Cara Daftar BKM, Kemaskini Borang, Jumlah & Syarat Kelayakan. Bagi memastikan Agenda Pemulihan Negara terus dilaksanakan, kerajaan akan tetap memberikan bantuan kewangan kepada golongan B40, M40 dan juga bujang. Pada pembentangan bajet 2022, Tengku Dato’ Sri Zafrul telah mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia menggantikan BPR bagi tahun 2022.
Dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM8.2 bilion, seramai 9.6 juta rakyat di seluruh negara akan menerima manfaat bantuan kewangan ini. Setiap individu yang berkelayakan dapat memanfaatkan inisiatif ini untuk memperbaiki atau menambah baik kehidupan masing-masing dalam mendepani norma baharu setelah pandemik COVID-19 melanda negara khususnya dan dunia secara amnya.
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) : Bantuan Tunai RM2,000 Untuk B40
Terkini Bantuan Tunai Rakyat 2023 : Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Bantuan Tunai Rakyat akan diteruskan dan pemberian Fasa 1 akan dibuat pada bulan Januari 2023. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Makluman BKM 2023 : Menteri Kewangan yang membentang Bajet 2023 pada 7 Oktober 2023 mengumumkan penerusan inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia. Satu kategori tambahan iaitu kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan dan mempunyai 5 orang anak atau lebih. Jumlah bantuan adalah seperti berikut :
- RM2,500 : isi rumah pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan dan mempunyai 5 anak atau lebih
- RM1,000 hingga RM2,000 : isi rumah pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan dan mempunyai 1 hingga 4 anak
- RM500 hingga RM1,250 (bergantung kepada bilangan anak): isi rumah pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 dan mempunyai 1 hingga 4 anak
- RM600 : warga emas yang tidak mempunyai pasangan dan bergantung kepada pendapatan
- RM350 : bujang dan bergantung kepada pendapatan
- RM500 : tambahan untuk ibu atau bapa tunggal
Makluman Pembayaran Fasa 3 : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan dibuat bermula 20 September 2022.
Makluman BKM Tambahan Dan Pembayaran Fasa 2 : Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 2 akan dibuat mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat. Susulan penarikan subsidi ke atas ayam dan juga minyak masak berbotol, kenaikan harga barang akan berlaku dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan BKM Tambahan untuk golongan B40. Penerima BKM B40 akan mendapat tambahan tunai sebanyak RM100 untuk isi rumah dan RM50 untuk bujang yang akan dikreditkan bersama pembayaran BKM Fasa 2 secara berperingkat.
Makluman Pembayaran BKM Fasa 1 : Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran BKM Fasa 1 akan dibuat mulai 28 Mac hingga 8 April 2022 secara berperingkat.
Inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik pada tahun 2022. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.
Pembaharuan ini telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat. Oleh itu, untuk tahun 2022, Bantuan akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah BPR sebelum ini.
Selanjutnya, maklum balas lain yang diterima turut menyentuh soal cabaran yang perlu ditanggung oleh ibu tunggal dalam menyara anak-anaknya; selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan persaraan dan tiada sumber pendapatan tetap. Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan, Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak 500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga 5,000 ringgit. Selain itu, bantuan tambahan sebanyak 300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat bantuan maksimum sebanyak 2,500 ringgit.
Secara keseluruhan, Bantuan ini akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan 8.2 bilion ringgit iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan 7 bilion ringgit di bawah BPR.
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Bantuan baharu ini untuk rujukan semua. Perincian maklumat adalah berdasarkan intipati Bajet 2022 dan dokumen yang dikongsikan oleh Kementerian Kewangan di Laman Web Rasmi MOF.
Ikuti pembentangan Bajet 2022 pada pautan berikut:
Cara Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
Berdasarkan soalan lazim BKM yang diterbitkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), checking silang maklumat penerima Bantuan Prihatin Rakyat dan yang berkaitan akan dilakukan untuk menapis penerima yang layak. Sekiranya anda merupakan penrima BPR atau BKC, tidak perlu membuat permohonan baharu tetapi kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan kategori. Oleh itu, LHDNM akan membuka satu tempoh mengemaskini maklumat bermula :
- 1 hingga 31 Januari 2022
Permohonan baharu juga akan dibuka pada tempoh yang sama bagi individu yang berkelayakan. Tarikh buka dan tutup permohonan serta kemaskini maklumat adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.
Langkah-langkah untuk membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat permohonan BKM adalah seperti berikut:
- Klik Portal Rasmi BKM
- Untuk membuat permohonan baharu, sila klik ikon Permohonan Baharu
- Manakala untuk kemaskini maklumat permohonan, klik Log Masuk BKM
- Login menggunakan ID Pengguna (No. MyKad) serta kata laluan yang telah didaftarkan di MyBPR
- Jika login anda berjaya, klik pada Kemaskini Permohonan di paparan menu
- Masukkan No. MyKad, dan klik Semak.
- Kemaskini atau lengkapkan semua maklumat pemohon yang bertanda (*)-mandatori
- Klik Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
- Isi Kod Captcha yang dipaparkan dan klik Sahkan Captcha
- Satu paparan Perakuan Pemohon dipaparkan dan tandakan pada kotak berkenaan
- Klik Hantar bagi meneruskan permohon
- Sekiranya permohonan atau kemaskini berjaya, satu paparan pengesahan akan dipaparkan dan anda boleh mencetak salinan permohonan dengan menekan butang Cetak
Cara Mohon Dan Kemaskini Maklumat BKM Melalui Borang
Untuk permohonan atau kemaskini menggunakan borang, anda boleh dapatkan borang secara percuma di cawangan LHDNM, Pusat Satelit (PS), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau sila muat turun borang di Portal Rasmi BKM atau melalui pautan berikut:
- Borang Permohonan – BK01
- Borang Kemaskini Maklumat – BK02
- Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok – BK03
- Borang Serahan Dokumen Sokongan – BK04
- Borang Pembatalan Permohonan – BK05
Borang-borang yang lengkap diisi boleh dihantar beserta dokumen sokongan di kaunter-kaunter berikut:
- Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Penghantaran secara faks dan emel adalah tidak diterima. Penghantaran secara Pos boleh dihantar ke alamat:
- Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Senarai Dokumen Sokongan
Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri /
JPN; atau - Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak:
- Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian
Jumlah Bantuan & Kategori Syarat Kelayakan
Sebelum membuat permohonan atau mengemaskini maklumat anda, rujuk dahulu syarat-syarat terkini untuk layak menerima BKM seperti berikut:
i) Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Merupakan ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
ii) Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
iii) Individu Bujang
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur antara 21 hingga 59 tahun
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Seperti yang dimaklumkan oleh Tengku Dato’ Sri Zafrul melalui laman Facebooknya, berikut adalah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia mengikut kategori-kategorinya:
i) Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500 sebulan
- Pasangan isi rumah yang tiada anak : RM1,100
- 1 atau 2 anak : RM1,600
- 3 anak atau lebih : RM2,100
ii) Isi Rumah Berpendapatan Dari RM2,501 hingga RM5,000
- Pasangan isi rumah yang tiada anak : RM500
- 1 atau 2 anak : RM700
- 3 anak atau lebih : RM900
iii) Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan Berpendapatan Kurang RM5,000 sebulan
- RM650
iv) Individu Bujang Berpendapatan Kurang RM2,500 sebulan
- RM400
Berikut adalah infografik yang dikongsikan oleh Menteri Kewangan untuk rujukan:
BANTUAN TAMBAHAN:
Bagi isi rumah ibu atau bapa tunggal akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 manakala warga emas yang masih mempunyai tanggungan akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM300
Contoh: Ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat bantuan maksimum sebanyak RM2,500
Anda juga boleh merujuk infografik yang disediakan oleh LHDNM berkenaan bantuan tambahan ini :
Permohonan Rayuan BKM
Berita baik kepada pemohon yang mendapat status tidak lulus atau pemohon yang berstatus lulus tetapi ingin membuat rayuan tambahan anak, perubahan status perkahwinan atau pendapatan. Anda boleh memohon rayuan BKM mengikut kategori yang tepat pada :
- 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022 : Permohonan online
- 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022 : Permohonan secara borang
Pemohon yang ingin membuat rayuan secara online boleh melayari Portal Rasmi BKM pada tarikh yang ditetapkan. Manakala, permohonan secara manual boleh mendapatkan borang di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
Maklumat Lanjut
Informasi lanjut berkenaan Bantuan boleh dirujuk pada pautan di bawah:
- Panduan Pengguna Portal BKM
- FAQ Bantuan Keluarga Malaysia
- FAQ Permohonan Baru dan Kemaskini Maklumat BKM
- FAQ Permohonan Rayuan
- FAQ Wakil BKM
- Laman Rasmi BPR
- Hotline LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline MOF : 03 8882 4565/ 03 8882 4566
Related : bantuan prihatin rakyat bpr, kategori isi rumah berstatus, pembayaran bkm, bantuan khas covid, penerima kategori isi rumah, bantuan keluarga malaysia bkm 2022, tarikh pembayaran, pembayaran bkm akan dilaksanakan, menerusi bantuan keluarga malaysia, setahun dan tarikh pembayaran, memerlukan terutamanya golongan rentan, bulan mac 2022, memastikan tiada yang tercicir, diluluskan permohonan bantuan prihatin rakyat, bpr atau bantuan khas rakyat, bpr atau bantuan, gkp yang tidak diluluskan, status permohonan, tiada rekod, klik teruskan, untuk membuat, permohonan baharu bkm, https bkm.hasil.gov.my, 4 kali setahun, menerima gkp, permohonan bkm 2022, log masuk, pemohon bpr 2021, kemaskini bkm, untuk makluman, perlu membuat kemas, agensi kerajaan, baru bkm, klik butang, layak untuk, 1 januari 2022, bkc b40, borang kemas kini maklumat, dibuka secara, julai 2022, maklumat berikut, bkm 2022 yang berstatus, permohonan rayuan bkm 2022, cara daftar, syarat kelayakan permohonan bkm 2022, 9 mei 2022 bk-04 perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke lhdnm atau boleh memuatnaik ke sistem bkm semasa permohonan secara dalam talian, lembaga hasil pkh pusat transformasi bandar utc lhdnm yang berhampiran, 2 mei 2022 bk-04 perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke lhdnm atau boleh memuatnaik ke sistem bkm semasa permohonan secara dalam talian, penutupan karnival usahawan dan koperasi, bujang atau bapa tunggal balu janda duda yang mempunyai anak,