Cara Langgan Astro NJOI Dan Beli Channel Secara Online. Pakej lebih murah dan menjimatkan berbanding pakej Astro yang biasa.

Cara Langgan Astro NJOI Dan Beli Channel Secara Online

cara langgan njoi dan beli channel online

Adakah anda berminat untuk menonton rancangan atau saluran Astro tetapi tidak mahu terikat dengan komitmen bulanan? Sekiranya ya, Astro menawarkan perkhidmatan televisyen dan radio satelit percuma di bawah jenama Astro NJOI. Di bawah dikongsikan maklumat-maklumat mengenai cara langgan dan cara beli channel secara online sebagai panduan untuk anda.

Sejak dilancarkan pada Disember 2011, pelanggan NJOI akan menikmati akses kepada lebih 49 saluran TV dan radio yang terdiri daripada rancangan hiburan, pembelajaran dan pelbagai lagi dengan sekali bayaran, tanpa langganan bulanan. Untuk membeli set NJOI, anda boleh membuat pesanan secara online di laman web Astro atau dapatkan daripada pengedar yang sah di seluruh negara.

Astro NJOI: Cara Melanggan, Saluran TV, Harga & Caj Pemasangan

Berikut dikongsikan informasi terperinci berkaitan untuk rujukan anda.

Harga Astro NJOI

Menurut laman web rasmi Astro, di bawah adalah senarai harga runcit yang disyorkan kepada pelanggan untuk membeli:

  • Dapatkan NJOI Box pada harga RM399

    Nikmati fleksibiliti dengan NJOI Prabayar

    NJOI menyiarkan pelbagai rancangan hiburan, perbelajaran, informasi dan banyak lagi

*Harga termasuk peralatan dan pemasangan standard, kredit NJOI Prabayar bernilai RM20. 12 Bulan Waranti.

Cara Langgan NJOI

Sekiranya anda berminat dan pertama kali ingin melanggan NJOI, berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mendapatkannya:

Anda boleh membuat pesanan untuk melanggan Astro secara online dengan melayari Laman Web NJOI (www.njoi.com.my)

  1. Isikan borang dengan maklumat yang diperlukan dan wakil jualan Astro akan menghubungi anda dalam masa lima hari bekerja.
  2. Panggilan daripada wakil jualan adalah untuk mengesahkan maklumat anda serta menetapkan temujanji dengan wakil pemasang untuk memasang set NJOI anda.
  3. Jika anda tidak dihubungi dalam masa lima hari bekerja, sila hubungi pihak Astro di talian 03-9543 8100 atau emel aduan anda ke telemarketing1@astro.com.my. Sertakan juga maklumat penuh peribadi seperti nama penuh dan nombor telefon dalam aduan tersebut.
  4. Atau dapatkan set dekoder melalui pengedar yang sah di seluruh negara yang disenaraikan di laman rasmi NJOI.

Cara Membeli Channel Online

Terdapat dua kaedah membeli saluran Astro yang anda mahukan sebagai tambahan iaitu melalui saluran 200 atau membeli prabayar NJOI.

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk menambah saluran NJOI anda:

  1. Beli prabayar/prepaid NJOI di kedai seperti 7-Eleven atau melalui aplikasi perbankan Internet.
  2. Terdapat tiga jenis kad prabayar yang disediakan iaiatu yang bernilai RM10, RM20 dan RM30.
  3. Dapatkan nombor pin 16 Digit dengan menggores kad prabayar atau anda akan menerima SMS daripada aplikasi perbankan internet yang anda gunakan
  4. Seterusnya, SMS dengan menaip:
    • 111<jarak>nombor kad pengenalan anda<jarak>nombor pin 16 digit
  5. Hantarkan SMS ke 33310
  6. Anda akan menerima SMS baucer anda berjaya diaktifkan
  7. Di televisyen anda, pergi ke bahagian ‘Channel’ dan pilih ‘Purchase’
  8. Pilih pakej atau saluran yang anda inginkan
  9. Ikuti arahan seterusnya dan anda akan mendapat saluran yang dibeli

Senarai Saluran Percuma

Di bawah adalah antara saluran-saluran yang akan anda nikmati jika berjaya melanggan NJOI. Untuk mendapatkan senarai penuh, sila layari Laman Web NJOI:

  1. TV1
  2. TV2
  3. TV3
  4. Astro Prima
  5. Astro Oasis
  6. TV AlHijrah
  7. NTV7
  8. Okey
  9. Hello
  10. GoShop
  11. TV9
  12. 8TV
  13. Astro Awani
  14. Bernama News Channel
  15. Astro Arena
  16. Astro Tutor TV UPSR
  17. Astro TV PT3
  18. Astro TV SPM

Soalan Lazim

1) Apakah perbezaan di antara pelanggan Astro dan NJOI 

Dengan NJOI, pelanggan akan menikmati TV satelit dengan langganan percuma tanpa kontrak. Manakala Astro adalah TV satelit yang berasaskan langganan bulanan yang mendapat perkhidmatan premium terkini termasuk PVR, HD dan juga Astro GO.

2) Adakah dekoder saya memepunyai jaminan jika saya membeli dekoder yang diperbaharui?

Setiap dekoder anda mempunyai tempoh jaminan selama 12 bulan daripada tarikh pengaktifan. Alat kawalan jauh tidak dijamin kerana ia adalah barangan pengguna.

3) Saya telah mengisi borang pesanan NJOI dengan maklumat yang salah. Apakah yang patut saya lakukan?

Anda boleh mengemaskini maklumat anda apabila wakil NJOI menghubungi anda dalam masa 5 hari bekerja

4) Bolehkah saya membatalkan pesanan saya?

Boleh dan anda dikehendaki membatalakan pesanan apabila wakil jualan NJOI menghubungi anda dalam masa 5 hari bekerja.

5) Bagaimana cara untuk menaik taraf akaun NJOI kepada akaun Astro? 

Log masuk ke portal layan diri NJOI. Pergi ke ‘Subscribed Plan’ dan klik ‘Upgrade to Beyond’. Lengkapkan borang dalam talian dan wakil Astro akan menghubungi anda dalam masa 5 hari bekerja

Sumber: Soalan Lazim FAQ

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan informasi lebih lanjut, sila rujuk: