MySejahtera Download Aplikasi Untuk Nikmati e-Dompet RM50

Last Updated on

Orang ramai adalah disarankan untuk memuat turun (download) aplikasi MySejahtera bagi membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan pengesanan kontak jangkitan wabak COVID-19. Dan terkini menerusi sidang media perkembangan terkini PKPB (Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pada hari Isnin, 8 Jun 2020 telah menekankan tentang pemberian e-dompet bernilai RM 50 perlulah memuat turut dahulu aplikasi.

Katanya dalam sidang media tersebut, kerajaan akan mengkreditkan RM50 dalam akaun e-dompet setelah pengguna memuat turun aplikasi MySejahtera. Inisiatif pemberian dinamakan Program ePenjana adalah sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Prime Minister) sebelum ini.

Berita lanjut akan menyusul

aplikasi mysejahtera

Cara Muat Turun Aplikasi mySejahtera

Ianya adalah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 (covid-19 outbreak in the country) di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri (monitoring their health). Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Secara ringkasnya, aplikasi (download the mysejahtera app) memberikan kemudahan untuk :-

  1. Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  2. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  3. Membantu individu (users can also monitor) mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Aplikasi boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Ianya adalah PERCUMA.

Sila klik pautan berikut untuk memuat turun aplikasi :-

GOOGLE PLAYAPPSTORE
AndroidApple
APPS GALLERYGAMMA
HuaweiGamma

Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah proses pendaftaran sebagai pengguna aplikasi seperti berikut:

  1. Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
  2. Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
  3. Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  4. Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  5. Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  6. Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
  7. Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  8. Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”

Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

Nota : Anda BOLEH mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga atau individu lain yang tidak mempunyai nombor telefon atau akses kepada telefon pintar melalui fungsi “Urus Tanggungan” di dalam aplikasi ini. Aplikasi ini akan turut membantu anda memantau tahap kesihatan mereka.

MySejahtera Manual Pendaftaran

MySejahtera Check-In

Ianya adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi My Sejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Ianya merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Ia berfungsi untuk membantu negara dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam.

Fungsinya adalah:

  1. Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;
  2. Mengurangkan kesesakan pelawat;
  3. Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan
  4. Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak disalahgunakan.

Pengimbas Kod QR My Sejahtera

Ianya menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

Imbas Kod QR menggunakan Pengimbas Kod QR Aplikasi. Pengesahan dibenarkan masuk ke premis.

Penggunaan My Sejahtera Check-In telah dilaksanakan di kebanyakkan tempat, termasuklah pengangkutan awam.

Sila muat turun aplikasi dan gunakan fungsi Pengimbas Kod QR didalam My Sejahtera untuk ‘Check-In’.

Tidak perlu isi borang digital atau borang manual, hanya imbas dan masuk. Muat turun aplikasi anda hari ini.

Untuk pengguna aplikasi sedia ada (pastikan aplikasi anda berada di versi terkini):

  • i. Langkah 1: Tekan butang Kod QR di laman utama dan tekan ‘Check-in’ untuk daftar kemasukan anda (sistem kamera akan terbuka secara automatik untuk mengimbas Kod QR My Sejahtera Premis);
  • ii. Langkah 2: Sila imbas Kod QR My Sejahtera Premis; dan
  • iii. Langkah 3: Setelah mengimbas, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Untuk pengguna yang tidak menggunakan aplikasi My Sejahtera:

  • i. Langkah 1: Sila imbas Kod QR My Sejahtera Premis menggunakan kamera telefon;
  • ii. Langkah 2: Laman web My Sejahtera Check-In akan dibuka.
  • iii. Langkah 3: Pengguna perlu memasukkan nama serta nombor telefon dan perlu menjawab soalan penilaian kesihatan kendiri
  • iv. Langkah 4: Tekan butang ‘Hantar’; dan
  • v. Langkah 5: Susulan itu, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Soalan Lazim (FAQ)

Aplikasi ini dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:

  1. Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia
  2. Pentadbir aplikasi di KKM

1.Apakah undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi My Sejahtera?

Aplikasi ini dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

2. Bagaimana maklumat yang saya kemukakan melalui aplikasi ini dapat membantu Kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 di Malaysia?

Pada dasarnya, maklumat yang dikemukakan akan digunakan untuk membantu KKM merancang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, sila bersikap jujur semasa menghantar maklumat anda bagi membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

3. Apakah keperluan minimum peranti untuk menggunakan aplikasi ini?

  • Telefon pintar dengan sistem pengoperasian Android 4.0 ke atas atau iOS 10 ke atas
  • Sambungan internet
  • Boleh menerima SMS bagi proses penghantaran One-Time-Pin (OTP).

Maklumat selanjutnya boleh dirujuk di Sumber Soalan Lazim.