Permohonan BPR Secara Online. Pada pembentangan Bajet Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) bermula tahun 2021 dengan penambahbaikan kadar bantuan dan kategori.
Bantuan BPR diperkenalkan untuk mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat yang terkesan ekoran COVID-19. Peruntukan RM6.5 bilion akan disalurkan bagi tujuan ini berbanding dengan peruntukan RM4.5 bilion di bawah BSH yang memanfaatkan lebih 4.3 juta penerima.
Isi Kandungan
Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Ganti BSH
Info Terkini: Permohonan Rayuan BPR bermula 15 hingga 30 Jun 2021
Pada siaran media 13 Jun 2021, Kementerian Kewangan Malaysia dengan sukacita membuka rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Di bawah Program PEMERKASA+, kerajaan memperkenalkan BPR tambahan sebanyak 2.1 Billion untuk membantu rakyat. Justeru, tempoh rayuan akan dibuka mulai 15 hinggga 30 Jun 2021.
Kaedah Permohonan Rayuan BPR
Terdapat dua kaedah permohonan rayuan BPR iaitu:
- Secara Online : Layari Portal Rasmi BPR LHDNM
- Secara Manual: Menghantar borang Rayuan BPR di cawangan/ Pusat Khidmat Hasil/ UTC yang berhampiran secara temu janji sahaja. Klik pada bahagian e-janji temu di Portal BPR untuk membuat tempahan janji temu.
- Berikut adalah pautan borang yang diperlukan untuk permohonan rayuan secara manual yang boleh dimuat turun:
*Payment BPR penerima rayuan akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 sebagai BPR Tambahan dan September 2021 sebagai BPR Fasa 3
Untuk maklumat lebih terperinci seperti siapa yang layak membuat rayuan dan kod-kod yang membuatkan permohonan anda tidak lulus, sila rujuk: Soalan Lazim FAQ
Maklumat permohonan, syarat kelayakan, jumlah bantuan akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.
Borang Permohonan BPR 2021/ Pendaftaran BPR
Menurut Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican, pendaftaran baharu/ memohon BPR akan dibuka sebelum hujung Januari 2021. Ianya bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk membuat permohonan bantuan prihatin rakyat.
Untuk membuat permohonan, anda boleh layari pautan di bawah:
NOTA:
- Pendaftaran akan dibuka daripada 15 Januari hingga
15 Februari 202125 Februari 2021 dan tertakluk kepada perubahan. - Pemohon yang telah menerima BSH dan BPN 2.0 perlu membuat Kemaskini
- Manakala pemohon pemohon yang tidak menerima BSH atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat Permohonan Baru
Cara Daftar BPR Online
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar masuk ke Portal Rasmi BPR:
- Klik Menu MyBPR
- Kemudian masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Jawab maklumat keselamatan dimana pemohon perlu menjawab dua Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
- Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
- Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
- Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan rujuk ‘Panduan Pengguna Daftar MyBPR’
- Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab dua soalan keselamatan)
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
- Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
- Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR)
- Jawab lima soalan yang disediakan dimana pemohon boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
- Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
- Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang ‘Teruskan’
- Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta klik butang ‘Daftar’
- Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
- Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
- Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. pemohon boleh Log Masuk MyBPR
Sekiranya anda menghadapi kesulitan, sila rujuk:
Kemaskini BPR & Permohonan BPR Secara Manual
Pemohon juga boleh membuat permohonan atau untuk kemaskini BPR secara manual dengan mendapatkan borang secara percuma di:
- Portal Rasmi BPR
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Pautan bagi borang-borang yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Borang Permohonan Baru
- Borang Kemaskini Maklumat
- Borang Serahan Dokumen
- Borang Permohonan Pembatalan (sekiranya ingin membatalkan permohonan)
Pemohon boleh menghantar borang-borang tersebut kepada:
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
- Penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
- Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
- Peti Surat BPR
- Penghantaran secara faks atau emel tidak akan diterima
Senarai Dokumen Sokongan
Bagi permohonan dan kemaskini secara manual, beberapa dokumen sokongan diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah:
Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah atau
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS) atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak:
- Anak Kandung : Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir
- Anak Angkat : Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci pemohon juga boleh merujuk kepada:
Maklumat lanjut, rujuk video berikut :-
Kategori Dan Jumlah Bantuan
Mereka yang layak menerima bantuan beserta jumlah pemberian mengikut kategori adalah seperti berikut :-
i) Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500 sebulan
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800
- 1 orang anak : RM1,200
- 2 orang anak atau lebih : RM1,800
ii) Isi Rumah Berpendapatan Dari RM2,501 hingga RM4,000 sebulan
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200;
- 1 orang anak : RM800
- 2 orang anak atau lebih : RM1,200
iii) Isi Rumah Berpendapatan Dari RM4,001 hingga RM5,000 sebulan
Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih
- 1 orang anak : RM500
- 2 orang anak atau lebih : RM750
iv) Individu Bujang Berpendapatan Kurang RM2,500 sebulan
- Kelayakan individu bujang diturunkan (Had umur) diturunkan kepada 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun
- berusia 21 tahun ke atas : RM350
Secara keseluruhan, pemberian ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukkan 6.5 bilion ringgit berbanding dengan 4.3 juta penerima sebelum ini di bawah BSH.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata selain Bantuan Prihatin Nasional dan pengeluaran akaun 1 KWSP, peruntukan sebanyak RM6.5 bilion diperuntukkan untuk inisiatif BPR ini.
Manakala had umur kelayakan individu bujang berpendapatan RM2,500 diturunkan kepada 21 tahun dan akan menerima bantuan RM350 merupakan penambahbaikan kategori yang memerlukan.
Related : bajet 2021, bujang diturunkan kepada 21 tahun, kriteria kelayakan, penerima bsh, menetap di malaysia sahaja, https bpr.hasil.gov.my, bermula 15 januari, menerima bantuan bsh 2020, mulai 15 januari, perlu membuat permohonan baharu, bsh 2020 atau bpn 2.0, pembentangan bajet 2021, jumlah pendapatan, akaun bank pendapatan isi rumah b40 dan m40, warganegara malaysia mykad, lembaga hasil dalam negeri, cara permohonan 25 februari 2021, membuat rayuan bpr, secara dalam talian, rayuan bpr fasa 2, kod alasan tidak lulus, fasa pertama, tarikh tutup, pendapatan bulanan, permohonan rayuan bpr 2021,