 hingga 4 anak (bergantung bilangan anak)
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600 (pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah)
- Kategori Bujang
- RM350 (pendapatan adalah RM2,500 dan ke bawah)
- Bantuan tambahan untuk ibu/ bapa tunggal
- RM500 (tambahan)
Terkini, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan infografik perincian jumlah bantuan mengikut kategori dan fasa pemberian seperti berikut:
Semakan STR
Semakan Status permohonan dan kemaskini Bantuan boleh disemak melalui Portal Rasmi di pautan Bantuan Tunai. bermula 17 Januari 2023. Langkah-langkah untuk membuat semakan adalah seperti berikut. Sebagai peringatan, kata laluan dan kata kunci keselamatan adalah sama seperti yang digunakan dalam portal MyBKM:
- Log masuk ke portal rasmi MySTR
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Klik pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran Fasa 1
- Nama pemohon, no. MyKad pemohon, status permohonan dan maklumat Pembayaran Fasa 1 akan dipaparkan
Tarikh Bayaran STR
Bayaran STR 2023 Fasa 1 dijadualkan akan disalurkan pada:
Fasa 1
- Tarikh : Mulai 17 Januari 2023
- Jumlah bayaran : RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang
Fasa 2
- Tarikh : Mulai 5 April 2023
- Jumlah bayaran : RM200 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang
Fasa 3
- Tarikh : Bemula 26 Jun hingga 5 Julai 2023
- Jumlah bayaran : Berbeza mengikut kategori masing-masing
Fasa 4
- Tarikh : November 2023
Tarikh bayaran tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Kerajaan telah mengawalkan bantuan kewangan ini yang dijadualkan pada Mac 2023 bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini. Pembayaran Fasa 1 melibatkan 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion pada kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang
Rayuan STR
Untuk memastikan semua golongan sasaran mendapat bantuan STR, permohonan rayuan akan dibuka secara online dan melalui borang di pejabat LHDNM berdekatan bermula:
- Tarikh Buka : 3 Julai 2023
- Tarikh Tutup : 31 Julai 2023
Untuk makluman, permohonan rayuan online hanya bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja. Pemohon kategori isi rumah yang mendapat amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500 tidak dibenarkan untuk memohon rayuan.
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan perincian mengenai bantuan di atas sila rujuk:
- Soalan Lazim STR 2023
- Soalan Lazim Permohonan Baru dan Kemaskini Maklumat
- Hotline LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline MOF : 03 8882 4565/ 03 8882 4566
Related : i pendapatan isi rumah kurang daripada rm2,500 sebulan, iv ibu bapa tunggal dinaikkan kepada rm3,000 berbanding rm2,500, dato seri anwar ibrahim, berikut merupakan kategori penerima btr yang telah diumumkan oleh menteri kewangan, tarikh pembayaran dan tarikh semakan, kementerian kewangan malaysia mof dari semasa ke semasa, perdana menteri datuk seri anwar ibrahim berkata bantuan tunai, warga emas tiada pasangan bujang, tahun 2023, ketua isi rumah kir akan menerima, paparan menu utama akan dipaparkan kepada pemohon, bulan januari 2023, ketua isi rumah kurang daripada rm2,500 sebulan, tarikh bayaran btr 2023, beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh, 17 januari 2023 selasa, data str secara berperingkat mulai 17 januari, cabaran kos sara hidup, turut menerima pembayaran, bkm 2022, jumlah bantuan, menerima bayaran, cawangan bank simpanan nasional, str secara berperingkat mulai, meringankan beban sara hidup, bank simpanan nasional bsn, akaun bank penerima, akaun bank atau tiada, bank penerima yang berdaftar, beban sara hidup rakyat, kawasan pedalaman termasuk sabah, b40 di bawah kementerian, str fasa 1 untuk golongan b40 diawalkan, simpanan nasional bsn mulai, semakan status pembayaran, 8.7 juta golongan b40, str yang tiada akaun, tunai rahmah str 2023, bsn mulai 17 januari, dijenamakan semula kepada sumbangan tunai, program bantuan tunai untuk b40 di bawah kementerian kewangan, fasa 1 sumbangan tunai rahmah str 2023, penerima str yang tiada, jumlah bayaran str fasa 1, https bantuantunai.hasil.gov.my, pembayaran str fasa 1, membuat permohonan, pangkalan data str secara, selepas 24 jam, log masuk mystr, pembayaran str fasa 2, 3 bulan, tarikh rasmi, permohonan baharu, tarikh bayaran str fasa 2, semakan status str, salah satu inisiatif di bawah konsep payung rahmah yang bertujuan untuk
portal rasmi str lhdnm https bantuantunai.hasil.gov.my
sumbangan asas rahmah sara
sumbangan tunai rahmah fasa
cawangan bank simpanan nasional bsn
diagihkan melalui pengkreditan ke kad pengenalan bagi mereka yang layak, penerima fasa 1
permohonan str 2023
portal rasmi sumbangan tunai rahmah
tiada akaun bank
sebarang bantuan lanjut boleh hubungi
anak yang menepati syarat
berpendapatan isi rumah rm5,000
talian hotline bkk lhdnm