Tarikh Bayaran BKC Bantuan Khas COVID 19 : Semakan & Jumlah

Berita baik melalui pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin, 28 Jun 2021. Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos ini .

Menurut Perdana Menteri, ianya bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.(Bayaran Fasa 1 akan bermula pada 6 September hingga 10 September 2021) (Bayaran Fasa 2 akan bermula pada 25 November 2021 secara berperingkat) (KINI : Bayaran Fasa 3 akan dibayar mulai 20 Disember 2021).

Bantuan Khas COVID 19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021

Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021. Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Covid-19 dengan kadar dan kategori seperti berikut:

Permohonan Dan Semakan BKC 2021

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana mereka yang layak adalah berdasarkan data sediada iaitu data Bantuan Prihatin Rakyat 2021 untuk kategori Miskin Tegar & B40. Untuk kategori M40, mereka yang layak adalah berdasarkan kepada data percukaian LHDNM.

Tarikh pengkreditan pembayaran Fasa 1 BKC akan bermula dari 6 hingga 10 September 2021.

Semakan status kelayakan boleh disemak melalui portal BKC seperti berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan
  2. Isi kata laluan yang sama seperti akaun BPR

Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa

SUMBER : Soalan Lazim Bantuan

Kategori, Jumlah Dan Tarikh Bayaran BKC

Syarat Kelayakan – Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

  • Miskin tegar, B40 dan M40

Nota : Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula 6 September 2021, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Bayaran secara berperingkat yang bermula 6 September ini dijangka selesai 10 September.

i) Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada 6 hingga 10 September 2021, 500 ringgit pada 25 November, dan RM300 pada 20 Disember 2021

ii) Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada 6 hingga 10 September 2021 dan RM300 pada 25 November

iii) Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada 6 hingga 10 September 2021 dan RM300 ringgit pada 20 Disember 2021

iv) Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada 6 hingga 10 September 2021

v) Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada 6 hingga 10 September 2021.

Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang,

Apa Itu PEMULIH?

PEMULIH) bernilai RM150 bilion, bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berdepan penularan wabak COVID-19

PEMULIH menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Related : jadual pembayaran, jumlah bantuan, jumlah bayaran, bank yang telah didaftarkan, permohonan bantuan, duit bantuan, duit bkc, pembayaran bkc, semakan tarikh, bantuan kerajaan, tarikh bayaran bantuan, akaun bank, rm2,501 hingga rm5,000 untuk, tarikh pembayaran bkc fasa, cukai pendapatan dengan jumlah,