Bantuan PKP 3.0 PEMERKASA Plus : Senarai Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh

Ikuti perutusan khas berkaitan Bantuan PKP 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Penuh) oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang dijadualkan pada jam 9 malam, 31 Mei 2021.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen utama tempatan termasuk saluran Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV.

Perdana Menteri, sebelum ini telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 (Fasa 1)

Senarai Bantuan PKP 3.0

Perdana Menteri pada 31 Mei telah mengumumkan program bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaru oleh kerajaan PN susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (Total Lockdown) pada masa ini.

Nilai keseluruhan program Pemerkasa Plus adalah berjumlah RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion. Langkah baru Pemerkasa+ akan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga matlamat utama iaitu

  1. Mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam
  2. Meneruskan agenda prihatin rakyat; dan
  3. Menyokong kelangsungan perniagaan

BPR Tambahan

Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) seperti berikut :-

  • Pendapatan bawah 2500 : RM500
  • Pendapatan RM2501 ke atas –  : RM300
  • Bujang – RM100

Bayaran pada hujung Jun 2021

Morotarium

Bantuan bayaran balik pinjaman bank bersasar khusus bagi golongan B40 dan mereka yang terjejas. Anda boleh memilih untuk:

  • Moratorium pinjaman selama 3 bulan atau
  • Memohon pengurangan bayaran balik ansuran 50% selama 6 bulan

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi pihak bank yang anda gunakan untuk mengetahui proses bagi bantuan bayaran balik pinjaman ini.

Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas & Teksi

Untuk membantu golongan ini, kerajaan mengumumkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan Bantuan Khas kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, e-hailing, pemandu pelancong:

  • RM500 secara one off

Geran Khas Prihatin (GKP)

Berita baik kepada PKS, kerajaan mengumumkan tambahan jumlah GKP sebanyak RM500. Bayaran berjumlah RM1000 akan dibuat pada Jun 2021 manakala RM500 pada Julai 2021.

Program MARA Prihatin 

Sekiranya anda mempunyai pinjaman atau sewaan di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda akan menerima bantuan berbentuk:

  • Moratorium atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran
  • Diskaun 30% sewaan premis bagi usahawan yang terkesan

Program Subsidi Upah

Bagi meneruskan usaha membantu syarikat-syarikat yang terkesan akibat PKP 3.0, kerajaan akan melanjutkan program subsidi upah selama satu bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan.

Pengecualian Bayaran Lesen Perniagaan

Di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pengecualian bayaran lewat atau pembaharuan lesen perniagaan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Inisiatif ini diharap dapat membantu PKS mikro, syarikat milikan tunggal dan perkongsian.

Diskaun Bil Elektrik

Kerajaan mengumumkan pelanjutan diskaun bil elektrik sebanyak 10% kepada 6 sektor yang terjejas. Pelanjutan ini akan berlangsung selama 3 bulan iaitu daripada bulan Julai hingga September 2021.

Potongan Khas Cukai

Bantuan ini adalah untuk membantu pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang terkesan akibat PKP 3.0. Golongan ini dapat membuat pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% untuk tempoh 6 bulan sehingga 31 Disember 2021.

Lanjutan Pengecualian Cukai Jualan (SST)

Pengecualian cukai ini khas bagi kenderaan penumpang CKD & CBU Import yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

Lanjutan Pengecualian Duti Setem 

Untuk sektor hartanah pula, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pengecualian duti setem sehingga 31 Disember 2021 selaras dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC)

Selain daripada inisiatif-inisiatif tambahan yang dikongsikan di atas, kerajaan juga mengingatkan rakyat untuk memanfaatkan inisiatif di bawah PEMERKASA seperti Jaringan Prihatin dan eBelia kredit RM150 untuk golongan belia.