Cara Daftar Bank Islam Online Banking Untuk Semak Baki Online. Panduan kepada pengguna perkhidmatan bank di Malaysia. Kini, anda boleh menjalankan urusan perbankan dengan mudah secara online menggunakan telefon pintar atau komputer masing masing. Bank Islam Malaysia telah memperkenalkan internet banking sebagai laman perbankan online untuk membantu pelanggan dalam menyelesaikan urusan di mana sahaja pada bila-bila masa tanpa perlu ke cawangan bank. Berikut dikongsikan panduan mendaftar Bank Islam Internet Banking BI dan cara menyemak baki secara online untuk rujukan semua.
Untuk makluman anda, ianya telah ditubuhkan pada 1 Julai 1983 sebagai alternatif kepada rakyat yang beragama Islam di Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan bank yang berlandaskan syariah. Sehingga hari ini, Bank ini telah menjadi antara bank terkemuka di Malaysia dan menawarkan perkhidmatan perbankan komersial dan korporat melalui lebih 149 cawangan bank dan lebih 1000 mesin ATM di seluruh Malaysia.
Isi Kandungan
Bank Islam Online : Cara First Time Login & Semak Baki Online
Di bawah adalah maklumat berkaitan Cara Daftar & Semak Baki Online untuk rujukan semua. Pengguna akan menerima manfaat seperti kemudahan urusan kemaskini dan mendapatkan penyata akaun, sejarah transaksi dan urusan cek. Anda juga boleh melakukan transaksi antara bank, instant transfer serta melakukan pembayaran bil dengan mudah.
Syarat-Syarat Mendaftar Bank Islam Internet Banking
Sebelum membuat pendaftaran, anda hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank seperti berikut:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pemegang akaun semasa atau simpanan individu
- Mempunyai akaun pemilik tunggal
- Pemilik kad Debit/ATM BI
- Mempunyai Pin ATM
Cara Daftar Bank Islam Online
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar dan pengguna kali pertama Internet Banking:
|
- 2. Pastikan anda menekan butang “First Time User”
- 3. Baca terma dan syarat yang ditetapkan dan tanda pada kotak setuju dan klik “Continue”.
- 4. Pilih jenis kad dan klik “Continue”
- 5. Isikan 16 digit nombor yang tertera di kad Debit anda dan nombor pin ATM anda.
- 6. Cipta ID pengguna dan kata laluan anda serta isikan butiran maklumat lain yang diperlukan
- 7. Pengguna perlu menyemak dan sahkan maklumat kemudian klik “Confirm”
Cara Semak Baki Bank Islam Online
Bagi melakukan semakan baki akaun anda secara online, sila ikuti langkah-langkah mudah yang berikut:
|
- 2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan anda
- 3. Kemudian pilih menu akaun
- 4. Pilih submenu baki tabungan
- 5. Paparan baki akan ditunjukkan
Muat Turun GO by Bank Islam
BI telah melancarkan aplikasi telefon pintar. Ia merupakan rangkaian kepada perbankan internet bagi pengguna telefon pintar. Dengan aplikasi mudah alih ini, pengguna dapat menikmati perkhidmatan seperti semakan baki, pembayaran bil, JomPAY, DuitNow, Tabung Haji dan lain-lain. Anda boleh membuka pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi GO:
Paparan Muka Aplikasi GO
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Internet Banking : Cara Daftar & Semak Baki Online, sila rujuk kepada maklumat berikut :-
CARA HUBUNGI | ||
1 | Soalan Lazim | |
2 | Nombor Telefon & e-mel |
|
3 | Portal Rasmi (Laman Web) |
Related : debit card, 16 digits, atm debit, 3rd party funds transfer contact centre mobile number prepaid reload transfer ibg mobile banking nearest branch, bills payment, akaun bank https www.bankislam.biz